Followers

Cube 8 Teens By The Platform Hotel Review

9:49:00 AM

Ok hari ni kak fink nak kongsikan dengan semua hotel yang menjadi pilihan kak fink masa pergi Legoland baru ni..Setiap kali aku pergi Legoland, mesti cuba hotel yang berlainan hahahaha..Yer la nak tengok mana yang menarik kan. Yang ni antara hotel yang baru jer dibuka. Aku pilih Hotel Cube 8 Teens by The Platform ni sebab bilik dia luas..


Bahagian lobi hotel. Plus masa ni aku check in masa ni lambat sikit. Nak dekat pukul 7.00 malam baru nak check in hahahaha..Mana tak nya keluar Legoland pun dah lewat kan. Budak budak ni kalau dah masuk dalam tu, memang tak nampak pintu keluar dah wak. Mama dah seret kaki jer. Tu pun puas pujuk, nanti kita datang lagi ya..Sekarang balik hotel kita golek golek dulu..


Kalau korang check in sini, ada parking tau dekat pondok guard tu. Parking situ dulu. Pergi lobi dan check in. Nanti baru boleh masuk parking dekat bawah. Hotel ni ada deposit..Dia akan charge RM100.00 untuk deposit. Guard akan bagi nomor petak parking yang korang boleh park. Tak boleh park kereta sesuka hati gitu..


Yang ni bilik Deluxe. Hotel ni macam servis apartment atau hotel residence gitu. Sama macam Hotel Somerset Medini Nusajaya yang pernah aku review dulu. Lebih kurang la tapi Medini best lagi dari segi kemudahan yang disediakan..Medini ada pool HAHAHAHAHA..Sebenarnya aku nak Studio tapi dah penuh. Tinggal Deluxe jer. Tapi Deluxe pun ok sangat keluasannya..Not bad. Memang selesa untuk kami satu keluarga..


Budak budak ni suka sebab cermin tu boleh nampak luar..Tak terkepung gitu. Tapi channel TV dekat sini tak dapat pula channel Singapore ahahahaha.Masa medini hari tu macam dapat jer..Tapi tak pe la sebenarnya dah tak tengok sangat pun TV ni..Dah penat yang amat. Balik tu lepas mandi dan makan makan, budak budak ni dah tergolek. Mak siap bawa toto untuk anak HAHAHAHAHA..Bagus sangat mak kan..



Dekorasi dari Cube 8 Teens By The Platform ni kebanyakannya menggunakan barang Ikea. Memang baru sangat hotel ni sebabnya sticker dekat pinggan tu pun diaorang tak sempat buang lagi. Kira aku yang rasmi kan ke apa ni ahahahahaha adoi..Nampak tak kaki kerusi sebelah abang long tu pun tak berbuka lagi..Dara sangat wak..



Bilik air ok jer. Shower dia aku suka sebab air pun laju. Tapi kiteorang ada masalah hari tu jamban tu macam tersumbat sikit. Air bila kita flush, dia naik tinggi lepas tu nak turun bukan main lama..Ni memang spoil la..Sampai takut nak buang air besar HAHAHAHAHAH..Kang terapung jer kang cekodok tu macam mana wak..Haruu nya..


Ooo ya, dalam bilik air ni tak ada salur paip. So aku macam confuse juga macam mana nak berhadas tu HAHAHAHAHA..Dia ada paip je wak..Dah nak cebok macam mana? Kita bukan jenis leset leset. So korang kena ada bekas jadikan sebagai gayung untuk cebok tu..Kalau shower dia jenis boleh cabut tak pe juga kan. Ni shower pun kemain tinggi haaa...Nak cabut pun tak boleh..

Kalau tak de paip pun mohon jadikan toilet tu ada saluran air untuk pancut dari dalam bowl tu. Ni pancutan air dari dalam toilet bowl pun tak de..Adoii..Susah lah hati kita nak berhadas ni. Yang budak budak ni yang aku risaukan sebenarnya..So sila sediakan bekas kosong ya korang ahahahaha..Tak pun cuba lah korang request dekat hotel..


Tapi katil dia Win! Selesa sangat lah katil macam tu..Tak terkepung bilik tu sebab ada glass door macam tu kan. Pagi boleh tengok luar dengan aman dan tenang. Malam pun boleh tengok lampu lampu..Tapi dalam bilik dia tak ada TV..TV ada satu jer..Mungkin ni bilik Deluxe..So semuanya standard jer..But for me, aku suka bilik dia..Selesaaaaa yang amat amat...



Kiteorang decide nak check out pagi. Sebab kalau berjalan dengan papa dia ni, mesti nak kena food hunting. Nama je check out pagi, tapi percayalah hari tu kami sampai rumah dah nak dekat maghrib HAHAHAHAHAHA..Kalau gerak tengah hari mesti sampai tengah malam..Baik lah pagi, mata pun tak mengantuk nanti kan..


Tapi sebelum check out, bagi anak anak main kejap dekat Garden area ni. Bilik kiteorang Tingkat 9. So memang sama aras dengan Garden dia..Dekat sini tak de swimming pool. Cuma ada garden untuk anak anak main. So bagi diaorang main dulu..Dah puas terus ambil bag dan check out..Maka bermula lah food hunting dari Johor, Pedas Linggi dan Damansara..Senak perut kita wak. Makan sajer!


Untuk yang ada anak ramai, boleh lah pilih Cube 8 Teens by The Platform ni sebagai salah satu penginapan bila korang datang ke Johor. Dari Legoland nak ke sini makan masa dalam 30 Kilometer. Hari tu hotel yang berdekatan dengan Legoland semua full house sebab aku pergi masa Raya Haji kan..


Kalau perlukan apa apa, akan ada nombor perlu korang hubungi. Sila minta pada staff diaorang masa korang check in tu. Nak minta jug kettle ke atau tuala ke. Nanti dia akan hantarkan ke bilik ya..Parking tak ada charge. Medini dulu ada charge RM10.00 untuk 2 malam. Yang ni keluar masuk lah banyak kali, tak pe. Asalkan korang parking di nombor petak yang diberikan, dah ok dah..

Cube 8 Teen by Platform 
Alamat: Pangsapuri Seri 18 , Jalan Persiaran Jaya Putra Unit 11-23, 81100 Johor Bahru

oo lagi satu, pihak hotel kena letak arah kiblat sebab tak ada hari tu..
dari segi keluasan dan keselesaan, aku suka..memang selesa..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. cam best je hotel ni, boleh cuba gak ni

    ReplyDelete
  2. Hi, how is the soundproofing? Is it quiet or noisy? Can you hear the noises from outside? Did u get a good night sleep?

    ReplyDelete
  3. wahh.. stylo nye.. ni hotel or homestay yer ..... cosy tul

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!