Followers

Sunway Putra Hotel: Easter Eggs Hunt yang super FUN dan Anak kak fink menang..Yayyy!

8:30:00 AM

Ahad baru ni kak fink berpeluang bawa anak anak untuk join event The Great Easter Egg Hunt di Sunway Putra Hotel..Tak pernah lagi join sebelum ni..So ini pengalaman pertama untuk anak anak..Semua dah teruja masa masuk di ruangan lobi hotel ni yang terletak di tingkat 9..Mana tak nya..Di sana sini korang boleh nampak banyak telur yang comel comel tau..


Kami disajikan dengan menu Hi-Tea yang super sedap dengan pelbagai jenis pilihan..Memang mampu buat korang rambang mata nak makan yang mana satu..Terutama di bahagian pencuci mulut..Cakes..Macaroons..Puding Roti dia..Perghhhh sedap sangat ni..Dekat sini juga, banyak rekaan telur sempena easter  yang penuh dengan warna warni dan comel sangat sangat!


Meh kak fink belanja antara pilihan pencuci mulut yang ada di Sunway Putra Hotel untuk Hi-Tea..Memang menggoda sangat ..Aku sampai tak tahu nak makan yang mana sebab semuanya menyelerakan..Pencuci mulut di Sunway Putra Hotel memang tak mengecewakan..Menu Hi-Tea di sini memang banyak pilihan..Tu belum lagi pelbagai pilihan kek mampu buat korang tak sabar nak makan..



Saper yang memang diet tu rugiii lahhh...Bukan selalu pun korang boleh merasa pencuci mulut yang sedap sedap ni..Eh ni baru kak fink kongsikan dengan korang pilihan pencuci mulut yang ada..Belum lagi lauk pauk yang disediakan di sini..Baru ambil gambar dah telan telan airliur masa ni hahahaha..Melampau sangat kecomelan yang ada pada kek dan segala jenis pencuci mulut yang ada..



Bila easter haruslah segala chocolates berbentuk telur kan..Besar betulllll goodies chocolates egg yang disediakan oleh pihak Sunway Putra Hotel untuk tetamu istimewa yang dijemput oleh mereka..Nak tahu siapa tetamu istimewa yang diraikan tu? Haaa nanti kak fink ceritakan lagi di bawah ni ya..Tunjuk goodies dulu..Comel ke tidok?


Masa ni kami tengah menunggu kedatangan tetamu istimewa Sunway Putra Mall iaitu anak anak dari Yayasan Chowkit..Kak fink sampai awal hari tu..Sementara nak tunggu anak anak Yayasan Chowkit ni sampai, sempat lah ambil gambar menu menu Hi-Tea yang ada di Sunway Putra Hotel..Kalau korang nak cuba menu Hi-Tea yang ada, hanya RM80 untuk 1 pax ya..


Kalau tadi semua pencuci mulut yang comel comel untuk korang makan..Ni pula antara menu lauk pauk yang disediakan oleh pihak Sunway Putra Hotel..Ada nasi tapi kak fink tak makan hahahaha..Sebab kalau makan nasi, nanti dah tak mampu nak rasa semua lauk lauk ni kan..Terlampau kenyang kekdahnyer..So kita rasa sikit sikit lauk tanpa nasi..

Fried chicken with sauce

Rojak

Lamb Ball

Tempura Vegetables

Rendang Kambing

Fried Dimsum

Fish Fillet


Satay Ayam

Satay Daging

Keropok dan Papadom


Inilah dia anak anak comel yang ditunggu tunggu kedatangannya untuk sama sama kan lagi Easter Egg Hunt..Comel tau diaorang ni..Bila cakap, adik pandang sini..Senyum..Senyum..Haaa korang tengok macam macam gaya keluar..Alahai sweet sangat lah anak anak ni..Happy jer diaorang dapat sama sama dalam majlis yang serba meriah ni..


Kiki in the house! Mr. Clown yang menjadi tumpuan anak anak masa ni..Semua kejar kiki sebab nak belon hahahahaha..Tapi Kiki ni baik..Dia akan datang setiap meja dan tanya nak belon corak apa..Tak perlu kejar kejar dia..Nanti dia datang terus ke meja..Anak anak kak fink semua nak belon pistol..Boys kan biasa lah..Tak kan nak minta bunga yer dak? Thanks Kiki sudi buatkan belon..


Dan ini salah satu aktiviti yang ada juga sepanjang The Great Easter Egg Hunt pada hari tersebut..Face Painting yang ramai sangat anak anak beratur hahahahaah..Ada juga rezeki abg ngah dan abg long untuk join buat face painting..Boleh request nak corak apa..Just tunjuk jer gambar dekat kakak ni dan dia akan buatkan..Abg ngah request nak jadi Ironman..Ewahh kemain dia tu..


Taraaaaaa! Dah jadi Ironman untuk abg ngah..Dia punya happy sampai balik rumah pun tak nak basuk lagi muka tu hahahahaha...Sampai kena paksa cuci muka barulah dia cuci..Kalau tak dia sayang nak cuci..Feeling Ironman sangat tau..Abg long nak jadi Batman..Senyum sikit batman..Apa ke garang sangat batman ni hukhuk..


Selesai jer face painting tu tadi...Semua kena beratur untuk Egg Hunt..Segala bakul bakul telah disediakan pihak Sunway Putra Hotel..Abg long dan abg ngah terpisah sebab tak sama umur kan..Abg ngah di barisan 6 tahun ke bawah dan Abg long di barisan 7 tahun ke atas hihi..Semua dah teruja sangat masa ni..


Abg long dengan bakulnya..Masa masuk dalam bilik ni..Pihak Sunway Putra Hotel gelapkan sikit lampu..Memang samar samar je nampak..Plus ada asap asap hahahahaha..Sajer nak bagi budak budak tak nampak telur ler tu..Kak fink akui jujur ni, bukan anak jer happy ok masa egg hunt ni tapi mama dan papa pun happy hahahaha..Berpeluh peluh jerit dekat anak..Sini bang long siniiii..Abg ngah lari sana..Cepat! Cepat!


Memang kelakar sangat..Tak sempat kak fink nak rekod video sebab mak pun teruja sekali dalam tu camner hahahahaah..Berlari lari aku dengan kembar kejar abang abang lari cari telur..Abg ngah tu dah la kecik jer..Dengan bakul dia..Eh tapi dia lari laju juga hahahaha..Tak padan dengan kecik tau..Rasa nak repeat lagiiiii..Pengalaman pertama yang menyeronokkan cari telur dalam gelap hahahahaha..


Selesai jer masa yang diberi..Semua anak anak ni kena serahkan bakul tadi di kaunter..Berpeluh peluh semua hahahahaha..Lega sebab pihak Sunway Putra Hotel sediakan air epal siap siap untuk semua peserta menyejukkan badan..Layanan daripada Sunway Putra Hotel memang tak boleh dinafikan lagi..Terbaikk! Masa ni lady boss tengah nak umumkan pemenang untuk Easter Egg Hunt tadi..


Masa dalam eggs hunt tu ada gold egg and silver egg tapi abg long dan abg ngah tak dapat telur tu..Sebab golden egg dan silver egg ada satu jer..Rasanya budak ni dapat kot silver egg tu..Tahniah adik menang tempat kelima..Dapat lagi chocolates! Budak budak memang suka event ni sebab penuh dengan chocolates dan cookies dalam setiap hadiah yang disediakan..

Tempat kelima

Tempat Keempat

Tempat Ketiga..Yayyy! Anak ahkak menang oii hahahaha..

Tempat Kedua

Tempat Pertama


Selesai jer acara pemberian hadiah kepada pemenang yang bertuah dalam acara Easter Eggs Hunt tadi, tibalah masa untuk pemberian hadiah dan saguhati kepada anak anak Yayasan Chowkit tadi..Ada yang dapat chocolates dan ada juga yang dapat Cookies..Memang terpancar kegembiraan anak anak ni masa Puan Seri Susan Cheah sampaikan hadiah buat mereka..Puan Seri ni sangat lovely dan friendly..


Sesi bergambar dengan anak anak Yayasan Chowkit yang dijemput hari tu..Diaorang ni baik sangat tau..Yang perempuan tu semua malu malu..Yang lelaki pula semua happening dan sporting..Suka tengok muka diaorang happy masa ni..Semoga adik adik semua dilindungi dan dimurahkan rezeki selalu ya..Aku memang tersentuh sikit kalau melibatkan anak anak istimewa ni..Sebab dari mereka juga kita belajar erti kesyukuran kan..


Terima kasih sangat sangat kepada PR dan semua staff yang terlibat dalam event The Great Easter Egg Hunt pada hari ahad lepas..Jujur ni kak fink cakap semua staff sangatttt mesra alam..Rasa sangat dihargai dan welcomed masa event ni..Tengok jer gambar ni..Diaorang pula yang excited nak bergambar sama sama..Sweet sangat..Thanks neyra..Thanks Azkia for having me..Anak anak happy sangat weekend lepas..


Banyak sangattt stokk chocolates dan cookies untuk hulubalang kak fink..Alhamdulillah rezeki kan..Yang dalam bekas purple tu kemain ada chocolates bunny yang besar dan dalam hamper tu pula ada chocolates telur yang agak besar hahahaah..Macam mana nak makannnn niiii..Anak anak memang suka la bila dapat hadiah camni..Semua tu kesukaan diaorang hahahahaha..Enjoy ya nak..Makanlah..Penat lari cari telur kan hahahaha..

Sunway Putra Hotel
Alamat: 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur [Berdepan PWTC]
No. Telefon: 03-4040 9888


Harga Hi-Tea: RM80 nett per pax

oo lupa nak bagitau korang..abg long dan abg ngah dapat 27 biji telur
alhamdulillah tempat ketiga pun penuh chocolates dan cookies dekat rumah





You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!