Followers

VEST: Varsity Entrepreneurship Skills & Talents Memulakan Modul Fasa Pertama

8:45:00 AM

Hari tu kak fink ada kongsikan apa itu VEST atau nama penuhnya yang dikenali sebagai pertandingan keusahawanan yang melibatkan 1000 mahasiswa daripada 20 Institut Pengajian Tinggi dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan..Segala teknik ini adalah sebagai persediaan kepada mahasiswa dalam bergelar seorang usahawan.

V: Varsity, E: Entrepreneurship, S: Skills dan T: Talents
Mesti korang nak tengok dengan lebih jelas modul dan progress yang telah dijalankan untuk VEST ni kan? Ok meh nak kongsikan dengan korang aktiviti yang telah dilaksanakan untuk Modul Pertama di setiap Universiti yang telah mengambil bahagian untuk program VEST ni..Seronok tengok adik adik ni dapat sampaikan idea mereka melalui perbentangan dan kerja berkumpulan seperti dalam video ni


Fasa Pertama: Universiti Malaya
 
Fasa pertama: Universiti Tenaga Nasional

Terdapat 9 Universiti yang telah mengambil bahagian untuk Fasa Pertama ni adalah:
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Pengurusan dan Sains (MSU)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)




Universiti mana yang akan memenangi hadiah sebanyak RM50,000 tu? Mesti korang pilih universiti yang pernah korang belajar dulu kan? Kak fink yakin selama 6 bulan menyertai program ni, bakal usahawan muda yang sangat kreatif bakal dilahirkan. Tak sabar pula kak fink nak tahu siapakah pemenang dan Universiti yang bakal memenanginya..


Bukan hanya dari segi pemasaran tetapi juga menjadi seorang usahawan dengan menghasilkan sesuatu yang dapat menambah nilai kehidupan orang sekeliling adalah ciri ciri usahawan yang dicari sekarang ni..Kalau kita cakap pasal berniaga ni, rasanya semua orang boleh berniaga tapi untuk berniaga sambil menambah nilai hidup orang lain, itu yang susah kita nak jumpa betul tak..

Kalau korang tengok pada video tu, banyak betul idea idea yang dikongsikan di kertas yang diberikan..Mesti juga orang luar nak tahu, apa yang adik adik ni buat dalam Modul untuk Fasa Pertama ni kan? Haaa dalam fasa ni, mereka akan:
  • Diberikan latihan dan bimbingan
  • Perbincangan dalam kumpulan
  • Pembentangan Bisnes Modal

Paling kak fink seram rasanya bila nak bentangkan bisnes modal di hadapan juri tu..Tapi ini lah usahawan kan? Mereka perlu membentangkan segala usul dan idea yang mereka ada dengan jelas supaya masyarakat faham tentang apa yang ingin dipasarkan..Dan alhamdulillah adik adik ni berjaya melepasi fasa ini dengan jayanya..Nak tahu apa yang akan mereka harungi di peringkat seterusnya? Haa nantikan tau..

Pitching: MMU
Dalam tempoh 6 bulan, peserta akan diberi pendedahan tentang:
  • Teknik terkini jualan
  • Teknik pemasaran dan penjenamaan
  • Teknik komunikasi yang berkesan
  • Teknik membina rangkaian francais
  • Teknik perancangan kewangan

Dan ini antara Objektif yang ingin dicapai dalam VEST ni adalah:
  • Memupuk dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar universiti awam tempatan
  • Membangunkan nilai nilai keusahawanan dikalangan pelajar
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang sedia ada secara lebih sistematik
  • Menyampaikan maklumat berkaitan dengan agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, kemudahan intrastruktur dan akses kepada pasaran
  • Mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor


Semoga adik adik ni dapat meneruskan VEST ni dan berjaya menyakinkan para juri yang akan menilai segala hasil pembentangan dari setiap kumpulan..Orang muda ni biasanya idea idea mereka selalunya idea yang segar dan masih baru..Sama sama kita nantikan..Untuk korang yang yang nak tengok setiap aktiviti yang telah dijalankan di Universiti yang terlibat, boleh subscribe Youtube VEST Malaysia seperti di bawah ni ya..

Youtube: Vest Malaysia
Instagram: @vest_malaysia

adakah mereka mampu memberi saingan sengit untuk modul akan datang?
kita nantikan.




You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!