Followers

Sewa Kereta Dengan Selamat Dan Jana Pendapatan Bersama Rideasy

8:00:00 AM

Korang pernah tak dengar tentang Rideasy? Untuk pengetahuan semua, Rideasy ni satu website di mana korang boleh cari kereta sewa dengan cara yang cukup mudah dan yang penting selamat. Bukan hanya untuk penyewa tapi juga dengan pemilik kenderaan tadi. Dalam website ni kan, segala info mengenai kereta dapat kita lihat dengan jelas beserta harga yang ingin disewa


Senang lah kalau kata korang nak pergi bercuti tanpa membawa kereta, log in jer dekat Rideasy ni dan korang dah boleh dapatkan kereta mana yang mengikut bajet dan available pada tarikh dan waktu tersebut. Yang penting maklumat penting diantara penyewa dan pemilik kereta seperti gambar kereta, road tax kereta, gambar kad pengenalan dan lesen memandu yang masih aktif diperlukan ya


Lagi satu yang bestnya kan, dalam sistem Rideasy ni ianya mempamerkan ranking status pemilik kereta tersebut. Kiranya macam review penyewa yang sebelum ni lah. Penyewa boleh beri markah terhadap kereta dan pemilik kereta tersebut. So senang lah untuk bakal bakal penyewa lain untuk menilai status pemilik kereta tersebut..


Setakat ni sistem Rideasy ni hanya beroperasi di sekitar lembah klang sahaja. Tapi jangan risau, lepas ni Rideasy akan berkembang di seluruh Malaysia untuk kemudahan mereka yang ingin mencari kereta sewa dan juga bagi mereka yang ini menambahkan pendapatan untuk pemilik kereta yang ingin menyewakan kereta mereka..

Ni berita baik untuk korang yang nak jana pendapatan melalui kereta korang. Haa macam mana? Daripada kereta korang tak bergerak dekat rumah tu, apa kata korang daftarkan kereta tadi sebagai kereta sewa dengan Rideasy. Korang hanya perlu sewakan kereta jer dan duit masuk. Menarik kan? Sesiapa yang nak cari side income tu boleh lah cuba ya


Syarat syarat kelayakan kenderaan:

1. Usia kereta tidak lebih dari 10 tahun.
2. Keadaan kereta yang baik dan sempurna.
3. Mempunyai sijil Vehicle Ownership Certificate (VOC) yang sah
4. Mempunyai polisi insurans kenderaan terkini
5. Mempunyai road tax yang hidup dan sah

Contoh:
Kereta: Perodua MYVI 1.3 (2016)
Kadar Kongsi: RM120 sehari
Tempoh Kongsi: 10 hari (sebulan)
Pendapatan Kasar: RM120 x 10 = RM1,200
Pendapatan Bersih: RM1,200 - RM500 (loan bank) = RM700

Pendapatan Setahun: RM700 x 12 = RM8,400
*Bergantung kepada jenis dan usia kenderaan.


Haa tu kalau kereta MYVI tau. Kalau kereta yang lebih mewah, pastinya akan lebih tinggi sikit bayaran nya kan. Selalunya ramai orang suka sewa kereta mewah pada musim musim perkahwinan sekarang ni. Masa ni lah korang boleh buat duit. Sewakan dan dapat pendapatan daripada kereta tersebut.



Untuk lebih lanjut tentang Rideasy ni korang boleh check dekat website dan social media diaorang seperti di bawah ni ok..Rideasy, easy giler!

Website: www.rideasy.my

lebih baik kita menggunakan saluran yang selamat seperti Rideasy ni
sekarang ni ramai orang suka tipu dan ambil kesempatan kan..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!