Followers

Twenty & Co Shah Alam: Sambutan Hari Jadi Kak Fink bersama Bloggers di Cafe yang Cantik dan Sedap Makanannya

9:59:00 AM

Sebenarnya hati rasa terharu haru gitu bila adik adik bloggers asham kepam kak fink nak celebrate birthday yang ke 33 tahun di Twenty & Co Shah Alam..kiteorang plan makan makan di sana sebab dengar kata cafe ni ada interior yang cantik dan memang sesuai untuk sambutan hari jadi, baby shower dan juga majlis majlis korporat..jadi pergilah kami 3 ketul ke sana..ni lah kesayangan saya..Ida Baharum & Safurara


Masa mula mula jejakkan kaki ke cafe ni..hati macam wowwww besarrrnya tempat ni..boleh pilih nak duduk dalam atau luar..sementara korang nak tunggu makanan korang ready..ada ruangan membaca di sini sambil borak borak..style kan..tu aku cakap interior dia kerlaz..owner cafe ni memang ada taste kan..


Meh kak fink kongsikan antara menu yang ada di Twenty & Co Shah Alam..tengok abg ngah dapat menu terus tak tentu arah nak pilih yang mana..korang kalau pergi sini, rasa rasa tak boleh nak makan dengan kadar yang banyak..boleh order lain lain menu dan kongsi kongsi rasa ya..sebab portion dia agak besar..so boleh lah rasa banyak sikit menu yang berbeza kan..


Ni air yang abg long dan abg ngah minum..kiri tu Cookies N Cream Ice Blended..kanan tu Nuts N Cream Ice Blended..yang cookies tu rasa oreo..dan yang nuts tu rasa kacang la kan..paling sedap harus kak fink pilih oreo hahahahaha..sedappp oiii..budak budak memang suka la air jenis milky and creamy camni..harga RM14



Yang ni air paling comel dalam banyak banyak air yang kami order..siap ada 3D art ok dekat cawan tu.. gambar teddy bear lagi tau korang..alololo sayanggggnyaaaa nak hancurkan bear tu hukhuk..korang boleh request ya nak 3D camni..yang kiri tu air 3D Caramel Macchiato Hot [RM12] dan kanan tu 3D Hazelnut Latte Hot [RM10]


Ni set abg long makan..Twenty Platos Seafood [RM25]..set ni ada nasi..diaorang gunakan beras basmathi..campur dengan tiger prawn + calamari + blue mussels..perghh banyak giler set ni..kak fink rasa kena kongsi kalau sesiapa yang nak makan set ni..siap ada telur dan nachos sekali..memang senak perut nak habiskan kalau sorang..sedap giler!!!


Andi makan set ni..lebih kurang macam set di atas tapi yang ni bukan seafood tapi daging..nama set ni Twenty Platos [RM20]..so sesiapa yang tak makan seafood boleh cuba set ni ok..sama juga beras tu beras basmathi..siap ada telur dan nachos sekali..kalau tak makan daging..boleh tukar dengan ayam ya..


Ni set kak fink..Hawaiian Chicken Burger [RM25]..kak fink jenis suka set camni..simple tapi mengenyangkan..burger tu dalam tu ada daging ayam yang tebal dan nenas untuk potong muak korang bila tengah makan tu kan..fries tu dia letak sos macam manis manis skit..eh sedap fries tu..abg ngah pun makan sampai habis..eh sibuk tau makan mama punya..


Set Deep Fried Salmon [RM35] ni sesuai lah untuk korang yang nak makan light light tapi mengenyangkan..Ida pilih set ni..dia kan nak diet hahahahaha..serius mengenyangkan set ni..salad tu pun sedap..ikan salmon tu rasa rangup rangup..hukhuk sila kecurrrrr semuaaa..ida siap share dengan orang lain ok..sebab dah kenyang..


Tengok ni meriah ke idok seafood dia? ni set rara pilih..Aglio Olio Spicy Seafood [RM30]..ada sotong..udang dan mussels..memang sedap ya..cukup rasa Aglio Olio dia..dan ada juga taburan chili flakes dan garlic dalam set ni..tapi tak de la pedas sangat..sedang elok jer..kalau korang peminat pasta boleh cuba ok..


Yang ni paling terkejut dapat hahahaha.. sekali sampai atas meja masa tu.. naaaaahhhh selambak 1 pinggan..kalau korang jenis nak kudap kudap jer..amik je la set Nachos and Cheese [RM18]..makan ni jer pun dah kenyang..so kalau ada anak anak jenis tak nak makan nasi macam abg ngah tu..aku orderkan dia ni jer..eh terbayang bayang pulak nachos ni...oh sedappp!


Kalau korang nak breakfast pun dekat Twenty and Co ada sediakan ya..ni set Don Breakfast [RM15]..dihidang bersama dengan chicken sausage + garlic bread + grilled beef bacon dan special creamy potato dip..dip tu sedap..letak sos sikit lagi bertambah tambah sedap..tapi kalau nak makan camtu pun dah ok..cuma untuk tekak orang yang suka pedas..letak sos baru lagi umphhh..


Mee goreng mamak [RM15] ni paling winnnnn..nampak macam biasa jer..cuba rasaaaa sekali..haaa mesti korang nak lepak Twenty and Co jer bila craving Mee goreng mamak..serius kena order..kalau nak order tu..sila makan berdua hahahhaha..sebab aku rasa dia banyak giler..kalau makan sorang pun boleh jer tapi make sure perut korang memang betul betul lapar ok..kena order yang ni!


Ni pun sedapppp juga..ya Allah terseksa betul hati aku kena tengok balik gambar gambar yang menggoda ni hahahahaha..Salted Eggs Chicken Wings [RM22] ..kalau sesiapa makan mee goreng mamak tadi boleh la order set ni buat tambah tambah lauk katanya..salad dia tu pun sedap ok..aku rasa banyak banyak cafe yang aku pergi..salad Twenty and Co memang kena dengan selera tekak..


Semua enjoy sangat makan masa ni..happy gelak gelak jer..eh kiteorang kalau jumpa memang cakap nya sikit jer..gelak jer yang lebih hahahahaha..pastu mengata..hurmm perangai masing masing kan..depan laki pun tak boleh nak cover perangai tu..happy dapat keluar makan makan hari tu dengan diaorang ni..


Abg long dan abg ngah yang sangat sangat enjoy menikmati makanan sedap di Twenty and Co Shah Alam..aku tak sangka juga abg long mampu habiskan set ni hahahaha..kagum gila...cuma tinggal sotong dan nachos je dia tak dapat nak habiskan..so tolak dekat mama la tolong habiskan..mama kan tukang habiskan makanan anak..mana la mama tu tak comellll sangat hahahahaha..pitamm mak!


Birthday girl yang dirai hahahahaha..tak kira nak girl juga..siap ada bunga ros atas meja..alololo nampak sweet sangat kan..kak fink akan repeat lagi cafe ni..walaupun agak jauh dari rumah tapi memang akan repeat bawa kembar pulak lepas ni makan di sini..tempat yang best untuk lepak lepak santai di hujung minggu juga ni..


Kalau korang nak tahu..Twenty and Co ada menyediakan ruang party atau event di tingkat atas ya..yang ni kak fink pose di bahagian bawah..amacam cantik ke idok? eh saper yang kaki instagram tu memang ni port yang paling best nak amik gambar hahahahaha..ni bahagian dalam..kalau tak nak duduk dalam tapi nak duduk luar pun boleh..luassss sangat bahagian luar..pilih yang mana korang selesa ok..


Ni lah bahagian atas Twenty and Co untuk korang book as private room..sesuai untuk birthday party..baby shower..majlis majlis korporat..semuaaaa boleh..memang selesa dan luas..ko tengok kerusi kerusi dia style kan..sebelah ruang ni ada tempat merokok ya..amboi tempat merokok pun cantik siap ada aircond..so tak perlu la korang turun naik untuk hisap rokok..di atas siap ada ruang merokok yang selesa lagi..


Oh lupa nak tunjuk dessert kiteorang hari tu..kek tu korang kena tengok kek apa yang ada dalam chiller dia..dan kiteorang cuba 3 jenis kek ni..eh bukan kiteorang..tapi diaorang hahahaha sebab kak fink tak tahu menahu pun pasal kek ni..tetiba je staff Twenty and Co datang bawa kek siap ada tulis tulis camni..aloohhhhh naper sweet sangat korang niii..memang terkejut gila masa ni..


Tenkiu kesayangan saya..awak awak jangan sweet sangat boleh tak? nanti diabetes camner? hahahahaha..serius kak fink terharu sangat masa ni..sebab plannya nak makan makan jer..tak de pun nak nyanyi kiss kiss bagai..tapi Ida dengan Rara tetiba datang dengan suprise ni..terus rasa nak nangis hukhuk..tenkiuu awaaa..


Andi sempat amikkan video masa ni..aloh siap joget joget kak fink tu menahan malu hahahhaha..sebab ada orang orang lain lagi dekat depan depan tu..mesti la maluuu..pastu kena berdiri nyanyi nyanyi kan hahahahaha..siap dapat kiss dari adik adik sayang ni lagi..huwaaa sumpah rasa nak nangis dengan suprise ni..dah la dapat makan..dapat suprise lagi..saper tak suka kan..


A video posted by IDA BAHARUM (@idabaharum) on


Eh bukan tu jer..dapat hadiah lagi hahahahaha..alhamdulillah..tuhan hadirkan mereka mereka ni untuk hiburkan hati kakak hati tisu mereka..terlupa sekejap mereka mereka yang menyakitkan hati..hidup ada pilihan kan..yang menyakitkan hati tu..kita campak jauh jauh dalam lautan dalam..fikir yang indah indah jer..terima kasih korang untuk sambutan 33 tahun yang cukup manis ni..


Kalau korang nak pergi ke Twenty and Co ni..ni kak fink sediakan segala details untuk korang refer ya..selamat mencuba tau korang..serius untuk kak fink, kak fink suka untuk foods, layanan, interior dan segalanya..kalau korang nak celebrate birthday memang sesuai sebab tempat ni sebab tak serabut macam dekat dalam mall..parking pun banyak..sebelah cafe ni ada bank CIMB hahaha..strategik kan..

Instagram:@twenty.co

Address: 
Twenty & Co
G-15, Plaza Azalea, Seksyen 14 Shah Alam, Selangor

Landmark: 
Belakang Darul Ehsan Medical Centre [DEMC]

Waze: Plaza Azalea
GPS: Jalan Pelaburan Shah Alam

tenkiu Ida, Rara, Andi, Lan dan tak dilupakan Baby..tenkiu korang!
muah manyak semuaaaaa..yang perempuan jer hahahaha..



You Might Also Like

13 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnya
    teringin nak join event2 cm nie

    ReplyDelete
  2. bestnya suasana kat situ..makanan pun nampak sodap belaka...

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada orang sambutkan beday...akak x penah kawan2 sambutkan bday...hehehehe...jeles tau...

    ReplyDelete
  4. hehehehe rasa nk nangis, rasa terharu, semua ada, selagi kita hidup, sama sama lah kita bahagian kan insan insan yg kita sayang kan. selagi kita ada bersama kita. jangan dah xde nt baru rasa menyesal x buat semua ni, sekurang2nya akan kenangan manis kita bersama. tetiba nama Baby pon ada.hahahahaha.

    ReplyDelete
  5. nangis tengok makanan dengan minuman dia..terliurrrrrr

    ReplyDelete
  6. suwitttt nyeee korang... pict cntik2..

    ReplyDelete
  7. Sweetnyaa kak pink. Bestnyaa ada org smbut birthday gini. Adoi dh knyang pon lapo blik. Nayaa haha

    ReplyDelete
  8. hamboi korang bertiga.. sambil makan sambil mengata kita lewtew hahahahaaa...

    ReplyDelete
  9. Oh ok..ini yang buat hati tak senang duduk jadinya ni..kalau suprise kan isteri macam ni memang seronok..haha.. boleh plan ni..

    ReplyDelete
  10. Baby sapaa kak!! Hahaaha... akak ida suka tgok org sekeliling bahagia.. kita pon hidup bahagia jugaaaa... byk pahala mengembirakan org ni.. muah byk tuk akak!!!

    ReplyDelete
  11. heaven betul tgk makanan, semua nampak menyelerakan..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!