Followers

Tips Elak Cat Dinding Bercapuk Dan Tahan Lama

2:00:00 PM

Macam mana persiapan raya korang? Kak fink rasa macam tak cukup masa wak ahahahaha adoi..Siang busy dengan blog task. Malam jer la sempat nak kemas rumah..Tu pun pukul 1.00, 2.00 pagi baru dapat lelap..Aku memang camni. Dari zaman remaja, zaman sekolah sekolah lagi bila nak raya baru nak spring cleaning..Perangai sangat..Even sampai malam raya pun masih busy buat itu ini..

Dan disebabkan sabtu ahad lepas, last weekend sebelum kita nak sambut raya, maka baru lah terhegeh hegeh nak mengecat oii..Kalau orang lain busy pergi shopping, mak busy kemas rumah haaa..Dan sebab kukuh kena cat rumah tahun ni sebab ko tengok jer lah gambar bawah ni. Aku tak paham kenapa dia bercapuk capuk cat tu..


Sakit hati wak tengok hari hari dinding macam berkulat kulat..Lepas tanya ramai orang, semua cadangkan aku guna sealer dulu. Memang sebelum ni aku tak pernah guna sealer..Sebab jiran aku guna sealer cat dia tak bercapuk langsung dan sangat tahan lama. Sealer pula boleh tahan mahal wak. Ya Allah nak nangis rasa tengok harga sealer mahal dari harga cat ni..Adoi


Korang nampak kan warna putih putih tu..Geram ok..Kalau aku lap dengan kain basah, cantik la cat tu balik. Tapi lepas 5 minit, dia jadi bercapuk balik. Satu kerja pula nak kena ngelap dinding hari hari ahahahahaha..Nak raya ni, meh lah bang kita ngecat..Sebelum orang yang datang pun pening tengok cat rumah aku nanti kan..


2, 3 layer juga encit papa lapiskan sealer tadi dekat dinding. So far sampai hari ni, tak de lagi tanda tanda bercapuk dekat dinding. Kalau tak dulu, lepas cat tak lama tu korang akan terus nampak bercapuk terus..Mungkin betul juga kena guna sealer sebelum guna cat yang kita nak..Jangan main sapu jer konsepnya haahhaahaha..


Warna pilihan semestinya warna hitam. Banyak kali cina kedai tu tanya aku semalam. Betul ke mahu warna hitam. Betul laaaaa..Siap cakap you tak risau rumah gelap ke. Aku terus jawab, tak lah memang i nak rumah i redup jer..Rasa sejuk jer hahahahahaha..Terus ambil cat Black Pearl Shine untuk disapukan ke dinding..


Lama juga mengecat ni semalam..Dari tengah hari sampai 6.30 petanng baru siap 2 dinding..Fuh lega dan satu kepuasan bila tak nampak capuk capuk tu..Kepala terus rasa tenang ahahahahaha..Lepas ni dah boleh tukar langsir..Langsir tak nak dah warna kelabu. Tahun ni tukar warna turqoise hikhik..Langsir pun sejenis yang gelap juga..So kalau datang rumah aku semua akan ber mood romantik gituhhh...


At the moment, langsir tu biar situ dulu..Sebelum balik kampung baru nak tukar..Sekarang ni biarkan dia tergantung selagi khidmat diperlukan hahahahaha..Alhamdulillah dah selesai satu bab..Bab ngemas dan basuh baju melayu belum lagi..Korang dah siap kemas ke..Kemas ni nak mula yang malas kan..Dah start tak boleh nak stop ahhahahahaahha..


Rumah aku ada 2 warna. Bukanlah semua hitam..Tapi kiteorang campurkan dengan warna light grey juga..Kalau semua hitam kang rasa macam studio pula yer dak? Tunggu siap semua kemas, dah pasang langsir, kak fink kongsikan ya..Sekarang ni, rumah berkapau lagi wak..Sana sini kotak..Client pula baru hantar kotak sabun untuk stok setahun..Pitamm la mana nak letak ni?

mengecat di bulan puasa kena betul betul kuat..
terbayang air sirap selasih HAHAHAHAHAHAHA..



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Confirm lelap cepat kalau akak.

    ReplyDelete
  2. memang best bila rumah warna gelap ni sebab nampak redup dan sangat eksklusif :D cantik warna cat tu..

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  3. Cantik je cat warna hitam kalau pandai padankannya dengan perabot apa semua.. mesti cantik rumah akk ni.... aauummm

    ReplyDelete
  4. waaaa kak fink warna modern tuuu.. cantik2...

    ReplyDelete
  5. mmg kena kuat fizikal mental mengecat bln puasa..hehe

    ReplyDelete
  6. suka jugak warna hitam...tp kena lawan dengan warna contra cantik sgt kan>

    ReplyDelete
  7. kalau hitam ni dia serap cahaya. kalau pasang lampu tak ke rasa dinding panas ke....

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!