Followers

Wet World Shah Alam: Bloggers Family Trip yang sangat ohsem!

10:14:00 AM


Hari sabtu lepas, kak fink dan anak anak seronok sangat dapat join Bloggers Family Trip di Wet World Shah Alam..Bukan kiteorang jer tapi bersama dengan 8 bloggers lain yang turut sama memeriahkan Bloggers Family Trip kali ni..Kami sampai awal hari tu..10.30 pagi dah ada di Wet World Shah Alam..Cadangnya sampai awal boleh balik awal tapi tak yer..Sampai awal balik lambat juga hahaha..Budak budak dah jumpa air, tak nak balik!


Lepas dah dapat kunci cabana dan goodies bag daripada pihak Wet World, terus kami di bawa ke cabana masing masing..Kami dapat cabana No.20..Ya Allah suka sangatlah lokasi cabana kami tu..Walaupun ke belakang tapi betul betul depan pool oiii..Kanan ada slides..Kiri pokok pokok hijau..Depan pool..Ko rasa? Apa romantik sangat ni hahahaha..Suka! Suka!



Taraaaaaaa..Inilah cabana kami..Selesa siap berkipas..Senang untuk anak anak nak tukar baju..Tak delah susah susah mak nak salinkan anak baju dekat toilet kan..Salin jer dekat cabana haaa..Buka semua lelangsir tu, dah boleh tukar baju..Masa tengah hari tu, kembar pun dah tak larat sangat..Senang lah aku nak handle suruh diaorang golek golek jer dekat dalam tu..



Nak tengok tak view dari cabana kami..Nah klik play dekat video tu eh..Kak fink nak share betapa bestnya view kami hari tu hikhik..Tak serabut dengan orang sebab tak ramai sangat ni uols..Bukan tempat orang lalu lalang sangat..Sangat privacy..Kot lah korang bawa mak ayah ke kan..Boleh la diaorang rehat rehat dekat cabana ni..Ahkak pun suka lepak dalam ni..


Kami diberi Double Tube secara percuma daripada pihak Wet World Shah Alam..Alahh terharu sangat ni..Layanan daripada pihak Wet World Shah Alam memang terbaik..Anak anak memang betul betul enjoy masa ni..Walaupun dalam mood syawal, sempatlah slotkan sehari untuk anak anak main air minggu lepas..Petang tu sempat lagi pergi  beraya hahahaha..


Tempat pertama yang kami tuju haruslah kolam yang di depan sekali ni..Yang ni memang untuk budak budak macam kembar tu..Air pun tak dalam..Cetek jer..Siap ada bola bola ni haaa..Last aku pergi Wet World Shah Alam ni masa tahun 2012..Setelah 4 tahun, kami ke sini lagi..Masih ada rasa seronok tu..Masih ada rasa nak repeat lagi..



Abang ngah pun suka kemain dapat mandi dekat sini..Sebab dia jenis yang penakut sikit..Tempat ekstrem ekstrem tak berani..Kalau tempat air sikit sikit macam ni, dia ok lah..So memang agak lama juga lah kiteorang duduk dekat sini..Bila tengok abang long krik krik jer, terus encit papa bawa dia main dekat pool yang lain hahahahaha..Abang long kan dah besar..Area sini macam tak mencabar jer pada dia huhu..



Dekat pool yang dalam sikit dan slides yang agak mencabar tu, dapat lah abang long guna double tube dia hahahaha..Amboi suka sangat sebab dia jer yang punyakan tube tu..Abang ngah tak boleh guna sebab berat tak cukup hahahaha..Kecik nau abang ngah nak guna pun..So memang ke mana mana dengan papa jer lah abang long hari tu..


Kalau dia boleh guna pun setakat berdiri macam tu jer lah hahahahaha..Jadi lah Ngah..Buat lepas keinginan kan..Nak duduk memang tak lepas sebab montot dia tu kecik sangat..Dekat pool yang tak berapa nak dalam macam ni, Abang ngah berani lah..Nasib ada Abang long yang nak melayan dia..Yang tu memang jenis tak nak darat bila dah jumpa air..Haihh sampai kecut kecut..


Abang long kan mula mula takut tau nak turun dekat slide ni..Tapi dah turun sekali, rasa nak main berkali kali..Dia cakap best lah mama, tak takut pun hahahaha..Amboi iyer tu..Goda mama ke apa ni? Mama pun tengok macam syiok jer..Dah la lebar haaa slide tu..Boleh turun ramai ramai mesti meriah kan..



Dekat area sini antara tempat yang anak anak suka lepak juga sebab air dia tak dalam..Lepas tu boleh main tembak tembak air..Nama pun anak lelaki kan huhuhu..Haruslah suka main tembak tembak ni..Nasib ada 2 penembak dekat sini..Abang long satu team dengan Adik..Abang ngah pula satu team dengan Abang chik hikhik..



Area sini pun Abang long suka main juga sebab dia boleh tunggu bekas tu penuh dengan air..Lepas tu gelak gelak suka masa air tu turun jadi macam air terjun..Kak fink sempat rekod masa ni..Siap berjoget joget sementara nak tunggu air tu penuh hahahaha..Macam macam hal betul lah budak budak ni..Semua tempat dia sempat main hari tu..



Encit papa pun boleh tahan macam budak budak juga ni hahahahaha..Asyik suruh aku tengok kan kembar jer..Dia nak pergi main..Haihh mana lah mak tak penat kan..Mak lah jaga anak, mak lah nak amik gambar..Nasib lah mak tak mandi hari tu..Kalau mak mandi, jangan harap bang..I pergi dulu tau..Mohon jaga anak yer..Tapi nasib tak mandi kan..Bagi la chance dia bergumbira..



Abang long naik slide ni dengan papa dia..Aku tengok orang jerit terus rasa tak nak naik hahahaha..Kak fink bukan penakut tapi pemalu jer hahahahaha..Takut terjerit kuat sangat..Kompius pula orang nanti kan..So better aku tak payah naik lah..Bagi Abang long dengan papa dia jer..Abang long paling puas hati sekali hari tu..


Ini memang kelakar tau, patutnya adik dia yang kecik tu lah yang duduk depan..Ni tak, Abang ngah pula kena tolak Abang long yang berat tu hahahahaha..Hadoiii..Seksa Abang ngah nak menolak Abang long yang berat tu..Nasib juga lah mood Abang ngah baik time ni..So rela hati jer dia menolak sambil dengar arahan Abang long tu..


Masa kembar tak puas main lagi..Marah papa dukung dia hahahaha..Adoiii tangan dah kecut kecut dah time ni..Bibir pun dah biru biru dah pun tak puas mandi lagi..Tak padan dengan kecik, suka betul main air..Lupa dah perut tu tengah lapar..Padahal masa ni dah tengah hari..Masing masing tak rasa nak makan pun sebab seronok sangat..


Anak blogger Aini dengan Abang long..Malu ke apa tu hahahahahaha..Masa ni memasing tengah tunggu air turun dari atas..Suka sangat diaorang kan..Mama tengok pun rasa nak join sekali tapi apa kan daya, mama jadi photographer jer lah..Biarlah anak anak puas main kan..Zaman mak dah berlalu pergi hahahaha..


Kami juga disajikan dengan makan tengah hari..Seriouslyyy puas hatiiiiii...Lauk sedap sangat...Lepas tu siap ada ayam goreng besar besar haaaaa untuk bloggers yang hadir hari tu..Memang anak anak suka lah bila nampak ayam goreng ala KFC tu..Siap boleh tambah..Kak fink paling suka kari ikan pari tu...Taip ni pun terasa kecur dekat mulut bila membayangkan..Sedapppppp sangat!


Dah mandi kecut kecut, bila dapat makan macam ni memang lah menyelerakan..Terima kasih PR dan semua staff yang terlibat pada Bloggers Family Trip yang sudi melayan kami pada hari tu..Walaupun acaranya Free and Easy tapi mereka sentiasa pastikan kami selesa hari tu..Rasa nak repeat lagi..Seronok sangat hari tu..



Lepas makan tu, kami balik ke cabana sebab kembar memang dah penat hahahahaha..Memang dah time tidur diaorang kan..Yer lah masa tu dah dalam pukul 1.30 petang kan..Tapi papa dengan abang abang dia yang lain masih tak puas mandi..Eh yang papa tu pun boleh tahan macam budak budak juga tu bila nampak air hahahaha..Kemain terjun sana sini dengan pelbagai gaya ok..


Ni kak fink sempat rakam video haaaa encit papa tu terjun ke depan..Terjun flip ke belakang..Amboii eksyen sangat ni ya bang..Pastu tepuk tepuk kepala tu apa? Masuk air ke tu hahahahahahaha..Tak baik tau berlagak lagak dengan isteri..Mentang mentang pandai berenang..Terus masuk air dalam telinga dia kofkofkof..

Ni view dari cabana kak fink..Cantik ke idok? Sebab tu kak fink cakap lokasi cabana kami strategik hikhik..Betul betul depan pool uols..Saper nak view macam ni, pilih cabana No.20 ya..Korang boleh book dulu cabana sebelum pergi ke Wet World Shah Alam just in case takut cabana tu orang lain booked ya..


Kak fink sempat rekod juga, cabana kami ari tu sebelah sebelah je dengan slide..Dari jauh dah dengar suara anak menjerit jerit hahahahaha...Alhamdulillah suka tengok anak anak happy hari tu..Will repeat soon..Ni antara water park yang masih berpatutan untuk dibayar..Yang dekat untuk bawa anak anak happy di hari cuti kan..Korang tunggu apa lagi..Boleh lah plan bawa anak anak hujung minggu ni..


Thanks again Wet World Shah Alam for having us..Thanks untuk semua goodies bag yang diberi hari tu..Kami dapat bag, towel and mug untuk di bawa pulang..We had so much fun..Walaupun masih dalam mood raya, masih ada satu hari yang mampu buat anak anak main main di hujung minggu kan..Will repeat soon..Kali ni tak sabar nak pergi dengan adik beradik dan atok pula..Tak sabarnya!


Harga Tiket:
Dewasa (MyKad): RM25.00
Kanak Kanak (MyKad): RM20.00
Infant (Bawah 90cm): Percuma

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang
Tutup: Hari Rabu


Instagram: @wetworldshahalam

Alamat:
No.3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Selangor Darul Ehsan, 
Telefon: 03-5513 2020
rasa nak repeat lagi hukhuk..nanti jemput lagi ya Wet World Shah Alam..
we really had so much fun..thanks again!



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. syoknyaaaaaaaaaa
    next time nak join la

    ReplyDelete
  2. kak pink...
    sy yang aritu dtg borak dgn akak ms kembar main tembak2 air...

    :)

    ReplyDelete
  3. sronoknye...bdk2 ngan pool berpisah tiada

    ReplyDelete
  4. hamboiii sangat bermain airnyaa haaa...hahahaha...hakak tak menyelam ke oiii!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!