Followers

Malam Gala VEST Meraikan 3 Universiti Sebagai Pemenang VEST 2017

12:44:00 PM

VEST ataupun lebih dikenali dengan Varsity, Entreprenuership Skills and Talents untuk tahun 2017 ini sudah sampai ke kemuncaknya. Untuk makluman semua, VEST menerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar pelajar Universiti dan seterusnya menjadikan keusahawanan tadi sebagai kerjaya pilihan.


Program VEST ini mendapat sambutan dengan 1000 penyertaan daripada para pelajar daripada lebih dari 20 buah Institusi Pengajian Tinggi awam dan juga swasta. Ianya telah bermula dari bulan Mei 2017 yang terbahagi kepada 3 perlaksanaan. Penilaian VEST dibuat dalam bentuk pertandingan bagi memilih kumpulan yang layak untuk ke peringkat akhir.


Terdapat 10 kumpulan di peringkat separuh akhir dan seterusnya hanya 3 kumpulan bertuah sahaja yang akan dipilih di Malam Gala VEST. Para peserta yang mewakili Universiti mereka perlu membuat pembentangan projek VEST mereka di hadapan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Bukan semua orang dapat peluang dapat membentangkan projek VEST mereka di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kan? Ini bermakna ketiga tiga finalis terpilih memang betul betul hebat..


Ketiga tiga finalis dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan juga Universiti Teknologi Petronas telah dipilih pada Malam Gala Vest dan mereka perlu membentangkan model perniagaan yang telah terpilih untuk menyakinkan para juri. Sejumlah RM50 000 diperuntukkan untuk para pemenang.



Pemenang di tempat yang pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50 000. Manakala pemenang kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM25 000 dan pemenang ketiga adalah sebanyak RM15 000. Memang sengit malam tu. Semua nya hebat hebat dalam sesi Pitching. Keyakinan para pelajar ini memang mengagumkan. Dah nampak ciri ciri seorang usahawan berjaya tu.


Model perniagaan yang terpilih akan dikembangkan dan dilatih dalam tempoh 1 tahun. Ianya di bawah seliaan Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Disamping malam tersebut pemenang diraikan dengan Malam Gala Vest, sehariannya itu juga diadakan Karnival VEST yang mempunyai pengisian menarik seperti pameran keusahawanan, aktiviti hiburan, food truck, pocket talk berkaitan keusahawanan dan paling menarik ada cabutan bertuah untuk para pelajar yang hadir. Antara hadiah yang diberikan adalah seperti Gopro, Iphone, Motor LC dan banyak lagi. Besttt nya jadi student sekarang..Banyak betul peluang kan..


Pemenang tempat Ketiga adalah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Projek mereka adalah Fast 2 Print. Di mana satu kiosk akan diletakkan di dalam Universiti dan pelajar boleh menggunakannya untuk photostat nota kuliah atau dokumen mereka tanpa mengira waktu kerana ianya dibuka 24 jam.


Tempat kedua jatuh kepada Universiti Putra Malaysia dengan projek Serdang Cendol. Satu satunya kumpulan yang membentangkan projek mereka dalam bahasa inggeris. Kagum tengok tahap keyakinan adik adik ni sebenarnya..Tahniah UPM. Moga projek Serdang Cendol sentiasa mendapat tempat di hati pembeli yang membelinya..


Dan Juara pada Malam Vest tersebut telah berpihak kepada Universiti Teknologi Petronas. Projek mereka diberi nama Solvie Pro. Ianya sebuah aplikasi seperti sistem Uber tapi sebenarnya aplikasi ini adalah untuk mencari kerja kosong. Dalam sistem tersebut, kita dapat tahu berapa jumlah gaji yang akan kita perolehi untuk sehari. Memang layak lah pelajar pelajar ini diangkat sebagai Pemenang Pertama kerana projek mereka dapat memberi manfaat dan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Tahniah adik adik UTP!

Youtube: Vest Malaysia
Instagram: @vest_malaysia
semoga VEST diteruskan setiap tahun agar lebih ramai usahawan muda dilahirkan
berbakat sangat pelajar pelajar Malaysia ni..




You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wah! Respek kepada semua peserta. Tahniah kepada UTP sebagai juara

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!