Followers

Taste New Zealand Fair di AEON Menawarkan Hadiah Utama RM1000.00

4:07:00 PM

Walaupun tak pernah sekali pun dapat ke New Zealand tapi nasib baik lah boleh merasa produk produk New Zealand ni di pasaraya terpilih di Malaysia ni kan. Mana tak nya kadang kadang tu teringin betul nak makan coklat dan cookies dari New Zealand ni. Korang kena rasa sekali, aku dah rasa sekali terus tersuka. Semuanya sedap sedap.


Ini bukan kali pertama aku aku rasa produk produk daripada New Zealand ni. Memang lain dari yang lain. Ada perbezaan sebab bahan bahan nya daripada ladang yang bersih, persekitaran yang mempunyai udara yang bersih dan semestinya mereka antara negara yang mengeluarkan bahan bahan yang berkualiti seperti keju, coklat, susu dan banyak lagi..



Kalau korang juga teringin nak dapatkan dan rasa produk produk dari New Zealand ni, korang boleh ke AEON Taste New Zealand Fair anjuran New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) bermula dari 30 Novermber 2017  sehingga 10 Disember 2017. Masa ni lah nak merasakan. Kena cuba tau. Terutama coklat dia. Sedappp sangat. Pilihan coklat dari New Zealand memang banyak dan terbaik.


Kak fink sendiri berpeluang hari tu bersama rakan rakan yang lain mempelajari menu masakan yang menggunakan bahan bahan dari New Zealand ini bersama dengan Chef bertauliah, Berjaya Universiti College. Antara produk daripada New Zealand yang kami guna adalah seperti New Zealand Greenlea Beef, New Zealand Mussels, Baby Beets dan Mainland Cheese..

Chef pada hari tersebut iaitu Chef Krishnan telah berkongsi 3 resepi dengan kami iaitu Sirloin Steak, Cheese Baked Mussel dan Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum. Dan daripada 3 resepi ni kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk masak 2 resepi tadi dengan menggunakan bahan bahan daripada New Zealand yang aku nyatakan di atas. Fuh seram betul..




Masa masak ni aku bergandingan dengan Food Blogger yang tidak asing lagi, MahaMahu. Kiteorang pilih untuk memasak Cheese Baked Mussel dan Grass-fed Beef Stir Fry. Steak tu macam tak pandai nak agak tahap daging tu masak secara medium. Biasa kalau dekat rumah, kita masa daging macam over cooked kan haha..So jalan selamat pilih menu yang bukan steak. 


Bahan bahan masih sama seperti yang Chef tunjukkan tapi ada olahan resepi gitu. Walaupun hanya diberi masa 30 minit untuk siap masak dan kemas semua peralatan, tapi kami berjaya selesaikan 2 menu dalam tempoh masa yang diberi. Wah bangga juga ni. Nak nak pula resepi Cheese Baked Mussel tu pertama kali kami cuba. Nasib jadi.


Walaupun tak menang, tapi ilmu dalam menyediakan ketiga tiga resepi tadi yang paling berharga. Sedap Chef cakap cuma ter over cooked daging tu. Haih tak reti lagi nak masak tanpa over cooked ni. Kena belajar lagi nampak nya. Tapi rasa nya memang menepati rasa yang Chef ajarkan sebelum tu. Kami tetap menggunakan New Zealand Greenlea Beef, New Zealand Mussels, Baby Beets dan Mainland Cheese sebagai bahan utama..


Untuk mereka yang membeli barangan di 7 cawangan terpilih pasaraya AEON, korang boleh join contest ni sekali ya. Tamat pada 10 Disember 2017 ni. Korang hanya perlu Beli & Menang. Hadiah lumayan ok. RM1000.00 untuk hadiah utama. Tak nak ke korang? Hanya perlu beli barangan New Zealand di Taste New Zealand Fair bernilai RM80.00 ke atas dan korang dah boleh join contest ni. Cuba lah mana tahu rezeki kan.

cheese dan coklat dari New Zealand tu sedap..kena cuba!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!