Followers

Ikea Hunting untuk Dekorasi Projek Bilik Solat

10:24:00 AM

Sekarang ni kan Ikea tengah sales sampai 19 Mac ni..So ni lah masa nya untuk ke sana bagi mencari segala barang barang yang dah lama kak fink list kan sebelum ni hihi..Sajer pergi di awal awal ni sebab takut stok habis wak..Itupun ada stok yang tak de hukhuk..Hari sabtu kami ke Ikea Damansara sebab dekat sikit dengan rumah..Tapi hari ahad tu, ke Ikea Cheras pula sebab stok dekat damansara dah habis...

Kak fink memang nak cari bekas 4 segi ni, Skubb untuk penyimpanan yang lebih kemas..Nasib baik color light blue ni ada lagi..Nak match kan dengan Kallax..Barang barang yang dicari ni untuk Projek Bilik Solat nanti wak..Kak fink teringin nak ada satu bilik solat dalam rumah yang menenangkan untuk kak fink dah anak anak manfaatkan bilik tu nanti..Korang doakan yer..


Sebelum pergi tu, dah check dah dekat website Ikea tapi ada juga barang yang ko check masa pergi ada, tapi bila sampai sana dah habis hukhuk..Nak nangis kita cari stok..Patutlah Ikea ramai jer orang masa pergi hari tu..Semua nak grab harga sales kekdahnyer..Eh pasu bawah ni sebenarnya tak de dalam list pun nak beli hahahaha tapi sebab harga dia RM17.00, ok mari beli sebab biasanya pasu besar kan mahal..Ni jumpa yang murah terus angkat. Nak letak dekat mana nanti kita fikir hahahaha..


Akhirnya dapat juga rak Kallax yang dicari..Kak fink nak warna kuning tapi tak deeeeeeeeeee..Dah habis! Yang lagi sakit hati, bila staff tu cakap, Kallax lepas ni tak restock dah sebab diaorang nak gantikan Kallax dengan rak lain..Wuuuu nak tak nak kena ambil jer warna apa yang ada..So decide ambil color kayu jer sebab nanti nak DIY letak warna yang aku nak..Harap harap jadi..Fuh nervous mak..


Lepas tu mencari rak Malm..Dekat Ikea Damansara tak de..Habis dah! See, tu aku stress pergi tak de stok hahahaha..Padahal baru jer check website tadi..Mungkin juga pergi dah tengah hari dan weekend. Ramai orang kan..Sebab tu hari ahad tu, kiteorang pergi Ikea Cheras pagi pagi kahkahkah..9.30 pagi Ikea buka, 9.45 pagi dah sampai wak..Haaa siap parking depan pintu lagi..Semangat!


Akhirnya Malm warna light turqoise ada juga..Masa check stok untuk warna ni tinggal 6 boxes jer..Huwaaa kakak berdoa dalam hati jangan lah ada orang amik..Sebab staff dekat Ikea Damansara dah pesan, kalau stok bawah 10 kotak, peluang tu tipis hahaha..Menakutkan aku pula budak ni..Tu yang pagi dah sampai tu..Masa sampai tu, check stock lorong mana, terus ambil..

Yayy ada! Berat pula tu nak angkat letak dekat troli..Minta tolong abang long, dia pun tak mampu nak pegang. Last last kena tunggu juga staff lelaki tolong pindahkan stok ke troli. Tu belum lagi nak pindah dari troli masuk dalam kereta hahahaha..Terpaksa buat muka kesian dekat guard myanmar tu..Pagi pagi dah berpeluh!


Sekarang dalam proses mengemas bilik yang huru hara tu..Sebelum ni, bilik yang nak jadikan bilik solat tu, aku jadikan bilik stor no.2 hahahaha..Mana la tak huru hara..Weekdays memang selalu tak sempat..Keluar masuk..Keluar masuk hantar anak sekolah. Tunggu lah weekend ni kak fink start pelan pelan. Nak siapkan sebelum raya..Gituuhh..Nak deko sekejap jer wak tapi nak kemas dan nak buang mana mana yang tak nak tu yang lama ok hahahaha..

hari ni nak cari cat untuk DIY Kallax dulu..cuaca pula tak panas..
acamner ni?



You Might Also Like

9 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnya nak mendeco bilik solat..saya pun tak mendeco lagi bilik solat kat rumah

    ReplyDelete
  2. kak nanti update gambo bilik solat yang dah siap deco. hehehehe

    ReplyDelete
  3. saya suka projek2 cammi.. tak sabar nak tengok hasilnya

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tgk deconya heeheee

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..ade juga barangnya ye..boleh diubah warna tu kak..kita pun nak mendeco ni

    ReplyDelete
  6. Wah mesti cantik ni. Yang penting idea sendiri kan? Lagi best sebab nak buat ruang solat

    ReplyDelete
  7. Nak tengok hasil dekorasi. Jangan lupa update yer..hehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!