Followers

Whittakers: Coklat Kegemaran Yang Terkenal Dari New Zealand

2:47:00 PM

Sabtu lepas kak fink sekali lagi ke Jaya Grocer, The Starling Uptown Damansara. Dekat Jaya Grocer ni, banyak produk luar negara yang dapat kita beli di sini. Antaranya coklat sedap dari New Zealand ni. Mesti ramai kenal dengan coklat Whittakers kan? kalau peminat coklat, pastinya semua dah ada perasa kegemaran untuk Whittakers ni. Maklumlah Whittakers ni ada banyak jenis..


Kak fink berpeluang merasai pelbagai jenis perasa daripada Whittakers ni. Antaranya adalah Whittakers Lemon & Paeroa, Whittakers Almond Gold, Whittakers Dark Orange, Whittakers Coconut Block, Whittakers Creamy Milk dan banyak lagi Whittakers Limited Edition dah di bawa masuk ke Malaysia. Puas hati dapat rasa semua. Yang paling kak fink suka semestinya Whittakers Almond Gold..


Mesti korang nak tahu kenapa Whittakers Almond Gold menjadi pilihan hati kak fink kan? Bagi aku yang memang peminat coklat ni, apa yang membezakan coklat Whittakers dengan coklat lain adalah rasa coklat premiumnya berserta bahan lain yang ada dalam tu..Contohnya untuk Whittakers Almond gold tu kan, memang terasa banyaknya kacang almond dalam tu..Puas hati betul makan..

Ini mungkin kerana segala proses membuat coklat Whittkers tadi dibuat di kilang Whittakers yang terletak di Porirua New Zealand. Dari semua bahan mentah seperti kekacang dan juga biji koko untuk menghasilkan coklat tadi, memang ianya di proses di kilang yang sama..Sehingga kini, Whittakers telah berkembang ke pasaran Asia. Terutamanya di China, Asia Utara, dan Asia Tenggara.


Masa ni bloggers diberikan peluang untuk merasai semua jenis coklat Whittakers yang ada dalam pinggan tersebut untuk ujian rasa. Ada yang pekat, ada yang berkacang, ada yang rasa lemak masin karamel, ada yang rasa oren dan juga kelapa. Haaa siapa lah tak suka kan? Chocolate lovers macam kami memang tunggu je saat diberi peluang untuk makan coklat Whittakers tersebut..


Pada hari tersebut juga, satu demo masakan menggunakan coklat Whittakers telah dilakukan oleh Chef undangan. Haa siapa kata coklat Whittakers ni hanya boleh dimakan macam tu jer? Ianya juga boleh digunakan untuk membuat pemanis mulut dalam masakan tau..Setelah Chef menunjukkan cara penyediaan tadi, kami juga berpelung untuk menghasilkan muffin coklat pada hari tersebut..


Untuk yang bertanya tanya halal ke coklat Whittakers ni. Yer coklat Whittkers ni mempunyai sijil halal Jakim. Jadinya, korang boleh makan dan gunakan dalam masakan tanpa rasa was was..Coklat Whittakers ini juga telah dipilih sebagai jenama paling dipercayai di New Zealand selama 6 tahun berturut turut. Wow. Jangan kata di New Zealand kan, di Malaysia pun ramai peminat coklat ni..



Taraa ni lah bahan bahan yang disediakan untuk kami menyediakan muffin tersebut. Semua nya coklat kalau korang boleh tengok dalam gambar ni ahahahaha..Daripada perasa muffin sampai lah ke topping, kami bebas untuk meletakkan sebanyak mana coklat yang diingini..Lepas ni korang pun boleh lah cari coklat Whittakers untuk diletakkan dalam kek ataupun pemanis mulut yang ingin disediakan..


Comel tak muffin kak fink ahahahahahaha.. Siap tabur macam macam sebagai topping tu. Bila bawa balik rumah, anak anak cakap sedapppp! Haruslah sedap sebab diaorang pun peminat coklat. Kalau ikutkan nak letak banyak lagi topping ahahahahaha tapi cukup lah. Macam dah banyak sangat dah yang ni pun kan?


Kami dapat bersama sama dengan generasi keempat keturunan Whittaker iaitu Encik Matt Whittaker. Whittaker telah ditubuhkan lebih dari 120 tahun yang lalu oleh J.H. Whittaker, dan kini diarahkan oleh Whittakers generasi ketiga, Encik Andrew dan Brian. Generasi Whittakers yang berikutnya, Matt dan Holly, bekerja dalam perniagaan sebagai Ketua Pengurus Antarabangsa dan Pengurus Pemasaran.

Hari tu tak sangka rezeki kumpulan aku dan kak lily menang dalam ujian rasa yang disediakan. Yayyy dapat bawa balik banyak betul coklat Whittakers..So pada sesiapa yang teringin nak makan coklat Whittakers ni, dah tak perlu bersusah payah ke New Zealand lagi . Cari jer dekat Jaya Grocer dan beberapa pasaraya terpilih. Jaya Grocer memang banyak pilihan Whittakers di sini. Macam macam jenis ada..



Untuk pengetahuan korang, Whittakers akan bekerjasama dengan Ben’s Independent Grocer yang terletak di Ikano Power Centre untuk memberikan tablet coklat mini Whittaker secara percuma dengan setiap kopi yang dibeli. Promosi berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober. Selagi stok masih ada tau. 


agak agak ni bila boleh habis stok coklat ni hikhik..
thanks Whittakers..we had so much fun!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Akak la peminat choc yg x berapa nak tegar....bestnya...sekua dlam goodies tu diya dapat?

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!