Followers

Syoknya Shopping Raya Dengan Toyota di IOI City Mall Putrajaya

11:05:00 AM

Macam yang kak fink kongsikan sebelum ni, Toyota ada buat tawaran menarik sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti..Satu kempen yang diberi nama Syoknya Raya Dengan Toyota telah diadakan di Pusat Membeli Belah IOI City Mall, Putrajaya bermula dari minggu lepas 10 Jun dan 11 Jun 2017 dan sekali lagi pada minggu ni di tempat yang sama pada 17 Jun dan 18 Jun 2017..

Kak fink dan beberapa kawan yang lain sempat ke sana dan rasai sendiri Syoknya Raya Dengan Toyota..Kami sampai awal pagi sabtu. Paling tak sabar adalah bila kita boleh test drive kereta Toyota yang boleh dipilih sendiri. Sebanyak 12 kereta Toyota disediakan untuk dipandu uji. Daripada 12 tu, kami sempat memandu 3 jenis kereta dari Toyota iaitu  Sienta, Innova dan juga Hilux..


Dengan hanya pandu uji kereta Toyota tadi, korang berpeluang menang hadiah istimewa daripada Toyota..Macam mana? Senang jer, apa yang korang perlu buat adalah hanya daftar di booth Toyota yang dibuka di tengah tengah LG Floor, Pusat Membeli Belah IOI City Mall, Putrajaya. Pandu uji mana mana kereta Toyota yang disediakan dan korang akan dapat Kad Starbucks yang diisi nilai RM20.00


Dan sekiranya korang membeli belah di Home Pro yang terletak di tingkat LG, Pusat Membeli Belah IOI City, Putrajaya, korang berpeluang memenangi 50% rebate daripada nilai yang korang beli tadi..Contohnya, Kalau korang spend sebanyak RM2000.00 di Home Pro, maka nya Toyota akan bayarkan maksimum sebanyak RM500.00 untuk korang ya..


Kalau kata beli RM1000.00 dekat Home Pro, Toyota tetap akan bayarkan RM500.00 juga..Kalau kata beli RM400.00, Toyota akan bayarkan RM200.00 sahaja. Pemenang bertuah akan dapat 50% rebate daripada resit pembelian di Home Pro tu tadi tapi maksimum nilai yang dibayar oleh Toyota adalah RM500.00 sahaja.. 


Yang lebih menariknya, sekiranya korang penduduk sekitar Putrajaya dan kediaman korang hanya 5 kilometer untuk ke IOI City Mall Putrajaya tu, barangan yang dibeli dari Home Pro tadi akan dihantar sendiri oleh Toyota..Tugas korang cuma pergi shopping, pandu uji kereta Toyota dan tunggu mereka umumkan siapakah pemenang bertuah yang akan diberi 50%  rebate daripada resit pembelian tadi. Nilai maksimum yang akan dibayar oleh Toyota adalah RM500.00 ya..Tertakluk pada terma dan syarat..


Untuk sesiapa pemegang kunci Toyota, jangan lupa tunjuk kunci korang di booth Toyota dan redeem free cookie di sana ya..Tak perlu buat apa apa pun untuk redeem cookie tadi hikhik..Tunjuk kunci jer..Next enry kak fink akan kongsikan pengalaman kak fink pandi uji kereta Toyota yang menjadi pilihan hati hari tu ya..Stay tune!

Tempat: IOI Mall Putrajaya, LG Floor
Tarikh: 17 & 18 Jun 2017

Instagram: @toyotamy


yang nak dapat kan tawaran harga menarik dari Toyota..
minggu ni ramai ramai ke IOI City Mall, Putrajaya ok..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Huishhh boleh suruh abang ena pergi redeem ni...Dia pakai vellfire.. boleh kan....

    ReplyDelete
  2. Untunglah sesiapa yg Ada Toyota. Macam2 dapat gift ye

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!