Followers

Playtime With Didi & Friends Kini DiBuka Di Pusat Membeli Belah The Mines Seri Kembangan

9:05:00 AM

Kak fink yakin dekat sini mesti ramai yang anak anak suka dengan lagu lagu yang dinyanyikan oleh Didi & Friends kan? Tak payah cakap orang lain lah..Anak aku sendiri antara peminat lagu lagi Didi & Friends tu..Dah hari hari tengok dekat TV, sampai dengan mak pun hafal sekali hahahahaha..Diaorang boleh senyap kalau dengar lagu Didi & Friends dekat TV..

Dan kali ni, untuk pertama kalinya, kedap konsep Didi & Friends telah dibuka di Pusat Membeli Belah The Mines yang bertempat di tingkat 4 untuk korang kunjungi. Menyediakan tunggangan elektronik dan aktiviti aktivitik kraf bertemakan Didi & Friends pastinya menjadi tarikan terbaru untuk ibu bapa bawa anak anak berhibur pada hujung minggu..


Kedai konsep yang dikenali dengan Playtime with Didi & Friends adalah kerjasama antara ZOOMOOV (Malaysia) Sdn Bhd dan juga dengan pemilik Didi & Friends IP - DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) dan juga Astro Malaysia Holding Berhad. Di majlis perasmian ni juga, 30 kanak kanak daripada Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih diraikan dengan penuh meriah..


Korang boleh pilih tunggangan ni daripada karektor karektor Didi & Friends yang terdiri daripada Didi sendiri, Nana dan juga Jojo. Setiap kali korang naik tunggangan elektronik ni, akan ada lagu Didi & Friends berkumandan sekali dekat situ..Sambil sambil naik, boleh menyanyi sekali gitu..RM10.00 untuk tunggangan selama 5 minit dan RM20.00 untuk 3 tunggangan selama 4 minit..


Ni antara aktiviti aktiviti kraf yang diadakan di kawasan tersebut..Anak anak dapat mencipta sesuatu yang menarik dengan peraltan kraf yang disediakan..Suka sangat lah hulubalang tu dapat buat aktiviti seni macam ni..Masing masing khusyuk betul masa buat ni..Staff yang ada pun rajin melayan budak budak ni..Baik baik semuanya..



Adik tu macam pandai jer ahahahahaha..Nasib ada abang yang sudi nak ajarkan macam mana nak buat..Korang bawa lah anak ke sini. Mesti anak anak suka. Disamping tunggangan elektronik dan aktiviti kraf tadi, barangan daripada Didi & Friends seperti bag, botol air dan juga alat tulis ada diual di sini ya..


Hulubalang juga berpeluang dapat bergambar dengan maskot maskot Didi & Friends..Yayyy ini waktu yang paling diaorang tunggu tunggu selama ni..Ingat senang ke nak ambil gambar dengan maskot ahahahahaha..Orang ramai ok..Tapi berkat kegigihan beratur hari tu, dapat lah tunaikan impian anak anak nak bergambar sebelah Didi, Nana dan juga Jojo..


Selesai jer majlis perasmian Playtime with Didi & Friends, menaiki tunggangan elektronik, membuat aktviti aktiviti kraf dan juga bergambar dengan maskot Didi & Friends, kami dijemput ke Restoran Arab Almendi yang terletak di tingkat 1 untuk majlis buka puasa bersama sama dengan anak anak yatim tadi dan para media yang hadir..

Yang menariknya, dari jam 6.30 petang tu, siap ada satu slot istimewa bersama dengan Imam Muda Nazrul untuk tazkirah di bulan Ramadan ni. Seronok dengar Imam Muda Nazrul bercerita tentang ganjaran ganjaran yang ada di bulan Ramadan ni..Siap dikongsikan doa yang perlu diamalkan sebelum kita berbuka..Ilmu baru untuk anak anak amalkan..Terima Kasih Imam Muda Nazrul..


Kami disajikan dengan hidangan Nasi Arab yang super sedap dan besar betul haaa ayamnya.. Alhamdulillah rezeki anak anak dapat berbuka di luar bersama sama dengan kawan kawan yang lain dari Rumah Bakti Al-Kausar dan juga Rumah Amal Limpahan Kasih..Tu budak tak puasa dua orang tu yang sibuk sangat tu..Kemain sorang satu pinggan yer hahahahahaha..


Terima kasih PR sudi jemput kak fink dan anak anak ke majlis perasmian yang cukup meriah ni..Anak anak seronok sangat dapat naik tunggangan elektronik tu. Orang dewasa pun boleh naik tau hahahahahaha..Kita naik wak hari tu dengan kembar..Seronok kemain dapat pusing pusing naik Didi..Korang nanti bawa lah anak anak ke The Mines..Masa ni lah nak ada bonding time dengan anak kan..

Harga Tunggangan Elektronik
RM10.00: 5 minit 1 kali tunggangan
RM20.00: 5 minit 3 kali tunggangan

Instagram: @playtimewithdidi

lepas raya ni nak repeat lagiiiii..dah janji dengan hulubalang dah hikhik



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Ni kalau anak buah akak nampak entry ni sure dia meroyan ajak akak pergi ni..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!