Followers

Resepi Kurma Ayam Paling Sedap Menggunakan Serbuk Kurma Mak Siti

9:58:00 AM

Kak fink kembali dengan resepi mudah dan sedap untuk korang berbuka atau bersahur. Yer aku masak lauk yang mudah mudah jer. Yang leceh memang tak buat ahahahaha..Kali ni kak fink nak kongsikan dengan korang semua Resepi Kurma Ayam dengan menggunakan Rempah Ratus Mak Siti. Kalau dulu kak fink pertama kali cuba Rempah Soto daripada Mak Siti ni dah sedapppp yang amat.

Kalau Soto dah sedap, rempah lain keluaran Mak Siti pun mesti sedap kan..So terus rasa nak buat Kurma Ayam guna Serbuk Kurma Mak Siti..Rumah ni kan semua peminat ayam..Asal lauk ayam jer, semua suka..Disebabkan puasa ni, takut perut meragam kalau masak pedas pedas, jadinya kurma adalah antara pilihan yang memang nak dimasak..

Jom kak fink kongsikan resepi dan cara menyediakan Kurma Ayam menggunakan Rempah Kurma Mak Siti:

Bahan bahannya:
  • Ayam
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Bunga lawang
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kentang
  • Santan

Cara menyediakannya:
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan bunga lawang dan tumis sekali bersama bawang merah dan bawang putih tadi
  • Gaulkan serbuk kurma Mak Siti dengan air sehingga sebati
  • Campurkan serbuk kurma Mak Siti yang telah digaul dengan air tadi dan tumis bersama bawang merah, bawang putih dan bunga lawang sehingga sedikit garing
  • Masukkan ayam
  • Masukkan air untuk dijadikan kuah
  • Masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak
  • Bila ayam dah sedikit masak, boleh masukkan kentang ya
  • Perasakan dengan garam 
  • Siappp!

Korang kena cuba rempah ratus keluaran Mak Siti ni. Kak fink mula suka dengan rempah ratus Mak Siti sejak masak Soto dulu..Lainnn dari yang ada di pasaran..Rasa dia kaww..Kalau kurma tu memang rasa kurma yang sebenar, kalau soto dulu memang rasa soto pekat pekat gitu..Terasa rempah tu..

Untuk pengetahuan korang, rempah Mak Siti ni tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan. Semuanya daripada bahan semulajadi dan ianya sangat sesuai untuk mereka yang vegetarians. Antara produk produk utama Mak Siti adalah:
  • Serbuk Rempah Kari Daging
  • Serbuk Rempah Kari Ikan
  • Serbuk Rempah Sup
  • Serbuk Rempah Sup Soto
  • Sebuk Rempah Rendang
  • Sup Tulang
  • Sup Punjut
  • Sup Soto
  • Raja Sup


Korang boleh dapatkan semua Rempah Ratus Mak Siti tadi di kedai kedai runcit, pasaraya dan hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan juga Mydin. Mesti mak mak dekat rumah tu dah biasa dengan jenama Mak Siti ni kan. Maklumlah mereka memulakan perniagaan daripada tahun 1975 lagi. 


Siap ada ladang sendiri tau. Ladang tersebut juga telah mendapat pengiktirafan sebagai The Largest Herbs & Spices Plantation oleh The Malaysia Book of Record. Nama Mak Siti tu sendiri diambil sempena nama pengarahnya, Puan Siti Hajir binti Salleh. Semestinya kesemua produk keluaran syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd ni mendapat kelulusan HALAL daripada Jakim untuk semua rempah ratus Mak Siti..


Meh kak fink kongsikan dengan korang antara produk lain seperti Masak Kicap Ikan ni..Eh ada beza tau kalau korang masak kicap macam biasa dan bila korang campurkan dengan rempah daripada Mak Siti ni..Nak tahu apa yang lainnya, kena la masak dan rasa sendiri..Yang aku suka bukan apa, senang lepas tu masakan tu automatik akan jadi sedap..


Taraaaa! Soto ni kegemaran kita sangat wak. Dulu kak fink pernah kongsikan Resepi Soto Menggunakan Rempah Soto Mak Siti ni juga. Nak tahu macam mana nak masak soto dengan mudah, korang boleh klik Resepi Soto Mudah dan Sedap dengan Mak Siti ni ..Confirm jadi lah soto korang tu nanti ..Senang sangat nak masak tau..


Serbuk Cili Mak Siti pun ada..Meh kak fink bagi tips. Selalunya kalau kita nak goreng ayam, kita gunakan serbuk kunyit kan. Haaa kalau tekak melayu macam aku ni, aku suka lumurkan ayam tadi dengan kunyit dan juga serbuk cili tadi..Nanti ayam tu akan rasa lebih sedap. Kalau nak masak lauk kicap pun, boleh campurkan sedikit serbuk cili ni ya..Sedappp oii..


Gambar bawah ni merupakan produk baru keluaran dibawah jenama Rempah Ratus Mak Siti ni.. Produk rempah botol ini didatangi dengan rempah seperti Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam, Serbuk Kunyit, Serbuk Halia, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Daun Limau Purut, Daun Limau Purut, Serbuk Cili dan juga Emping Cuili (Chili Flakes). Tiada MSG ya. Tanpa bahan pengawet, perisa tambahan mahupun pewarna. Semuanya menggunakan bahan bahan semulajadi..


Kak fink sendiri telah dijemput untuk memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Perlancaran Semula Rempah Ratus Mak Siti pada hari jumaat yang lepas..Anak anak yatim dan para media telah dijemput bagi merasai sendiri keenakan hidangan yang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti ni..

Rupanya Mak Siti ni ada restoran sendiri. Restoran yang diberi nama Restoran Rempah Ratus Mak Siti yang dibuka di Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak..Mana lah tahu korang nak pergi makan dekat sana nanti kan..Boleh waze nama jalan tu ok..


photo credit to www.mahamahu.com

photo credit to www.mahamahu.com

Kalau tak de idea nak masak apa untuk berbuka ni, boleh cuba Resepi Kurma Ayam yang kak fink kongsikan di atas tadi..Senang dan sedap. Masak pun akan jadi lebih mudah..Boleh cari di kedai kedai berhampiran ya..InsyaAllah ada..Biasa kalau dekat Tesco atau Giant tu memang ada wak..Nak rempah apa, pilih jer nanti..


Website: www.maksiti.com

Belian secara WhatsApp: 017-330 9330
Pembelian online boleh dibuat melalui: Instagram, Facebook dan WhatsApp

lepas ni nak cuba masak guna Rempah Kari Mak Siti pula..
ingat mak..ingat Mak Siti..gituuu



You Might Also Like

12 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. jue tak pandai nak masak kurma.. tak tau kenapa asyik tak jadi jer.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. mak saya pun suka pakai rempah sup mak siti ni..sedappp

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kurma. ank nora suka sangat lauk kurma. ada rempah ni mcm mudah semua keje meemasakkan.. boleh try resepi kak fink ni.

    ReplyDelete
  4. Kita paling suka makan kuah kurma curah banjir atas roti canai. sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  5. Sama dengan Jue...mmg SA pun x pandai masak kurma..asyik x jadi je..kena prektis lagi ni..

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak fink kurma itu! mengundang betul la baca entry resepi siang2 hari dibulan ramadon nih!

    ReplyDelete
  7. Kurma ayam adalah antara menu masakan yang iday nak cuba masak. Selalu ingat macam leceh je nak masak. tapi kalau guna rempah ni, mudah aje sebenarnya. hahaha boleh cuba masak nanti. hehehe thanks share resepi :)

    ReplyDelete
  8. Saya suka kurma ayam. senang ada resipi ni :D

    ReplyDelete
  9. bubuh sikit lada hitam.. lps tu mkn dgn sambal belacan.. fuuhhh..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!