Followers

Pinky Momma di Majalah Pa & Ma edisi kembar keluaran September 2016

4:05:00 PM


Sebenarnya kan kak fink rasa terharuuuu sangat bila wartawan Majalah Pa & Ma, Intan Jastina contact kak fink untuk digandingkan bersama pengacara terkenal Nurul Syuhada Nurul Ain dalam satu ruangan di Majalah Pa & Ma iaitu Personaliti Mama keluaran September 2016..Yer dik bulan ni..Dah beli belum tu uols? Bulan ni special sebab semua cerita pasal kelahiran kembar..

Yang mana teringin nak anak kembar tu, boleh la grab cepat cepat Majalah Pa & Ma keluaran september 2016 ni untuk sebarang tips dan kisah kisah ibu bapa yang mempunyai anak anak kembar ni..Macam kak fink dulu, sebelum kahwin memang dah mengidam nak anak kembar hahahaha..Belum kahwin dah ada cita cita tu..Tinggi sangat imaginasi mak kan..Sebab ayah aku kembar, so tipulah kalau tak de letak harapan nak anak kembar juga hahahaha..Jujur sangat ni..


Sepanjang bergelar mama yang mempunyai anak kembar memang satu pengalaman paling manis bergelar seorang ibu..Walaupun cita cita nak ada anak kembar tu ada, tapi tak pernah menyangka pun tuhan akan izinkan kak fink mengandungkan 2 nyawa di dalam perut selama 37 minggu..Dugaan paling banyak masa mengandungkan Double QD..Rasanya saper yang ikut blog ni, mesti tahu aku pergi hospital tu macam check in hotel hahahahaha..Ada saja masalahnya..Sampai tahap ko pergi hospital dah tak rasa apa..Pasrah je gitu..

Perut memang besarrrrrrr ok..Jalan tak nampak kaki..Aku pergi hospital siap request nak naik kerusi roda sebab bila jalan jauh jauh tu rasa macam nak terkencing..Kaki pun dah membengkak macam kaki anak gajah..Dan akhirnya setelah 37 minggu mengandungkan Double QD, diaorang lahir ke dunia secara pembedahan..Dugaan bukan setakat masa mengandung jer..Tapi tuhan uji pula selepas diaorang lahir bila mana Double QD disahkan bengkak buah pinggang..Kedua duanya ada masalah yang sama..

Korang bayangkan, dengan keadaan suami terpaksa bekerja jauh di Perak dan aku terpaksa handle anak sorang sorang..Dari tak kuat sampai terpaksa kuat kan diri bawa anak anak pergi check up di hospital sorang sorang..Dari pagi sampai petang kena handle sorang sorang..Penat sangat..Balik rumah rasa nak nangis..Tapi dari kembar ni juga lah aku belajar erti kuat..erti berdikari..erti melawan kesusahan..Dan aku selalu percaya mesti akan ada keajaiban Allah nak bagi lepas semua dugaan ni..


Setelah buat bermacam jenis scan..Akhirnya Hospital Kuala Lumpur sahkan buang pinggang Double QD kembali normal seperti biasa..Masa aku baca report tu, aku pergi sorang dengan anak anak..Serius air mata memang tak tahan..Berjurai jurai air mata turun..Akhirnya anak aku sihat..Dah tak perlu ke hospital lagi..Dah tak perlu dimasukkan ntah apa apa alat untuk buat pengesahan..

Macam satu beban atas bahu hilanggg..Badan rasa ringan sangat sangat..Terima kasih Allah..Sekarang ni Double QD dah pun 3 tahun..Dah makin banyak akal..Dah macam macam keletah yang mencuit hati..Dah boleh minta adik..Ehhhhh.. Hahahahahahaha..Doakan lah eh korang..Mana tahu aku mengandung dapat perempuan pula kan..Gituuuu..Seram tapi tetap nak ngandung lagi..Camner tu hahahahaha..

Terima kasih Intan sudi jemput diya dan anak anak dalam ruangan Personaliti Mama bulan ni..Teruja pula tengok muka kak fink berdiri sebelah Nurul Syuhada Nurul Ain tu..Kenangan hari tua yang boleh dikenang nanti kan..Baik sangat intan ni..Intan juga seorang wanita yang sangat kuat sepanjang aku kenal dia..Korang dapatkan sekarang tau! Untuk mama mama di luar sana, satu jer aku nak kongsikan dengan korang..Ada masanya korang akan rasa penat, ada masanya korang akan rasa nak mengalah dengan dugaan hidup tapi percayalah keajaiban pasti akan terjadi kalau kita yakin dengan tuhan..Berdoa lah banyak banyak sebab doa ibu ni tak de sempadan..Istimewanya kita Allah angkat sebagai seorang ibu..We can do it!

yer sampai sekarang, aku masih kelek anak ke mana mana tanpa jemu..
moga anak anak juga mampu kelek aku saat aku dah tak berdaya nanti..aminnn



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wah nak kembar juga..hahaa..bersilat la nad kalau dapat kembar

    ReplyDelete
  2. Wahh kak.. jue doakan akak dpt kembar perempuan pulak.. Aminnnnn... #pegangperut comel la hashtag akak ni..

    ReplyDelete
  3. wah kuar majalah...retis sgt..nk sign

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!