Followers

Marvel’s Spider-Man Giveaway Daripada Disney Channel Asia & Pinky Momma Dot Com

11:59:00 PM

Sticky Post Until 17 November. Scroll down for new entry ya peeps ;)

Superhero kegemaran ramai, Spider-man kini kembali lagi di Disney XD saluran Astro 617, setiap hari Sabtu & Ahad pada jam 1.00 petang dan 8.00 malam. Cerita animasi terkenal ini berkisahkan seorang remaja lelaki yang bernama Peter Parker telah mendapat satu kuasa aneh selepas digigit oleh labah labah radioaktif.




Gwen Stacy atau lebih dikenali dengan Spider-Gwen adalah seorang pelajar pintar yang mahir dalam DNA merupakan salah satu watak yang ada dalam cerita animasi Marvel's Spider-Man ini..Selain itu, watak lain seperti Anya Corazon yang dikenali juga sebagai Spider-Girl merupakan pelajar cemerlang di Horizon High yang menggunakan akalnya untuk mengembangkan kuasa labah labahnya..Manakala watak Miles Morales yang dikenali sebagai Kid Arachnid yang merupakan pelajar termuda Horizon High yang mempunyai kuasa labah labah sendiri dari salah satu eksperimen sains Peter..


Menggunakan pengetahuan luas mereka dalam bidang sains, pasukan ini dapat menghasilkan cara cara kreatif dan inovatif untuk bekerjasama dan melindungi kota New York dari penjahat seperti Vulture, Kadal, Sandman dan Dokter Octopus yang juga merupakan saingan Peter Parker di sekolah. Wow banyak watak watak menarik dalam animasi ni kan?


Kalau korang memang peminat Marvel's Spider-Man ni, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri animasi hebat ini dan ikuti perjalanan 4 sekawan ini dalam membantu masyarakat dan menyelamatkan kota New York daripada ancaman jenayah dan orang jahat..Hulubalang kak fink sendiri memang menunggu jer waktu tayangan Marvel's Spider-Man ni setiap Sabtu dan Ahad..


Dari 1 Oktober, peminat boleh menyaksikannya sendiri siri video komedi yang menampilkan kanak-kanak yang membayangkan mereka di dalam dunia Spider-Man. ini di saluran Disney XD dan Disney Channel . Ia juga boleh didapati di platform media sosial Disney Channel Asia seperti di bawah ni ya:


Dan ada lagi berita menarik untuk semua peminat Marvel's Spider-Man ni. Kak fink dengan seronoknya nak bagi 4 hadiah kepada pembaca bertuah blog ni dengan mengadakan satu giveaway mudah. Hadiah dia menarik tau. 1 pemenang akan bawa pulang banyak merchandise daripada Marvel's Spider-Man. Haaa mesti ramai tak sabar kan bila dah tengok hadiah di bawah ni:


Cara penyertaan:

1. Like Page:

2. Follow Instagram: www.instagram.com/diya.nadia

3.  Share poster Marvel's Spider-man yang ada di Facebook Page: PinkyMommaDotCom

4. Nyatakan 2 jawapan di bawah ni di wall anda:

a) Pukul berapa dan channel mana Marvel's Spider-Man akan keudara?
a) What time & on which channel will Marvel's Spider-Man be airing? 


b) Spider-man adalah Superhero saya kerana (Tidak Melebih 40 patah perkataan)
b) Spider-man is my Superhero because (Not more than 40 words)

5. Post perlu di public kan supaya senang untuk saya dan client lihat dan track ya. Jangan lupa letak hashtag #PinkyMommaxMarvelsSpiderman

6. Nyatakan Done dan Tag 2 orang rakan anda di ruangan komen ya. Hanya komen di post Page PinkyMommaDotCom yang ada gambar poster tadi sahaja.

7. Pertandingan akan tamat pada 17 November 2017 dan Pemenang akan diumumkan pada 18 November 2017. Pemenang diberi masa seminggu untuk membuat tuntutan hadiah. Sekiranya lebih dari seminggu, hadiah tadi akan dipulangkan kepada client dan kemenangan anda terbatal serta merta.

8. Hadiah perlu diambil sendiri dengan saya di tempat yang akan dinyatakan nanti. Tiada pengeposan akan dibuat untuk tuntutan hadiah ya. So kalau kata korang jauh, nak wakilkan orang boleh jer. Bagitahu kak fink awal awal ok.

9. Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

10. All the best semua! Cepat cepat ke Facebook Page: PinkyMommaDotCom ok

join tau korang..senang jer ni..mana tahu rezeki anak anak kan..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Ni kalau si kembaq tiga nampak brg Spiderman tu semua mau berebut ni hehehe

    ReplyDelete
  2. wow bestnya. Qekra done. mana tau ada rezeki kan ;)

    ReplyDelete
  3. kalau ade anak ni memang dah lama join. btw all da best utk semua yg join.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!