Followers

Water Rafting Riverbug Gopeng: Pengalaman menyeramkan tapi menyeronokkan tenggelam dan dibawa arus yang laju

10:23:00 AM

Sebenarnya kan kalau bukan kerana Honda..aku tak nak buat water rafting ni hahahaha..giler scary ok..tapi bila dah masuk dalam aktiviti yang diselitkan dalam Honda Family Road Trip 3 ni.. ok tak pe, takut belakang kira..kak fink sahut cabaran...ecehcehceh.. kemain kau kak fink..berani sangat ler tu..dalam hati tuhan jer yang tahu betapa takutnya aku dengar perkataan water rafting tu..


Kami buat water rafting bersama Riverbug yang terletak di Sungai Kampar, Gopeng..tempat ni cantik dan tenang jer..disambut dengan deruan air sungai yang laju..ok masa ni jeling jer air sungai tu..tak nak bayangkan apa apa yang boleh buat aku tarik diri hahahaaha..kami dijamu dengan makan tengah hari berlauk kampung yang memang perghhhh...sedap giler!


Selesai makan..semua kena naik lori..sebab nak ke puncak bukit tu perjalanan dalam setengah jam juga nak sampai ke kem tu..agak curam juga la laluan kiteorang naik lori tu..belum apa apa lagi dah rasa adventure sangat hahahaha..adoii seram dah masa ni..daripada berdiri..sampai aku tak larat nak berdiri..terus duduk bersila je dalam lori tu..


Sampai je di sana, kami diberi penerangan tentang keselamatan, risiko dan kerjasama yang diperlukan sepanjang water rafting ni..kena fokus pada arahan guide kita yang duduk di belakang sekali..kalau dia kata bum bum maknanya semua kena duduk dalam bot serentak..kalau dia forward..paddle harus digerakkan dari depan ke belakang dan ada lagi beberapa istilah yang perlu peserta faham..


Kak fink tu kemain buat sign macam berani..padahal kaki aku dah sejukkkk oiii..terasa nak tarik diri pun ada masa ni hahahahaha..tapi sekali seumur hidup..pujuk hati untuk cuba! nanti tak de pengalaman pulak kan..ok mari cuba..jangan fikir macam macam..kang termenangis dekat situ..tak macho la kan hahahaha..


Team kak fink ada 5 orang..2 lelaki dan 3 perempuan..muka aku dalam gambar memang tak de yang senyum yer..semua pun sedih..korang kena faham kesusahan hati aku masa tu..hahahaha so jangan expect aku mampu buat peace depan camera kahkahkah..yang lain siap senyum lebar lagi..dan sebaik jer naik dalam bot..aku dah start berdebar debar..


Seriously..tengok air sungai yang laju dan batu batu besar tu..untuk pertama kali water rafting ni memang lah sesuatu yang menggerunkan hahahahaaha..semua fokus dengar arahan yang diberikan oleh guide masa ni..permulaan tu semua nampak ok jer..tak de babak babak yang mencemaskan..tapi menjerit tu tetap ada ya...hahahaha fear factor sangat ni!


Sampai satu tempat tu..aku dapat rasa bot kiteorang dah nak karamm..ya Allah sekejap jer masa ni ya..tup tup..aku dah ada bawah bot..gelapppp tak nampak apa..black out terus! dah la tak pandai berenang..aku dah tenggelam dalam air..dan tetiba rasa badan aku dah terhanyut di bawa arus yang deras tu..masa ni pasrahhh jer laaa..nak berenang tak pandai..telan air tak tahu la berapa banyak..ciss!


Aku dapat sambut paddle 1 bot ni..tapi air laju giler sampaikan diaorang tak mampu nak tarik badan aku masuk dalam bot balik..so pasrah lagi..ntah mana mana aku hanyut lagi..tak sedar macam mana..aku rasa badan aku dah kena tarik oleh seseorang..adoii drama sangat kau kan kak fink..nak naik atas bot tak lepas oiii..berat ke apa badan aku ni hahahaha..ntah berapa orang tarik aku pun tak nampak sebab masa ni dah rasa nak muntah..


Mana tak nya..telan air sungai kampar dah bergelen gelen agaknya..memang rasa nak muntah..setelah beberapa minit tempoh bertenang dan terbatuk batuk...semua meneruskan perjalanan hingga ke garisan penamat..tapi masa ni lagi tak boleh senyum..fobia sangat tengok air hukhuk..nasib baik hidup lagi hahaha...adoi seramnya kakak..terima kasih guide dan kawan kawan yang tolong hari tu..


Bila dah sampai di check point..terus buat hi-5 guna padle itu..legaaaa nya tuhan je yang tahu huhuhu..bagi aku ni satu pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup..tak sangka mama anak 4 mampu buat water rafting walaupunnnnn hahhahahaaha...eh dapat sijil tau kalau korang join water rafting ni..bangga dengan diri sendiri walaupun pada mulanya takut takut..tapi akhirnya berjaya juga..


Balik tu kami dijamu lagi dengan minum petang...alololo kenyang betul ikut Honda Family Road Trip 3 ni..makan sesajer..dah la makan yang disajikan tu sedap..kiteorang diberi bilik untuk mandi dan tukar pakaian..cantik kan bilik dia..siap ada air cond lagi..katil pula ala ala Ikea jer hahahaa..selesa dan bersih ok tempat yang disediakan Riverbug ni..


Kalau korang rasa korang nak join juga aktiviti water rafting yang memang cukup mencabar bagi aku..boleh lah ke Gopeng dan terus amik pakej bersama Riverbug..makan sedap..tempat selesa..guide dia pun best..di bawah ni kak fink sertakan details untuk korang check it out ok..mana tahu nak ajak family join juga kan..


Ni antara pakej yang ditawarkan oleh pihak Riverbug ni..korang plan lah pergi dengan kawan kawan atau family..at least 5 orang dah seronok dah 1 bot tu..nak lagi meriah..pergi ramai ramai..sebelum tu boleh check itu out harga yang ditawarkan oleh pihak Riverbug ni..segala details pun kak fink dah senaraikan di bawah ni ya..have fun!


Telefon No:
+6012-3131 006 (Perak) 
+6019-8204 921 (Sabah)

Email:
book@riverbug.asia
 
Alamat:
19-C, 1st Floor, Jalan Kg. Rawa
31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan

terima kasih guide bot kami yang sangat sopan santun dan pemalu tu hahahaha
terima kasih honda..yayyyy kak fink berjaya water rafting!



You Might Also Like

20 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. memang best kak...yanie dh try kt gopeng gk..kursus kt sna..terbaikk water rafting kt gopeng.. !!

    ReplyDelete
  2. dulu kite tkt air.skarang dah tak.so insyallah ade mse,nak try jugekkss

    ReplyDelete
  3. ida mampu HAHAHHAHAHAHHAHA je bila baca entry ni. Tapi kan kak, xsemua orang berani sahut cabaran. akak terbaik! water rafting terbaik! heeee

    ReplyDelete
  4. perghhh! seronok tengok mommy walau muka banyak cuak hahaha. Kalau ibu yang naik ni mesti berterbangan dalam arus deras cenggitu muahahahaha :D

    ReplyDelete
  5. Nampak best sangat nie..tapi akak fobia ngan air Diya..tapi tahniah ye,berjaya jugak ke akhirnya..chaiyokkk!

    ReplyDelete
  6. aku pun tak berani weyyy..takt lemas kot!

    ReplyDelete
  7. perghhhh mmg satu pengalaman yg mencabar.. akak dari dulu lg teringin nak cuba water rafting ni, walaupun bukan berani sgt pun.. tp tetap suatu hari nanti nak cuba jugak.. tahniah kat diya sebab dah berjaya!

    ReplyDelete
  8. mengancam betul Pakcik Honda tu...hehehe

    ReplyDelete
  9. pcl suka la xtvt mcm ni.. harus cuba nanti

    ReplyDelete
  10. Waa...kena gi klu mcm bi sbb nampak best

    ReplyDelete
  11. Nampak sangat Diya macam cemas giler...panik eh..apapun satu pengalaman yang tak boleh dilupakan...ye tak....good job Diya

    ReplyDelete
  12. Tahniah mama!! Berjaya atasi ketakutan

    ReplyDelete
  13. phewitttttt mama fink lawan cabaran terpaling tinggi ni perghh

    ReplyDelete
  14. Alamak..nampak best tapi macam tak berani je nk buat..huhu

    ReplyDelete
  15. bestnya. bila la nak dapat merasa jadi blogger terpilih ni hehehe

    ReplyDelete
  16. keeeemaaaaaaiiiinnnnn laaagiiii die punye nk describe drama karam tu!!! HAHAHAHHA seb beik la gmbo sy yg semenggah sket dlm ni hahahahha #teamkaram forever

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!