Followers

Suasana dan Dekorasi IKEA Tebrau, Johor Yang Merupakan IKEA Terbesar Di Asia Tenggara

12:04:00 PM

Sebenarnya tak sabar nak share dengan korang entry IKEA Tebrau ni. Bila kak fink dapat tahu, kak fink akan jadi salah seorang orang terawal yang dapat masuk IKEA Tebrau ni, semestinya hati rasa berbunga bunga. Rasa nya semua orang yang minat dengan deko pasti akan suka untuk berjalan ke IKEA ni kan? 

Kadang tu tak beli apa pun, tapi still rasa nak pergi IKEA untuk makan makan dan pusing pusing betul tak? Ada juga kadang tak plan nak beli apa apa pun, tapi bila dah termasuk sini, ada jer benda kita rasa berkenan nak beli. Maklumlah harga yang ditawarkan IKEA pun adalah pada harga mampu milik dan pilihan pun banyak dan modern..



Untuk pengetahuan korang, IKEA Tebrau ni merupakan IKEA yang paling besar di Asia Tenggara. Mula mula tak percaya tau tapi bila kak fink sendiri dah buat store tour hari tu, besarrrrnyaaa.. Lagi besar dari IKEA Damansara dan IKEA Cheras. Untungnya orang Johor. Puas hati lah dapat jalan jalan dalam tu..

Kebetulan masa kami datang hari tu, Store Manager IKEA Tebrau, Annie Chandler yang memang banyak sangat pengetahuan tentang produk Ikea ni sentiasa memberikan info info lengkap barangan Ikea yang sebelum ni kita tak tahu pun. Tapi bila Annie conduct tour hari tu, wowww kagum juga lah dengan dia. I wish i dapat duduk dalam tu lama sikit..


Kalau dah ke IKEA, mestilah kena makan menu kegemaran ramai iaitu Swedish Meatballs. Lepas mengidam nak makan meatballs IKEA ni..Ada juga yang pilih menu lain selain daripada Swedish Meatballs. But for me, kak fink tetap dengan pilihan meatballs pada hari tersebut.. Sedapppnya! Mana boleh lepaskan peluang..


Korang boleh pilih nak berapa biji meatballs tu. Selalunya kak fink akan pilih yang 10 biji lah. Hanya RM12.00 untuk 10 biji. RM6.00 untuk 5 biji. RM15.00 untuk 15 biji dan lagi jimat kalau ambil yang 20 biji, sebab harganya cuma RM18.00 sahaja. Air tu kak fink pilih air yang tidak bergas. Ada banyak pilihan. Pilih jer yang mana korang suka ok..


Dan semestinya dessert ni paling sedappppp! Aku baru jer cuba Strawberry Cheese Cake ni tau. Rasa macam makan aiskrim! Korang kena cuba. Sejuk sejuk lalu dekat tekak tu. Serius kena cuba. Melampau betul sedap cheese cake ni. Harga pun tak mahal. Cuma RM7.90 per slice. Yang lagi satu tu, Caramel Cheese Cake. Pun sedap juga. Allahu kenapa baru tahu yang dua dua ni sedap sangat ni.


Selesai jer makan, baru kiteorang start IKEA tour hari tu. Dimulakan dengan bahagian yang memang anak anak akan suka duduk di sini sementara tunggu mak dan ayah pergi shopping. Kalau peminat IKEA mesti dah biasa dengar tentang Smales kan? Di IKEA Tebrau ni ada ruangan khas di luar untuk kanak kanak lepak dan menonton TV..

Macam mana nak sertai Smales ni?
Jika anak korang berusia di antara 4-12 tahun (mengikut tarikh lahir atau sehingga 3 bulan ke hari lahir ke 13 anda), korang boleh mendaftar dan menjadi ahli.

Pendaftaran secara percuma dan apa yang perlu korang lakukan ialah hanya singgah di Bug House di gedung IKEA dan isi borang permohonan. Jangan lupa membawa bersama Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran adik anak anak ok..


Yang ni pula ada di bahagian dalam Smales. Banyak tau kelebihan bila menjadi ahli Smales ni. Antaranya adalah:
- Hidangan kanak-kanak berdiskaun & minuman percuma
- Peroleh $0.50 dållars Smålish untuk setiap kunjungan jika adik adik bawa suratkhabar ke Bug House untuk dikitar semula
- Tebus untuk barangan småles
- Mengambil bahagian dalam aktiviti dan acara istimewa
- Menerima Surat Berita Bug penuh dengan permainan dan keceriaan pada setiap cuti sekolah
- Promosi istimewa bersama rakan terpilih
- Ais krim percuma pada hari lahir Sara yang merupakan Maharatu Småland


Deretan Locker untuk korang letak barangan yang tak nak dibawa ketika shopping di IKEA. Ni antara kemudahan yang disediakan bagi memudahkan para pengunjung membeli belah dalam keadaaan yang selesa. Boleh pilih sama ada nak locker yang besar atau bersaiz kecil..



Ok jom kita mulakan IKEA tour kita bersama Annie Chandler. Kak fink kalau pergi IKEA ni, kak fink suka tengok idea dekorasi yang boleh diaplikasi kan di rumah. Seperti yang semua tahu, barangan IKEA semuanya modern modern dan memang mengikut peredaran zaman. Walaupun minimalis tapi mampu memberikan rumah kita dekorasi yang wowww betul tak?


Cantikkkknyaaa dekorasi gambar atas ni. Aku memang suka warna warna gelap. Sebab tu cat dinding rumah aku ni warna hitam. Macam kena jer gabungan hitam dan kuning tu kan. Tak nampak suram walaupun penggunaan warna gelap diaplikasikan dalam ruangan ni. Semua nampak perfect!



Oh ya masa kak fink pergi ni, IKEA Tebrau buka juga untuk family members. So ada juga orang luar yang turut serta shopping dan jalan jalan dalam ni. But still masa ni tak open to public lagi. 16 November baru diaorang buka sepenuhnya secara rasmi untuk public. Siapa yang belum pergi, boleh lah take sweet time jalan dalam ni ya..Besar tauu!


Kak fink sempat lah ambil gambar dekat mana mana dekorasi yang mungkin boleh bagi korang idea untuk dekorasi di rumah tu nanti. Menurut Annie, kita tak perlukan kos yang besar tapi mampu menghasilkan satu dekorasi menarik di ruangan kegemaran di rumah..Kadang kadang simple jer tapi sedap mata memandang..


Oh well hitam lagi. Aku memang tak boleh tengok warna warna hitam macam ni. Nampak sangat tenang dengan warna warna gelap. Citarasa kita tak sama kan..Lamp shade tu berkenan betul la..Harga tak mahal pun. Hanya RM79.00 sahaja. Kalau kata korang berkenan boleh klik dekat sini ya: http://bit.ly/2zWeWXA


Percayalah korang ni antara wishlist barangan IKEA yang nak sangat ada dekat rumah tau. Wing chair ni dari dulu kita mengidam sangat. Sekarang ni dah banyak warna. Semua warna suka adoi. Susah nya jadi perempuan. Semua pun ko nak betul tak..Kuning tu pun nampak macam sexy. Macam kena pula dengan tema hitam kuning ni. Ada 5 warna tau..Boleh klik sini kalau korang nak tengok lebih details: http://bit.ly/2yZUHHa


Kuning ni pun macam menggoda juga kofkofkof..Daripada tersuka pink dah tersuka warna kuning macam mana ni? Tapi serius la kuning nampak sangat in untuk tahun ni..Harga untuk EKERÖ Armchair ni cuma RM499.00. Lebar tau. Selesa masa aku duduk tu. Kalau korang prefer yang mana? Wing chair atau arm chair? Untuk yang berkenan boleh klik dekat sini: http://bit.ly/2hNGpWX


Bak kata Annie, ni antara sudut kegemaran dia. Ya kak fink kena setuju juga ni sebab nampak sangat tenang je bila duduk dekat sini. Yer la kita duduk rumah sebab nak kan ketenangan betul tak.. Kadang kadang tak perlu banyak sangat perabot kan. Simple tu dah menarik sebenarnya..Haih boleh rambang mata lah duduk dalam IKEA ni..



Selain warna hitam, aku suka juga penggunaan warna warna seperti Turqoise dalam rumah. Ni antara ruangan deko yang sempat aku ambil gambar sebagai rujukan. Storage table yang diberi nama KVISTBRO, antara yang aku suka juga. RM199.00 jer. nak tengok lebih dekat boleh klik sini ya: http://bit.ly/2mNovW3 . Ni untuk rujukan aku juga sebenarnya. Mana tahu terlupa boleh lah klik balik link tu nanti..



Dekorasi dan pilihan dapur IKEA pun menarik kan. Kita boleh pilih nak jenis kayu macam mana, nak besar macam mana dan rangkaian harga yang banyak memudahkan kita untuk membuat pilihan. Siapa pernah buat kitchen cabinet daripada IKEA? Meh la kongsikan dengan kak fink di ruangan komen..


Meja ni pun kita aim juga hikhik. Senang nak buat kerja blog dekat situ kan. Harga memang mampu milik sangat sangat. RM99.00 jer korang. Yang ada dekat Johor tu, cepat cepat lah grab sebelum kehabisan. Biasa kalau murah murah macam ni mesti cepat habis. Ada 5 warna tau. Bukan putih jer.. Boleh tengok dekat link ni: http://bit.ly/2j6QKtF



Kak fink kan baru tahu yang tilam tilam di IKEA ni ada jaminan selama 25 tahun. Lama betul eh jaminan dia..Tak sia sia la kalau kita beli kan. Ada setengan orang dia memang menitiberatkan tilam yang bagus sebab masa tidur yang berkualiti memang penting di zaman yang serba sibuk ni. Kadang kalau tilam biasa ni ada yang menyebabkan sakit belakang bila bangun.


Korang percaya tak dekorasi bilik tidur ni semuanya menggunakan barangan IKEA yang murah murah jer. Kalau tak silap aku, tak sampai RM1000 pun kos nya.. Tapi tengok lah hasil nya. Cantik dan tenang jer kan. Yang bujang bujang nak deko bilik tidur tu boleh la gunakan barangan yang sama untuk bilik tidur korang nanti..


Daripada ruuang tamu, bilik tidur, dan dapur, sekarang ni Annie bawa kami ke ruangan kanak kanak. Ni antara ruangan yang buat jiwa keibuan aku geram juga ni. Semuanya comel comel. Semuanya rasa nak. Lagi lagi di bahagian Quilt Cover nanti. Nanti kak fink kongsikan gambar di bawah ya..


Pelbagai pilihan soft toys yang disusun untuk pilihan para pengunjung. Ada besar. Ada kecil. Haa pilih jer..Orang Johor dah tak payah bersusah dah nak kena ke KL untuk beli barangan idaman yang ada di IKEA. Dekat IKEA Tebrau lagi banyak pilihan. Maklum paling besar kan..


Wuuu paling tak tahan bila tengok banyak sangat corak yang cantik cantik dan comel comel untuk Quilt Cover dekat situ..Ada banyak collection tau. Antaranya dari koleksi STILLSAMT. Murah pun murah kan. Baru RM59.00. Korang boleh tengok dekat check it out dekat sini ya: http://bit.ly/2ixmOak



Ok ini yang lain dari IKEA yang ada di Damansara dan Cheras. Kalau biasa kita nak makan meatball  atau apa apa jer menu yang disajikan di IKEA, kerusi dia mesti standard yang biasa kita nampak tu kan. Tapi di IKEA Tebrau, dia punya tempat makan memang luasss sangat. So tak de lah pack sangat bila ramai orang tu..Siap ada wing chair ok dekat Tebrau ni. Relaxing sangat..



Daripada bahagian show room, kiteorang turun ke bawah untuk tengok sendiri keadaan di bahagian store untuk korang ambil barang barang yang mana korang berkenan tu..Besar! Mohon gigih kalau berjalan dalam ni. Masa ni korang tengok tak ramai orang sangat kan. Yer la dia tak open lagi pada public. Tapi kak fink tengok masa 16 November tu, fuhh sambutan menggalakkan sangat ni..



Port biasa ootd kan kof kof kof. Nasib la dekat KL ada dua dah IKEA. Kalau tak, harus rasa nak duduk Johor ni..Tapi tak pe, bila bila ke Johor korang mesti dah ada satu lagi tambahan tempat yang nak pergi lepas ni kan hikhik..Kena pergi untuk yang belum lagi tu. Walaupun nampak sama mesti ada beza sikit. Nak nak IKEA Tebrau ni besar. Mesti IKEA Lovers meronta ronta nak pergi yer dak?



Hari tu juga kiteorang diberi peluang untuk buat beberapa art craft yang disediakan. Kak fink memang suka sangat aktiviti macam ni. Walaupun tangan tak berapa nak seni tapi aku suka cuba..Lagi lagi pula bila kita diberi peluang untuk mencorakkan sesuatu benda tu..Boleh pilih warna apa yang kita nak. Menarik sangat..


Kami diberikan Dala Horse yang diperbuat daripada kayu ni. Ianya melambangkan simbol untuk Sweden. IKEA kan berasal daripada sana. Kuda itu sendiri melambangkan nilai sebuah persahabatan. Masa aku tengok Dala Horse ni, terus terbayangkan unicorn. Memang dalam hati dah terfikir nak warnakan dengan warna pink. Favourite color yang tak dapat dipisahkan..


Kami boleh menggunakan apa sahaja yang disediakan. Nak letak rama rama ke. Nak letak glitters ke ataupun tali dan benang  yang berwarna warni, semua pun boleh. Terpulang kepada kreativiti masing masing. Tak sangka kebanyakan influencers yang hadir hari tu semuanya kreatif kreatif. Kita pun cuba juga wak. Nak sekreatif yang lain. Agak agak korang kuda kak fink jadi tak.



And taraaaa. Cantik tak wak Dala Horse Pink kita ala ala Unicorn tu. Walaupun macam tak kemas sangat sebab tak cukup masa. Tapi kesungguhan kakak menompok nompokkan dia tu sila lah puji please. Ingat senang ke nak bagi kilat kilat satu badan kof kof kof. Siap ekor berwarna warni tak tahan. Thanks IKEA Tebrau untuk aktiviti yang menyeronokkan ini..


Kalau korang berdekatan Johor, jemput lah singgah ke IKEA Tebrau. Lepas ni IKEA akan dibuka satu lagi di Pulau Pinang. Wow tak sabar sangat rasanya nak tunggu yang sana buka. Barangan dan deko daripada IKEA tak pernah mengecewakan. Pergi banyak kali pun tak pernah jemu kan. Siapa yang pergi masa opening tu untunglah dapat gift card. Siapa pergi cuba kongsikan sikit pengalaman korang..

Alamat IKEA Tebrau: 
33, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru


teringat ingat pula cheese cake IKEA tu..sedappnya macam makan aiskrim



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. assalamualaikum diya...bestnya dpt pi awal...akak yg dok jb ni belum jengah lg IKEA ni diya...

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak.. aduhhh tgh kumpul duit nak beli katil kat ikea ni.. hahahha

    ReplyDelete
  3. Best nya Ikea.. Suka konsep nya yg simple

    ReplyDelete
  4. Bestkan kalau dapat pergi IKEA. Tahniah orang Johor ..especially kawasan yang terdekat dengan TEBRAU. Boleh lah shopping kat IKEA dah.. part best kalau pergi IKEA ni capat cuci mata.

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaa, saya orang Johor tak dapat invitation ponn..sedihh...
    Akak tak rembat pape ker..hehe

    ReplyDelete
  6. buat masa ni takmo terjah ikea lagi..tunggu dah reda sikit baru pergi..Kalau pergi sekarang ni banyak barang yang dah out of stock.maklumlah pembukaan masa tu ramai yang dah rembat..hehehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!