Followers

A&W Chicken Fiesta: Menu Terbaru November ini di Restoran A&W

7:23:00 AM

Bulan Oktober yang lepas, kak fink berkesempatan untuk merasai sendiri menu terbaru daripada A&W yang diberi nama Chicken Fiesta. Kalau sebut jer tentang A&W ni mesti terbayangkan kesedapan air RB Float yang dihidangkan sejuk sejuk tu kan? Tapi pernah tak korang rasa ayam A&W ni? 

Untuk yang belum merasainya lagi, sekarang ni korang dah boleh terjah mana mana restoran A&W untuk merasai sendiri Golden Aroma dan juga Spicy Aroma. Ada dua pilihan. Siapa yang suka pedas tu boleh lah pilih Spicy Aroma ya. Tapi tak de lah pedas sangat pun. Aku suka yang Spicy Aroma lagi daripada Golden Aroma..


Kehadiran Encik Samad selaku CEO A&W Malaysia pada hari tersebut memang memeriahkan lagi suasana. First time tengok big boss sporting macam ni. Cool jer orang nya..Terima kasih Encik Samad sebab sudi jemput kami untuk jadi orang terawal yang dapat merasai Chicken Fiesta ini..Tak dilupakan juga kepada Puan Norashekin dan Marketing Team yang memang sempoi habis..


Lain tau rasa ayam goreng A&W dengan ayam goreng yang lain di pasaran. Nak tahu apa yang lain, tu korang kena lah rasa sendiri. Rangup! Sekarang ni ada beberapa set untuk korang pilih bila korang ke restoran A&W. Kak fink kongsikan di bawah ni ya. Mana tahu ada yang tetiba mengidam lepas tengok gambar ni kan?


Kombo A (RM15.45)
2 Ketul Ayam + Kentang Goreng (Biasa) + RB (Biasa) 


Kombo B (RM36.99)
6 Ketul Ayam + 3 RB Float (Biasa – 1 Scoop Aiskrim)


Kombo C (RM53.99)
9 Ketul Ayam + 4 RB Float (Biasa – 1 Scoop Aiskrim) 


Dan sekiranya korang tak nak order hidangan yang dihidangkan dalam bentuk set, korang boleh jer pilih ala carte ataupun nak ada tambahan lain selain daripada ayam goreng kan. Pilih jer lah Chicken Poppers daripada A&W ni. Seriously kena order yang ni ya. Sedappp sangat. Anak anak korang mesti suka..Boleh tak nak cakap Chicken Poppers tu favourite dalam banyak banyak ada di A&W..


Untuk makluman semua, ayam goreng A&W ni telah diperap dengan herba herba terpilih untuk rasa yang sedap dan rangup..Digoreng garing garing dan kekuningan, jangan risau isi ayam tadi masih lembut jer masa dimakan tu. Taip entry sambil terbayang ni memang menyeksakan..Cuba lah nanti ya..

Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Kalau dah masuk A&W tak minum RB Float dia memang rugi lah. Ni yang membezakan A&W dengan restoran restoran yang lain kan? Kak fink baru tahu satu rahsia untuk jadikan RB Float tadi lebih sedap untuk diminum. Haa mesti korang pun teringin nak tahu kan? Senang jer, korang kena freeze kan dulu gelas tu tadi sebelum menuang RB dan ais krim di dalamnya..Sebab tu gelas A&W tebal..


Kalau kata korang teringin nak ada satu Limited Edition Mug 2017 daripada A&W sebagai koleksi di rumah, boleh lah korang ke mana mana cawangan restoran A&W untuk dapatkannya..Bermula 11 November 2017 ni sehingga hujung tahun ya..Yang ni saiz besar..Gelas tinggi ni hanya berharga RM49.90. Kak fink sendiri dah ada satu di rumah. Tebal dan tak mudah pecah. Dah banyak kali juga aku letak dalam peti ais. 



Disebabkan dah masuk A&W memang tak sah lah kalau tak ambil gambar dengan Rooty Bear. Siap ada 2 sekali keluar. Geram betul kita tengok Rooty Bear ni tau. Comel sangat lah. Dah lah pandai menari. Pandai menghiburkan sungguh. Korang rasa dalam tu lelaki ke perempuan hihi..Suka bergambar juga rupanya Rooty Bear ni..


Instagram: @anwmalaysia/

selamat mencuba korang..
teringat pula dekat waffle with ice cream dekat A&W ni..sedapnya



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Terliur liez tgk ayam ni... xsabar nak g mkn nnt

    ReplyDelete
  2. sedap pulak tengok ayam goreng tu..tergodanya

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak tengok ayam tu.. root beer float dah lame giler kot tak minum... one day kena try menu baru ni... hehe

    ReplyDelete
  4. A&W memang win.. Farveret mujur ada kat kajang dekat sikit pegi

    www.cikza.com

    ReplyDelete
  5. best nya !!! Jarang jumpa restoran B&W nie. next time jumpa nak cuba try lah menu baru dorg. terliur pulak tgok gambar.

    ReplyDelete
  6. Tetiba trasa macam nak minum rootbeer A&W tu, dah lama tak rasa. Dulu suka pi A&W minum rootbeer ngan makan waffle, sedapnyaaa!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!