Followers

Resepi Mudah Menggunakan Mission Foods Malaysia Daripada "Back To School Bento Workshop"

1:46:00 PM

Kak fink percaya mesti ramai ibu ibu dekat sini selalu ada niat nak bekalkan makanan yang sihat untuk anak ke sekolah kan? Macam tu juga dengan kak fink. Tapi selalu jer tak de idea. Asyik sandwich jer pun bosan juga yer tak. Kalau boleh biarlah bekal yang anak bawa tu, boleh memberikan khasiat untuk mereka dan yang paling penting anak akan makan bekal tu dengan penuh selera..


Dan hari tu, kak fink berkesempatan untuk sama sama dalam satu Back To School Bento Workshop bersama sama dengan Mission. Selama ni tak pernah cuba pun tortilla chips keluaran Mission ni, tapi hari tu pertama kali kak fink cuba..Oh maii sedapnyaaa..Rangup dan mengenyangkan. Kalau dah mama suka, semestinya chips macam ni akan menarik minat anak juga kan..


Korang nak tak kalau kak fink kongsikan resepi mudah dan sihat menggunakan produk produk keluaran Mission ni? Kalau nak, meh kak fink kongsikan di bawah ni..Lepas ni dah tak de masalah tak tahu nak sediakan bekal apa untuk anak..Bento kali ni memang lain dari yang lain. Memang kebanyakan resepi ni, semuanya kesukaan anak anak..


Menu pertama hari tu disediakan seorang Pakar Pemakanan, Indra Balaratnam yang merupakan seorang ibu kepada seorang anak perempuan yang berusia 11 tahun. Menurut Indra, dengan sedikit imaginasi, ibu mampu menghasilkan satu bento yang menggabungkan 5 kumpulan makanan seperti bijirin, tenusu, kacang, sayur sayuran dan buah buahan. Dan yang paling penting, bento tu mestilah  comel untuk anak anak..Bila anak tengok bento mereka comel, mesti diaorang pun akan makan dengan penuh selera kan..


Haaa ni lah menu yang disediakan oleh Indra iaitu Mission Dinasaur Quesadillas Bento. Untuk resepi ni, Indra menggunakan 2 produk daripada Mission iaitu Mission 6-Grain Wrap dan Mission Garlic and Butter Tortilla Chips. Di bawah ni kak fink kongsikan langkah satu per satu cara penyedian Mission Dinasaur Quesadillas ya.

Cara menyediakan Chicken Cheese Filling:
  • Perap fillet ayam dengan rempah cajun dan garam. Perapkan selama 15 minit.
  • Tumis bawang besar sehingga naik bau
  • Tumiskan zucchini yang dicincang selama 4 minit
  • Masukkan ayam yang diperap tadi masak sehingga 8 minit
  • Perasakan dengan garam secukupnya
Cara menyediakan Dinasaur Quesadillas:
  • Tekap 4 kali cookie cutter yang berbentuk Dinasaur pada Mission 6-Grain Wrap
  • Sapukan mentega ke atas 1 bahagian untuk keempat keping Dinasaur tadi secara nipis
  • Panaskan kepingan Dinasaur tadi ke atas non stick pan
  • Letakkan keju ke atasnya dan biarkan keju tadi cair
  • Susun Mission Garlic and Butter Tortilla Chip di atas Dinasaur Quesadillas setelah keju tadi cair

Cara Penyediaan Mission Dinasaur Quesadillas:
  • Letakkan salad dan bunga bunga yang boleh dimakan ke dalam bekal anak. Bunga bunga tu boleh dapatkan di shopping mall ya. Memang ada yang boleh dimakan.
  • Untuk membuat telur dinasaur, ambil telur rebus sebiji dan dotkan dengan beet root juice
  • Letakkan kacang campuran dan sedikit Mission Garlic and Butter Tortilla Chips untuk mewujudkan Nest Egg Dinasaur tadi
  • Letakkan buah buahan seperti anggur sebagai pelengkap bento anak tadi..

Taraaaaa! Siap dah Mission Dinasaur Quesadillas..Kalau anak anak tengok bento macam ni, confirm lah diaorang nak makan uols. Comel dan berkhasiat. Yang penting bento secomel ni akan diaorang makan dengan penuh selera..Korang cuba lah..Semua protein yang diperlukan anak dah ada dalam 1 bento.


Menu yang kedua pula disediakan oleh Aishah Sinclair yang merupakan seorang DJ Radio, Hos Tv dan juga Fitness Instructor. Hot mommy ni. Dah ada 2 anak pun badan still macam anak dara kan. Aishah memang menitik beratkan soal pemakanan sihat untuk anak anak perempuannya. Menurut Aishah, beliau percaya dengan pemakanan yang sihat, ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk kedua dua anaknya..


Menu yang disediakan oleh Aishah Sinclair adalah Mission Flower Pizza Bento. Dalam bento ni, Aishah menyediakan Tandoori Chicken Pizza dengan Mission Wholemeal Pizza Crust. Jom kak fink kongsikan langkah langkah penyediaan untuk Mission Flower Pizza Bento ni.

Cara Membuat Ayam Tandori:
  • Perap ayam dengan yogurt, halia, bawang putih, minyak sayuran, jintan putih, garam masala, paprika, jus lemon dan garam secukupnya. Perap semalaman.
  • Panaskan ketuhar kepada 180 °C. Masukkan ayam diperap tadi dan masak selama di dalam ketuhar selama 15 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar dan potong ayam tadi dalam bentuk dadu secara kecil kecil untuk memudahkan anak anak makan.
Cara Membuat Bunga Pizza:
  • Tekap cookie cutter yang berbentuk bunga ke atas Mission Wholemeal Pizza Crusts
  • Grill nenas yang telah dipotong dan letak ke tepi.
  • Sapukan tomato paste ke atas Mission Wholemeal Pizza Crusts yang telah dipotong kepada bentuk bunga tadi sebagai asas pizza
  • Letakkan juga nenas yang telah di grill tadi bersama dengan ayam tandori yang dipotong ke atas Mission Wholemeal Pizza Crusts
  • Taburkan keju di bahagian atas pizza
  • Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180 °C sehingga keju cair

Cara Penyediaan Mission Flower Pizza Bento:
  • Susun pizza yang dah dimasak tadi ke dalam bekas bento
  • Masukkan buah buahan yang anak suka seperti strawberry ataupun anggur
  • Hiris timun dan juga carrot sebagai pelengkap bento
  • Letakkan juga dip atau sos kegemaran anak anak. Boleh gunakan yogurt sebagai pilihan dip yang lebih berkhasiat.

Manakala Sazzly Falak yang merupakan ibu kepada anak kembar perempuan yang sibuk dengan jadualnya setiap hari sebagai selebriti, fashionpreneur dan juga fitness instructor tidak menghalang dirinya untuk menyediakan makanan dan bekal yang berkhasiat kepada keluarganya..Sazzy telah berkongsi resepi bagaimana untuk menyediakan Mission Tornado Chips Bento


Dalam banyak banyak resepi, kak fink paling suka yang ni sebab mudah! Disebabkan kak fink memang peminat chips, so yang ni memang salah satu resepi yang wajib kak fink kongsikan dengan mama mama lain di luar sana..Bagaimana? Jom kita tengok cara cara penyediaan Mission Tornado Chips Bento


Cara Penyediaan Mission Tornado Chips:
  • Letakkan avocado yang telah dihancurkan, keju dan daun bawang ke atas Mission Original Tortilla Chips
  • Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama 5 minit sehingga keju cair

Taraaa! Dah siap dah. Ni paling senang kan? Yang pasti anak anak mesti suka sebab gabungan chips dan cheese memang menyelerakan. Korang boleh letakkan salsa, cheese, telur rebus dan juga buah buahan untuk melengkapkan 1 bento yang mempunyai cukup khasiat tenaga yang diperlukan anak. Selamat mencuba tau..


Semoga dengan resepi resepi mudah, sihat dan sedap daripada Mission melalui 3 ibu di atas tadi dapat memberi inspirasi kepada para pembaca kak fink untuk lebih menghasilkan bento yang lebih menarik mulai esok. Dapatkan produk produk Mission di pasaraya terdekat. Kalau korang berminat nak buat wrap pun boleh. Mission ada keluarkan pelbagai jenis wrap untuk korang pilih ya..



antara banyak banyak produk daripada Mission yang ada di pasaran,
kak fink pilih Mission Tortilla Chips..banyak juga 1 pack tu..rangupp!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Suka tgk ibu2 yg gigih buat bento utk ank2

    ReplyDelete
  2. Mak aih, ni mak2 pun rasa terliur juga ni. Sesuai untuk menu diet, hehe. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. Menarik ni. Mesti anak2 suka. Cik Ila nak cuba juga lah.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!