Followers

Sebab Kenapa Korang Kena Cuba Street Churros

4:00:00 PM

Hari sabtu lepas kak fink berkesempatan menjejakkan kaki ke cawangan ke 6 Street Churros iaitu di Empire Shopping Gallery yang terletak di Subang. Ni pengalaman pertama kak fink rasa Street Churros. Sebelum ni tengok orang lain rasa jer. Tak boleh jadi ni, teringin juga nak rasa kan? Tengok dekat gambar macam sedap jer..

Terus bawa kembar rasa sekali..Satu je kak fink nak cakap, memang sedapppp! Terutama kalau korang beli tu, korang terus makan. Lembut, rangup dan sedap! Ketiga tiga rasa tu korang boleh dapat dalam satu churros. Pilih jer churros mana yang menjadi pilihan. Pasti korang tak kan menyesal sebab kak fink dah rasa semua hahahaha..Rasa nak repeat lagi ok..

Filling Churros [Chocolate, Cream Cheese & Custard] - RM7.90

Yang menariknya bukan hanya churros biasa jer atau nama menu nya Street Churros yang korang boleh rasa tapi ada juga Filling Churros, Stick Churros, Churros Fries dan Ice Cream Churros. Yer kak fink rasa semuaaaa..Serius semua sedap! Kalau ditanya Filling Churros macam gambar di atas ni, kak fink akan pilih yang Custard. Anak anak semestinya suka Chocolate..Filling Churros paling kak fink suka!

Street Churros [Cinnamon, Chocolate & Cheese] - RM5.90

Unik sangat kan bentuk Street Churros ni? Kalau korang nak tahu, bentuk tu ada istilah sebaliknya yang bermaksud Good Luck. So dengan harapan siapa sahaja yang memegang dan memakan Street Churros ni akan sentiasa berjaya gitu..Memang lain dari yang lain. Tak sama seperti Churros lain yang ada di pasaran kan?

Stick Churros [Chocolate, Cinnamon & Cheese] - RM9.90

Untuk Stick Churros ni ada 3 perasa sama macam Street Churros juga tapi yang ni bentuk churros dia lain dan diletakkan dalam 1 cawan macam gambar di atas ni. Korang boleh pilih 2 perasa untuk Stick Churros ni..Pada mereka yang teringin nak rasa ketiga tiga perasa tu, boleh lah cuba yang ni..Dapat rasa semua yer tak? Bila dah tahu yang mana yang korang suka, next time boleh beli Street Churros tu pula..

Ice Cream Churros [Standard] - RM7.90
Add Topping [Choco Choco, Choco Berry & Mango] - Add +RM1.00

Ni pun antara tarikan yang ada di Street Churros. Ice Cream Churros dia sedap..Kak fink suka berry dan mango tu. Memang sesuai sangat churros tu korang makan dengan ice cream tau..Ice cream dia tu sedap. For me tak manis sangat. Kena dengan tekak kak fink sebab aku ada masalah nak habiskan kalau ice cream tu terlampau manis huhu..

Milk shake pun ada tau dekat Street Churros ni. Sedap yang amat. Kak fink boleh katakan milk shake yang diberi nama O’My Mango dan O’My Coconut ni tak terlalu manis tapi cukup rasanya. Memang sedappppppp..Haihh terbayang pula rasa creamy milk shake O’My Mango tu hahahaha. Coconut pun sedap tau..Kena cuba dua dua..

Milk Shake O’My Mango & O’My Coconut – RM9.90

Untuk yang minat coffee, jangan risau. Dekat Steet Churros ni ada juga ya. Green Tea pun ada juga kalau korang tak suka kopi. Untuk kopi mereka sediakan Caremel Macchiato & Spanish Latte. Kalau tanya pendapat aku, aku suka latte. Caramel macam manis sikit untuk tekak aku. Yang ni korang kena rasa sendiri kot. Baru boleh tahu yang mana lebih menepati citarasa tekak korang..

Non Coffee: Chocolate, Green Tea, Milk Tea 
Iced: RM8.90
Hot: RM7.90

Street Churros pun ada minuman untuk mereka yang tak boleh minum kopi, ada juga minuman sejuk dan panas seperti Chocolate, Green Tea dan juga Milk Tea..Haaa pilihan di tangan korang..Anak anak suka yang Iced Chocolate tu..Yer la budak budak kan, nampak coklat jer terus suka..Churros pun dia pilih yang coklat juga hahahaha..Mama pilih Green Tea!


Untuk pengetahuan korang, Streeet Churros ni bermula dari Korea Selatan. Korang boleh makan macam tu ataupun cicah dengan Dipping Sauce seperti Butterscotch, Chocolate, Cream Cheese dan juga Blueberry. Makan panas panas memang sedapppp! Best seller semestinya Cinnamon Churros..Rangup di luar, lembut di dalam..

Maklumlah misi Street Churros, ingin menaikkan taraf Street Food dengan kualiti bahan dan kesegaran pada tahap 5 bintang..Walaupun korang makan street food tapi rasa tu sama macam rasa korang makan di restoran mewah..Sebab tu kak fink suruh korang rasa sendiri..Lagipun dah banyak dah cawangan Street Churros ni..


Kalau nak jimat lagi boleh pilih Set Menu ok..Meh kak fink kongsikan di bawah ni:
Set A: Street Churros + Latte = RM11.90
Set B: Filling Churros + Latte = RM13.90
Set C: Stick Churros + Latte = RM15.90

Untuk Fries Churros paling kak fink suka sebab dia ada 3 perasa iaitu Sour Cream, Tomato dan juga Seaweed. Sedappp tauuu..Memang lain dari fries yang dah biasa kita makan sebelum ni..Rangup bila dimakan waktu panas panas dan harganya juga berpatutan iaitu RM7.90 untuk 1 cup tu..Paling kak fink suka semestinya rasa Sour Cream!


Korang boleh dapatkan Street Churros ni di cawangan cawangan yang ada di One Utama Mall, IOI City Mall Putrajaya, Sky Avenue Genting, Berjaya Times Square, My TOWN Cheras dan Empire Shopping Gallery seperti yang kak fink pergi ni..Dengar kata cawangan di Sky Avenue tu besar..Sejuk sejuk makan Street Churros mesti sedap kan..


One Utama Mall
Alamat: Lot LG319A, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7681 0710

IOI City Mall
Alamat: LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel: 03-8959 2110

Sky Avenue
Alamat: Lot No T2-12, Level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resorts, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 03-6101 3110

Berjaya Times Square
Alamat: Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No.1 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2110 6210

MyTOWN
Alamat: Lot No. B1.046, Basement 1 Floor, MyTOWN Shopping Centre 6, Jalan Cochrane,
Seksyen 90, Taman Maluri Cheras 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9201 1099

Empire Shopping Gallery
Alamat: LK02A, Lower Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, SS 16,
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-5612 1055


Berita baik untuk pembaca blog dan followers instagram kak fink, korang boleh follow instagram kak fink sekarang sebab kak fink nak bagi korang discount vouchers sebanyak 10 keping. Akan ada 10 pemenang yang akan kak fink pilih nanti secara rawak..Cepat cepat follow instagram @diya.nadia ok..Stay tune ok!

Instagram: @streetchurrosmy

selamat mencuba! mesti nak repeat lagi bila dah cuba nanti hahaha..sedapp oo!



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. street churros mmg sedap sbb ori dr korea...1st time mkn churros ms holiday korea....pastu bila viral kt kl psl churros try la bli tp xsama mcm kt korea tp bila mkn yg street churros ni aduhai mmg sodap....nk menang diskaun voucher tu

    ReplyDelete
  2. dh lama nk try street churros ni, tp tk de kawan yang sealiran hiihi... kite nk menang diskaun voucher tu! ;-))

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat-sangat. Ena suka churros Cheesenya. Nyummy!

    ReplyDelete
  4. salah satu feveret saya churros.. dulu masa rajin.. selalu buat churros.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak. Tak berkesempatan lg nk gi makan churros ni. Nak buat sendiri pn blom rajin lg. Huhuhu.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!