Followers

Happykan Hulubalang di Grand Lexis Port Dickson

5:30:00 PM

Cuti sekolah yang lepas dapat bawa hulubalang ke Grand Lexis Port Dickson. Ni jer antara tempat yang dekat nak pergi hahaha. Macam aku cakap sebelum ni, nak pergi jauh jauh tak berani sebab sorang kan. Kalau apa apa jadi tengah jalan, takut juga hukhuk. Tayar pecah tengah malam hari tu yang buat aku rasa takut sangat sangat sampai hari ni..

Masa tu abang long sampai menangis la sebab bunyi kuat sangat. Nasib baik lah tak de kereta dekat belakang. Memang Allah nak tolong sangat sangat sebab kereta dah ke kiri kanan masa tu. So kita ke Port Dickson jer lah anak anak. Mama berani sini je..Pilih Grand Lexis sebab tahu dia ada private pool. Mama tak penat sangat ahahahaha..Pandai kan mama tu..


Masa aku sampai tu ingatkan tak ramai sebab pergi weekdays tapi rupanya ramai nya orang. Lupa cuti sekolah hahahaha. Tapi proses check in tak ambil masa lama sangat. Memang sekejap jer. 2 hari sebelum check in, aku dapat call daripada Grand Lexis cakap check in pukul 4.00 petang. Nasib aku tak ikut cakap dia hahahaha. Aku pergi hari tu 2.30 petang dah check in. Bilik pun dah ready.

Terus boleh masuk. Hulubalang memang tak sabar la masa ni. Mama baru nak baring baring atas katil jer tapi diaorang dah ada misi, masuk bilik jer nak tukar baju terus. Dah tak sabar nak mandi..Padahal pukul 2.30 petang kan cuaca tengah panas. Tapi nama pun budak budak kan. Pergi lah nak. Memang nak bagi awak awak happy pun kan..


Alhamdulillah bilik kiteorang ok. Lexis tak pernah mengecewakan. Hari tu pergi Lexis Hibiscus pun best. Mungkin sebab semua ada dalam bilik. Misi untuk dapatkan cuti untuk berehat tu tercapai. Mula mula tak nak mandi. Tapi dah asyik kena panggil dengan anak anak. Eh tak boleh jadi ni. Tukar baju dan terjun juga..Bestnya tak payah pakai tudung masa mandi hahahaha


Adik tu lah yang paling suka sekali. Mula dia takut. Sebab kolam tu dalam juga. Dalam 4 kaki. Nasib baik, kiteorang bawa pelampung siap siap dari rumah. Bila adik nampak aku turun sekali dalam pool tu, baru dia berani nak mandi. Haih la anak. Nak mama juga. Abang long tu terpanggil panggil adik dia tapi tak nak dia..Nak mama juga mandi peluk peluk dalam pool ahahaha..


Bila dah lama lama, baru mama tak de pun tak pe. Sebab dah berani. Dah tahu macam mana nak gaya kan pelampung tu hahaha. Amboi sangat ni. Mama main celup celup kaki jer la. Tak sejuk agaknya budak budak ni. Mak dia masuk sekejap pun dah sejuk. Bayangkan sampai 6.30 petang mandi. Tu pun sebab nak ajak keluar makan malam. Kalau tak confirm sampai magrib tu..


Malam tu kiteorang dinner dekat dekat kawasan hotel jer. Ada kedai kedai siam dekat kawasan perumahan dekat situ. Tak keluar pun jalan besar. Kalau nak jalan kaki dari hotel pun boleh tapi aku naik kereta juga hahahah. Tak kuasa la nak jalan kaki dengan anak anak. Lepas je makan makan, kiteorang balik hotel terus..Abang long nak sambung mandi lagi..


Pagi esoknya kami breakfast dekat hotel jer. Jujur aku rasa breakfast dekat Grand Lexis lagi sedap daripada Lexis Hibiscus hahaha. Ada beza ok. Ingat kan sama. Selera orang lain aku tak pasti la tapi pada aku Grand Lexis punya breakfast ada rasa. Lebih sedap. Lexis Hibiscus biasa biasa. Aku paling suka sambal tumis dia. Alah sedapnya wak..Rasa nak tanya chef resepi hahahaha..


Pagi pagi tu kiteorang morning walk kejap amik angin. Sajer pusing pusing satu Grand Lexis. Bukan selalu dapat jalan jalan sambil borak borak dengan hulubalang kan. Sekarang ni rasa macam terbusy sangat. Balik rumah dapat borak borak kejap jer, lepas tu dah tertido masing masing. Masa ni lah kita nak spend time sama sama..



Lepas breakfast tu, hulubalang nak mandi dekat kolam hotel. Memang kiteorang siap siap bawa baju mandi masa pergi sarapan tu. Senang terus tukar jer. Malas nak patah balik ke bilik. Tak de orang wak hahahaha. Mungkin sebab pagi lagi atau mungkin sebab dekat bilik dah ada private pool, so orang tak kisah sangat nak mandi dekat sini. 



Ramai yang yang tanya bilik ni bilik apa. Kalau tak silap, Deluxe Suite rasanya. Senang sebab parking depan bilik jer. Masa nak angkat bag tu pun tak payah nak tunggu tram. Terus tolak je bag ke bilik. Tak makan masa nak tunggu tram. Kita nak keluar masuk pun senang. Bukan 2 tingkat. Dia setingkat jer. More info rasanya boleh check dekat website Grand Lexis dekat bawah ni ok..

Nah belanja video sikit untuk korang. Video ni menceritakan semuanya. Ada sedih, sebak, happy and aku rasa lirik lagu ni deep sangat. Mama sayang awak awak hulubalang. Selagi ada daya mama. Walaupun mama berdiri mungkin tak seteguh dulu tanpa arwah papa awak di sebelah. Tapi Allah masih bagi awak 4 orang dalam perjalanan hidup mama. Haih lap air mata..

Please select HD Setting for best quality. Thanks peeps!

Grand Lexis Hotel
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


lepas check out hari tu, tak balik terus..
bawa hulubalang ambil gambar dekat 3D Art pula wak haha..suka!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!