Followers

Buffet Makan Malam Sempena Tahun Baru di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

7:00:00 AM

Tak lama lagi kita akan memasuki tahun baru. Bersempena dengan meraikan tahun baru yang akan datang, Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah menyediakan satu buffet makan malam untuk mereka yang ingin berkumpul bersama ahli keluarga dan juga kawan kawan di malam tahun baru tak lama lagi..


Menariknya bila makan malam tersebut diadakan di Tingkat 18, Club Lounge Hotel Grand BlueWave Shah Alam di mana korang boleh menyaksikan sendiri pemandangan dari Masjid Shah Alam. Makan malam tahun baru yang menghidangkan makanan lazat ini disediakan oleh Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine)


Maaf la korang entry ni memang banyak sangat makanan sedap sedap nak dikongsikan. Mana la tahu hujung tahun ni kan ramai dapat bonus. Nak gembirakan perut family tersayang. So mari lah kita jamu mata dulu dengan gambar hidangan yang sedap sedap dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam untuk makan malam sambutan tahun baru..


Untuk hidangan yang akan tersedia pada 31hb Disember 2017, korang dapat menikmati semua makanan istimewa ini bermula dari jam 6.30 petang sehingga lah jam 1.00 pagi. Sambil makan, sambil dapat tengok bunga api dari Tingkat 18, Club Lounge nanti. Best kan? Anak anak mesti suka punya lah..



Hidangan di bawah ni setahun sekali jer ada. Macaroni bakar yang diletakkan bersama dengan kuah kambing. Sedap tau korang. Aku tak makan kambing sebenarnya tapi yang ni boleh makan sebab gravy tu sendiri dah sedap. Tak terasa sangat la bau kambing tu..Kalau tak tahu, ingatkan ni daging lembu. Korang kena cuba Macaroni with Braised Lamb ni ok..




Ni paling favourite dalam banyak banyak hidangan buffet makan malam untuk tahun baru di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni. Mussel tu di bakar bersama keju yang bila korang makan terasa cukup sempurna hidangan ni. Cheese tu yang buat sedap. Siapa diet rugi la kofkofkof. Nanti cari Mussel Au Gratin ni ya..Lemak lemak jer rasa dia..



Antara hidangan yang akan aku cari mestilah di bahagian dessert. Auwww dessert Hotel Grand BlueWave Shah Alam tak pernah mengecewakan. Aku suka semua dessert yang ada di sini. Kadang tu makan dessert dulu sebab tak tahan nak rasa. Orang selalu makan dessert last kan. Kita tak boleh wak. Dessert dia memang menggoda sangat..



Pelbagai Pastries, Muffins, Tartlets, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain dan banyak lagi ada di sini untuk buffet makan malam tahun baru nanti. Selain tu, pihak Hotel Grand BlueWave juga menyediakan hidangan seperti Cold Seafood on Ice, Cold cut Display, Italian Seafood Salad, Orzo Pasta Salad with Roasted Baby Roma and Basil



Cantikkan? Gambar ni diambil dari tepi tingkap Club Lounge yang terletak di Tingkat 18, Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Kalau malam malam mesti pemandangan ni lagi cantik. Nampak lampu lampu dan bunga api. Korang mesti dah ada idea nak bawa siapa nanti kan untuk makan malam istimewa sempena pembukaan tahun 2018 nanti..


Untuk makluman semua, harga untuk makan malam tahun baru di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni adalah seperti di  bawah ya:

Harga Dewasa : RM 90.00 nett 
Harga Kanak Kanak (4-11 Tahun) : RM 43.45 nett 

Tarikh: 31 Disember 2017
Masa: 6.30 Petang - 1.00 Pagi
Tempat: Club Lounge, Tingkat 18.
Hubungi untuk tempahan: 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613


Alamat:
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor

selamat mencuba korang..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. teringat macaroni with braised lamb yg sedap tu...yummm

    ReplyDelete
  2. Eh murahlah rege dia, dah lah dessert tu menarik mata ni...emmm sedapnya

    ReplyDelete
  3. sedap gila makanannnnnn OMG!!!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!