Followers

Sambutan Hari Ibu bersama Mothercare dan Bloom & Grow

4:49:00 PM

Sempena hari ibu baru ni, beberapa orang mommy bloggers telah dijemput untuk satu Majlis Meraikan Ibu di Mothercare, Bangsar Shopping Centre. Majlis anjuran Bloom & Grow dan Mothercare ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan di dalam suasana yang riang dan gembira..

Mana tak nya, banyak aktiviti disediakan untuk para ibu dan juga anak yang hadir pada hari tersebut. Seperti yang semua orang tahu, Bloom & Grow adalah pengedar produk berjenama terkenal untuk bayi, anak kecil dan juga ibu mengandung di seluruh Asia Pasifik..Terdapat beberapa zon permainan untuk anak anak bermain hari tu..


Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kak fink dapat kumpulan Merah..Yayyy satu kumpulan dengan hot mommies, Illy dan juga Ayna..Dah lama tak dapat jumpa Illy & Ayna dekat event macam ni..Hari tu diberi peluang untuk jumpa dan yang seronok lagi bila kami diletakkan di dalam satu kumpulan hahahahaha..


Permainan pertama anak anak hari tu adalah Perlumbaan Trunki.. Macam semua orang tahu juga, Trunki ni luggage bag untuk golongan kanak kanak dan dalam masa yang sama, anak anak boleh menunggangnya..Kembar memang tak sabar nak lumba masa ni hahahaha..Orang suruh lumba sekali jer tapi budak berdua ni lumba 3 ke 4 pusingan..Ni bukan sebab nak menang ni. Ni sebab dah terlebih seronok ni ahahahhaah adoi..


Kalau korang perasan, Trunki yang dinaiki kembar adalah Trunki yang baru iaitu Pedro The Pirate Ship Trunki dan juga Una The Unicorn Trunki..Comelll sangat terutama yang unicorn tu hukhuk..Mama mengidam nak yang tu boleh takkkkk? Harga untuk kedua duanya adalah RM279.00. So kalau ada mommies yang berkenan, boleh lah cari di Mothercare ok..


Disebabkan kembar menang untuk Perlumbaan Trunki tadi, dia dapat hadiah cermin mata. Yayyy..Suka betul budak kembar tu sampai pergi mana mana pun nak pakai cermin mata baru dia tu.. Adik nak pinjam pun tak bagi..Hadiah ada satu jer hahahaahaha. Kongsi please kembar...


Selesai Perlumbaan Trunki, kami ke zon permainan seterusnya iaitu di bahagian Ergobaby. Kak fink pertama kali cuba tau Ergobaby ni. Sedappppnyaaa pakaiii! Kemas dan selesa..Kalau ibu dah selesa, mesti anak yang duduk dalam tu pun selesa kan..Kiteorang kena menari sambil carry fake baby tu dalam Ergobaby Adapt 3 Position Baby Carrier. Masa ni serius tergelak gelak jer dengan Illy. We did it Illy ahahahahaha. Harga untuk Ergobaby Carrier ni RM749.00


Zon permainan seterusnya adalah di zon Skip Hop. Ni antara jenama yang kak fink suka sebab seperti yang semua orang tahu, banyak sangat produk di bawah jenama Skip Hop kan..Ada bouncer, ada bag, cadar, toys dan banyak lagi..Kembar tu asyik pegang Explore & More 3-Stage Activity Center tu jer..Harganya RM999.00. Antara yang boleh dibuat dengan Explore & More 3-Stage Activiti Center ni adalah:

Stage 1: Sit, Swiwel, Bounce & Play
Stage 2: Cruise and Interact
Stage 3: Converts to Play Tabe


Dari Skip Hop, kami ke zon Trunki Eat. Kembar kena sediakan bekal dan kemudian letakkan ke dalam Set 2 in 1 Lunch Bag Backpack yang berharga RM109.00 ni boleh di bawa ke mana mana untuk memastikan makanan dan snek anak sentiasa dalam keadaan segar dan senang untuk dimakan. Ianya boleh dijadikan sebagai bag galas tau.. Dipadankan dengan Trunki Drinks Bottle yang berharga RM59.90 memang satu kombinasi yang pasti disukai oleh anak korang. Warna warna dia pun terang. Menarikkkk!


Kalau tadi, zon untuk anak anak kan. Kali ni kak fink berpeluang untuk kongsikan produk untuk ibu ibu pula daripada Belly Bandit. Untuk ibu ibu yang baru lepas melahirkan dan ingin mendapatkan bentuk badan asal, bengkung daripada Belly Bandit dapat membantu masalah korang..Terdapat 3 jenis bengkung iaitu Original Belly (RM249.00), BFF Belly Wrap (RM389.00) dan juga Bamboo Belly Wrap (RM349.00)


Akhir sekali kami ke zon Benbat. Masa ni kembar kena warnakan ikut warna Multi-Skills Travel Toy yang diberi..Tapi biasalah budak budak, dia ikut suka hati dia jer nak guna warna apa ahahahaha..Janji happy yer nak..


Dan akhir sekali kami, kesemua para ibu yang dijemput hari tu diberikan sijil. Auwww pertama kali dalam hidup kita dapat Sijil Pengiktirafan ni sebagai World Best Mother tau..Terharuuu sangat..Berbunga bunga terus ada orang hargai dan ada kan sambutan hari ibu untuk kami kami yang bergelar ibu ni kan..


Terima kasih Bloom and Grow Asia dan Mothercare sudi jemput kami ke Majlis Meraikan Ibu sempena Hari Ibu yang disambut baru baru ni..Kembar happy dapat hadiah hari tu..Korang nak minta tolong boleh tak? Tolong undi kak fink dan anak di link: Undi Kak Fink

Terima kasih pada yang sudi like tu..Sorang pemenang akan dipilih sebagai LIKER bertuah dan memenangi hadiah bernilai RM200.00 tau..So jom like gambar kak fink. Mana tahu korang menang nanti..Lagipun tak susah pun wak. Like jer hahahaha..Tarikh tamat 26 Mei 2017 ni hihi..


Unicorn Trunki tu menarikkk sangat..siapa nak bagi hadiah dekat kita ni..
korang kena tengok depan depan lagi comel trunki tu..




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Best betul ada aktiviti mommy macam ni... Apapun semoga dimurahkan rezeki akk untuk menang peraduan tu.. ena dah like..

    ReplyDelete
  2. Cantik trunki tu. Bdk2 mmg suka la.. Amboi nari ye.. Tp awat muka mcm terkejut hehe..Wah sijil yg dpt tu best.. Dh like dh.. Goodluck

    ReplyDelete
  3. amboi bestnya...memang sporting la

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!