Followers

Lindungi Hak Cipta Bersama MyIPO

9:31:00 AM

Dulu kak fink pernah kongsikan dengan korang dalam satu entry berkenaan MYIPO. Tapi kali ni kak fink nak kongsikan dengan korang secara lebih lanjut mengenai COPYRIGHT. Apa yang korang faham tentang Copyright ni? Copyright ataupun Hak Cipta ini adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.


Antara kerja yang layak untuk Hakcipta adalah seperti karya sastera, kerja-kerja muzik, kerja seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan kerja derivatif. Sesiapa yang menggunakan sewenang wenangnya tanpa kebenaran daripada pengarang ataupun pemilik hak cipta tersebut akan diambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987.


Antara perbuatan yang melanggar peraturan Hak Cipta adalah seperti di bawah ni:
  • Mengeluarkan semula dalam apa-apa bentuk, melakukan, menunjukkan atau memainkan atau mengedarkan kepada umum
  • Mengimport sebarang karya ke Malaysia untuk tujuan perdagangan atau keuntungan kewangan
  • Membuat jualan atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar, menjual, menyewa atau melalui perdagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau menyewa apa-apa salinan yang asal
  • Mengedarkan salinan yang melanggar akta
  • Memiliki, selain dari penggunaan peribadinya dan domestiknya, apa-apa salinan yang melanggar akta
  • Mempamerkan orang awam apa-apa salinan yang melanggar dengan cara perdagangan
  • Membuat atau mempunyai dalam milikannya apa-apa maksud yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan yang melanggar akta

Ada 3 Hak Cipta untuk korang tahu. Ok kak fink kongsikan di bawah ni ya:
  • Hak Perundangan
Pemilik hak cipta diberikan hak eksklusif perundangan termasuk hak untuk menguatkuasakan karya yang mempunya hak cipta mereka dalam kes pelanggaran sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pelakuan jenayah, ia dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia.

  • Hak Ekonomi
Hak ekonomi membolehkan pemilik hak untuk memperolehi ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karya beliau oleh pengguna atau tujuan komersial. Hak ekonomi boleh diperolehi melalui penyerahan hak, pelesenan dan wasiat. Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hak Cipta 1987.
  • Hak Moral
1. Hak Paterniti
Hak ini membolehkan penulis untuk dikenali dan menuntut keaslian ciptaan mereka dikekalkan.   

2. Hak Integriti
Hak ini membenarkan penulis untuk menghalang mana-mana pengguna dari penyelewengan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain kerja-kerja beliau di mana hasil daripada pengubahsuaian yang ketara akan mengubah kerja asal dan menjejaskan kehormatan atau reputasi pencipta.


Pada korang yang takut mengalami masalah diambil kesempatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, boleh lah dapatkan info yang lebih jelas dengan MYIPO. Jangan ambil mudah isu ini. Semakin kita diam, semakin hak cipta kita, idea kita orang lain gunakan sewenang wenangnya. Ramai sekarang yang nak kerja mudah kan. Lebih lanjut lagi kak fink kongsikan di bahagian bawah ni ya:


Instagram: @myipo 
Twitter: @myipo

semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!