Followers

Bangi Wonderland Theme Park and Resort Full Review

10:39:00 AM

Ok baru kesempatan buat full review Bangi Wonderland Theme Park and Resort hari ni..Untuk sesiapa yang ada tanya di Facebook hari tu, kak fink akan jawab semua dalam entry ni ya. Masa ni aku pergi untuk Family Day Lafarge. Tahun lepas diaorang buat dekat Sunway Lagoon. Kali ni di Bangi Wonderland pula..Lafarge memang suka buat family day dekat water park ahahahahaha..

Kiteorang sampai pagi, parking sini aku suka satu sebab dia indoor. So tak de lah masalah kereta panas. Parking yang disediakan di bahagian bawah bangunan tu jer..Ada lif untuk naik ke atas nanti..Aku bayangkan parking dekat kawasan lapang macam tu. Sebab diaorang cakap panas dekat sini tapi bila dah pergi, tak de pun wak. Tak perlu berjalan jauh pun dari parking nak masuk ke dalam tu..


Ok ni harga dewasa dengan My Kad RM58.00 dan kanak kanak dengan My Kid bawah ketinggian 130cm RM48.00. Kanak kanak dengan My Kid bawah 90cm FREE ya..Warga emas dan OKU separuh harga ya..Tapi sebab hari tu kiteorang masuk under Lafarge, percuma jer lah untuk satu keluarga hahahahahaha..


Masuk masuk jer kiteorang nampak bahagian slides yang ekstreme ekstreme ni dulu ni..Ni memang tempat kesukaan encit papa dengan abang long la ni..Tempat kita dekat tempat budak budak tu jer wak HAHAHAHAHAHA..Maklum mak kena jaga anak bila masuk tempat air air ni hahahahaha..Jadi photographer diaorang jer..


Encit papa cakap slides yang rainbow tu tak takut pun tapi yang warna purple hujung sekali tu macam terkejut sikit hahahahaha..Sebab dia macam jatuh terjunam macam tu. Tak takut tapi terkejut gitu konsepnya..Aku suka dekat sini sebab macam tak serabut sangat..Masa aku pergi sini tak de lah padat sangat..Mungkin tengok hari juga kot..



Dekat sini ada food court untuk korang beli makanan..Makanan luar dilarang bawa ya..Sama je macam water park lain. Staff di bahagian depan dia akan buka bag dan check sama ada korang bawa atau tak makanan luar..Kiteorang memang tak bawa sebab nama pun family day, makan pagi dan tengah hari, Lafarge dah sediakan. Tinggal pergi ambil jer hikhik..



Ni jer lah kerja seorang mak blogger ahahahahaha..Ambil gambar tanpa jemu..Untuk disimpan di blog sebagai kenang kenangan..Masa pagi tu, diaorang ada buat senam robik tapi hulubalang dah start berendam dulu...Diaorang pula buat senam robik dalam air, budak budak ni dah tak sabar dah..Last last bukan senam robik pun, dia pun kuak lentang dalam air tu ahahahahaha..



Ni kira bahagian main pool dia..Dewasa dan kanak kanak boleh main dekat sini..Tak dalam sangat..Paras lutut kembar jer..Antara pool yang paling ramai parents duduk dekat sini layan anak anak..Depan pool ni ada tempat duduk. Kalau kata hujan, ada lah tempat berteduh dekat situ..Hari tu masa aku pergi, hujan sekejap tapi budak budak ni peduli apa, hujan pun mandi lagi hukhuk


Air dekat bulatan ni laju juga..Abang long jer boleh masuk dalam terowong tu hahahahaha..Kembar tak berani sebab air yang keluar dari lubang lubang tu memang agak kuat..Kalau duduk bawah tu untuk kita kita yang dewasa ni layan juga ok..Aku suka jer duduk bawah air macam ni..


Boleh duduk jer tapi tak bergerak pun buaya tu ahahahahahaha..Boleh lah buat feeling feeling nak..Kembar memang enjoy la dekat sini..Banyak tempat dia boleh main..Slides tinggi tinggi pun ada area sini juga..Ada banyak ketinggian..Korang boleh pilih nak main yang mana..Gigih dengan tak jer nak naik tangga banyak kali hahahaha..


Ni tempat satu lagi encit papa naik. Ya Allah seram aku la main benda ni. Korang kena duduk dekat satu tempat yang disediakan, lepastu staff tu akan tekan button suis dekat situ. Nanti korang akan ditembak berdesup laju macam gambar bawah ni..Jatuh dalam air berkedalaman 2 meter..Sekali lagi encit papa cakap dia tak takut tapi terkejut sebab kena tembak kuat macam tu hahahahahaha..


Ni la gambaran dari bahagian depan pool yang budak budak ni main hari tu..Nampak tak tangga tangga tu. Haa tu lah tangga yang korang boleh naik slides yang mana..Abang long dengan abang ngah memang dia turun naik yang paling tinggi tu la aahahahahahaah..Peliknya tak penat langsung diaorang hari tu. Kalau dekat rumah kemain malas betul semua nak naik tangga kan..



Dekat pool ni juga, ada buaian yang disediakan..Layannn ooo buai ni. Aku pun suka duduk dekat sini sambil berayun ayun tengok anak main dekat situ..Untuk pengetahuan korang, dari satu pool ke satu pool tu tak jauh. Macam water park lain yang aku pernah pergi, nak pergi satu pool ke satu pool tu kita kena berjalan jauh juga kan..yang ni tak. Tu yang best. Tak de lah penat sangat..


Kemain dia baru turun dari slides yang tinggi tu. Tak padan dengan kecik tapi tak reti takut..Tu ada hati ajak abang long naik slides yang ekstreme lagi..Tapi tak lepas ketinggian pula hahahahaha..Tunggu tinggi sikit lagi yer ngah. Nanti dah boleh follow papa yer..Dulu dia paling tak berani pergi tempat air air ni tapi bila dah biasa pergi, sifat takut tu dah tak de..



Mandi bunga katanya..Kalau kata korang bawa anak, lepak sini jer lah hahahahaha..Senang semua ada..Tempat lain untuk anak anak tak banyak sangat kecuali ada satu lagi pool. Yang tu dia buat macam ala pantai, ada ombak..Tapi budak budak diaorang suka yang ada mainan macam ni kan..Hulubalang memang lepak sini jer..


Yang adik naik ni slide yang paling rendah..Mula mula dia takut sebab masa turun tu air tu akan percik balik dekat muka dia tapi lepas tu dia dah syok dah..Sampai panggil makan pun tak nak..Takut masa mula mula jer. Lepas tu dah naik sheikh dah dia  hahahahaha


Tengah hari, encit papa pergi ambil nasi yang disediakan di kaunter makanan..Semua kena paksa makan baru lah semua nak naik. Ni la tempat yang aku cakap kalau kata hujan tu. Korang boleh duduk berteduh dekat sini..Dia ada banyak meja dan kerusi untuk duduk. Kawasan berbumbung..




Nampak tak pool depan slide purple putih tu..Haa tu lah tempat yang ada ombak tu..Ombak tu kuat juga..Ada masa masa jer dia pasang ombak tu..Bila bunyi siren tu maka nya ombak nak datang la hahahahaha..Berlari budak budak ni bila dengar siren..Kalau tak dia macam pool biasa jer..Makin ke belakang, makin dalam. So hati hati untuk siapa yang ada anak kecil tu


Abang long tengah belajar berenang dengan papa dia..Papa cakap kalau nak belajar berenang kena apungkan badan dulu..Hahahahahaha gigih dia apungkan badan tu haaa..Dulu abang long tak pandai nak berenang tapi setiap kali ke water park memang papa dia lah yang jadi cikgu renang dia..Sekarang ni dah boleh lah sikit sikit. Daripada merangkak dalam air, sekarang dah boleh lah berenang sikit walaupun tak jauh jaraknya sebab termengah mengah ahhahaahahha..


Thank you papa bawa pergi sini. Alhamdulillah rezeki anak anak dapat masuk Bangi Wonderland percuma hikhik..Kiteorang sampai pukul 9.00 pagi sampai lah ke petang duduk sini..Overall kalau tanya aku, tempat ni best tapi mesti ada kekurangan sikit sikit..Tak pasti diaorang kekurangan staff ke apa tapi toilet sangat kotor bila dah ramai ramai..Tak de cleaner yang stand by untuk bersihkan toilet..

Macam ibu ibu yang ada anak kecil, diaorang akan tukar baju dekat kawasan dengan pool tu juga kan. Tapi ntah lah aku tak jumpa cari changing room tu atau memang changing room tu ada di atas sahaja..Yang ada hanya toilet jer..Sebab aku jumpa satu changing room di bahagian atas dekat tempat nak keluar..

Sepatutnya kena ada dekat kawasan pool tu juga untuk kemudahan pengunjung..Sebab biasa orang tukar baju mesti dekat tempat dia duduk kan..Bukan dekat pintu keluar..Maaf kalau kak fink tak jumpa..Penat kita pusing mencari hari tu..Nak letak baju kering tu yang bermasalah sikit..Tak de tempat nak letak bag hahahaha


Dan lagi satu, mesin tiket dia sangat mengundang wak ahahahahahaha..Bukan kiteorang jer kena tapi ramai lagi orang lain kena. Dia susah nak terima duit. Boleh berkomunikasi dengan staff dia melalui interkom dekat situ tapi staf dia cuma cakap keluarkan balik jer duit tu. Sepatutnya staff yang jaga bahagian ni, kena datang dan tengok sendiri keadaan mesin tu macam mana..

Dalam keadaan pegang baju basah, bag kiri kanan dan bila mesin tu mengundang memang geram juga la..Percayalah lebih 10 kali kiteorang tukar duit hari tu ahahahahaha adoii mesin pun..Family lain pun berhangin jer masa situ .Habis duit dah kiteorang duk main masuk keluar kan ke mesin tu..Akhirnya mesin tu nak juga terima..Orang sebelum kiteorang sampai pinjam duit kawan sebab duit dia tak diterima ahahahahahaha..Huru hara betul..

Makanan kak fink tak dapat nak review sebab tak makan dekat food court tu..So tak boleh nak share dari segi harga dan rasanya..Korang kena cuba sendiri la nanti bila datang sini ya..Out of 5, i bagi 3 bintang..Untuk kanak kanak memang menyeronokkan. Kalau tak, tak kan lah sampai petang kan hahahaha..Best sebab pool dekat dekat..Tak penat nak jalan..Parking berbumbung tu best!

Bangi Wonderland Theme Park and Resort 
Alamat: No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang
Telefon: 03-8912 8333

selamat mencuba korang ;)



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Nak pegi!! Nak suprise bawa budak2 tu masalah nyer bilaaaa huwaa mak is so busy & x sihat :(

    ReplyDelete
  2. meriah die ke bangi theme park plak mandi manda..untung ler dpt free kn...jimat duit..dh gaya mcm tmpt tu uolss punya sbb xde rmi org....payah juga bab mesin tkleh trima duit tu, jenuh juga la kn

    ReplyDelete
  3. amboi gmbo dia gempak sgt! hahahha kt dtg lawat kakakk nk bg job! HAHAHHA bye

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!