Followers

Kari Kepala Ikan Terbaik Dengan Servis Bertaraf 5 Bintang

11:11:00 PM

Kak fink percaya mesti ramai dekat sini yang suka makan Kari Kepala Ikan betul tak? Orang sanggup beratur semata mata nak makan menu yang sentiasa mendapat tempat di hati semua masyarakat Malaysia am nya tak kira lah melayu, cina ataupun india. Kadang tu berejam pun orang sanggup beratur semata mata nak menikmati Kari Kepala Ikan kan..

Korang teringin tak nak makan Kari Kepala Ikan dengan servis bertaraf 5 bintang? Wuuu kita terkejut wak ada harga yang masih mampu poket dan korang boleh nikmati Kari Kepala Ikan tadi di hotel ok..Yer kita ulang, dekat hotel wak! Ok lah bagitahu terus harga boleh tak sebab teruja apersal murah sangat ni..


Untuk 2 orang makan cuma RM39.90 dan manakala untuk 4 orang hanya RM69.90..Mana lah tahu, korang nak pergi lunch makan sedap sikit kan..Haaa ajak kengkawan office tu dan makan jer dekat Coffee House, Sunway Putra Hotel ni..Tapi make sure sebelum datang tu, kena buat tempahan dulu tau..

Untuk pengetahuan semua, Kari Kepala Ikan ni adalah resepi sepenuhnya daripada Chef Rossham Rusli daripada Hotel Sunway Putra dan Chef Rossham hanya memilih ikan merah sebagai bahan utama untuk Kari Kepala Ikan yang ada di hotel ni..Menurut Chef Rossham, ikan merah mempunyai rasa yang manis dan lembut..Memang pun kan. Sedapp ooo ikan merah ni..


Rasa Kari Kepala Ikan yang disediakan oleh Sunway Putra Hotel juga adalah daripada rempah yang digunakan sejak dari zaman dahulu lagi. Sebelum Chef persembahkan menu Kari Kepala Ikan ni pada pelanggan, beliau sendiri mencuba bermain dengan resepi untuk mendapatkan kualiti rasa yang sama seperti masakan zaman dahulu kala..

Chef cuba untuk mengekalkan rasa asli tanpa rasa masam seperti yang selalu dapat kita rasa di luar tu..Haaa nak tahu macam mana rasa asli dan sebenar Kari Kepala Ikan ni, korang kenalah ke Coffee House Sunway Putra Hotel sekarang. Nak bawa family lagi best. Boleh grab harga yang untuk 4 orang tu ..Adoi kita terliur la wak..


Harga untuk 2 orang : RM39.90
Harga untuk 4 orang : RM69.90

Lokasi :
Coffee House, Sunway Putra Hotel
100 Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur

Sesuai untuk hidangan tengahari dan malam.
Email : spkl.dine@sunwayhotels.com
 
kena bawa husband lah rasa sempena anniversary yang ke 11 tahun ni..ehh..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Murahnya....sungguh...ni yang menggeletek nak ajak en suami turun KL ni..

    ReplyDelete
  2. amboi pg2 tgk gmbr kepala ikan..yummm..suka part mata tu haha

    ReplyDelete
  3. kalau macam ni pnya kapla ingat mmg teliuq habeh ceq... haha

    ReplyDelete
  4. Perghhh terliuq ena dibuatnya.. harga not bad, tak mahal sangat.. boleh la terjah sini nanti

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!