Followers

Majlis Pembukaan De Centrum Mall Kajang

8:00:00 AM

Ahad lepas merupakan Majlis Pembukaan secara rasmi salah satu pasaraya yang ada di Kajang ni. Rasanya mereka yang duduk dengan kawasan berdekatan mesti dah biasa dengan De Centrum Mall ni kan? De Centrum Mall ni telah dirasmikan oleh syarikat Prostaco Berhad. Sebenarnya banyak lagi yang akan dibangunkan oleh syarikat Prostaco. Ini baru fasa pertama ya..



Di dalam perancangan, akan ada lagi pembinaan untuk hotel, kondominium mewah, pejabat, pusat konvensyen dan banyak lagi. Antara projek hartanah yang sudah sedia untuk didaftarkan dan masih berbaki adalah:
- De Centrum Unipark Condominium (Kajang)
- Sentrio Business Centre 2(Pasir Gudang Johor)
- D' Perdana Condominium (Kelantan)


Hari yang sama untuk pembukaan rasmi De Centrum Mall ni, diadakan juga Majlis Menandatangani Perjanjian diantara De Centrum Retail Sdn Bhd & Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd. Antara VIP yang hadir pada hari tersebut adalah Pengarah Urusan Kumpulan Prostaco, Dato' Sri Ir Chong Ket Pen. 


Selesai je Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut, semua tetamu yang hadir tadi diminta untuk turun dan berkumpul di hadapan pintu masuk utama De Centrum Mall Kajang untuk upacara memotong riben sebagai tanda perasmian. Yang lebih menarik ada tarian singa lagi. Seronok lah anak anak dapat tengok depan mata tarian singa masa ni..


Meriah betul masa ni. Ramai pengunjung masa ni pun turut keluar ke pintu masuk utama untuk menyaksikan tarian singa ni.. Yer lah bukan selalu dapat saksikan depan mata macam ni kan. Singa ni siap datang dekat kita wak. Goyang goyang kepala dia dekat kita masa tu ahahahaha..Comel sangat..Ada ong lah kak fink lepas ni hikhik..



Di dalam De Centrum Mall ni juga ada kedai buku yang baru juga dibuka dan menawarkan segala pelbagai jenis buku dan juga alat tulis pada harga yang berpatutan. Nak nak pulak sekarang ni tengah ada promosi yang ditawarkan sempena pembukaan nya. Bermula dari 15 September sehingga lah 31 Oktober ni korang boleh berjimat dengan membeli alat tulis yang dijual dengan harga yang murah..

Dekat mana? Semestinya di SPP Bookstore. Kak fink rasa nak pergi lagi SPP Bookstore ni sementara harga promosi ditawarkan..Semestinya murah daripada harga pasaran..Apa yang kak fink boleh katakan, SPP Bookstore ni memang besarrrr..Paling besar antara bookstore yang pernah aku pergi sebelum ni. Korang tunggu apa lagi? Hujung minggu ni boleh lah ke sana..



Di dalam De Centrum Mall ini juga ada pasaraya borong dan juga pasar segar untuk korang terjah. Murahhhhnyaaa laaa..Aku pun baru tahu tentang kewujudan kedai Super Seven Cash & Carry. Tu pun ada kawan yang kongsikan ada pasar segar dekat sini hikhik..Ini antara salah satu tarikan yang ada dalam Ce Centrum Mall tu lah kiranya..


Selain daripada ada Super Seven Cash & Carry tu, ada juga kedai Mr.DIY, Pizza Hut, KFC, Cool Blog, 7-Eleven dan beberapa kedai lagi yang menarik untuk korang kunjungi. Tapi pada aku SPP Bookstore, MR.DIY dan juga Super Seven Cash & Carry adalah faktor utama untuk aku datang ke sini lagi..Untuk 3 jam pertama, caj tempat letak kereta masih percuma ya..




Dekat bawah De Centrum Mall tu memang banyak orang jual pakaian wanita, baju budak, bag tangan, kasut, tudung, aiskrim dan banyak lagi..Untuk tingkat bawah dan tingkat 1 macam dah banyak juga kedai yang dibuka. Yang atas atas jer tak berapa penuh lagi..Dekat bawah tu juga ada Dinos Alive Show tau..Boleh lah nanti lepas shopping tu, bawa anak anak saksikan pertunjukan dinosaur ni kan



rasa nak pergi lagi SPP Bookstore tu lah sementara ada promosi ni..
buku cerita budak budak murah dekat sana..jomm korang!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!