Followers

Legoland Brick-or-Treat: Seronok sangat sebab banyak hadiah sepanjang oktober ini!

8:05:00 AM

Jumaat lepas kak fink berpeluang ke Legoland untuk sama sama merasai kemeriahan Halloween Brick-Or-Treat Party Night sepanjang oktober ni..bermula dari 2 oktober sehingga 31 oktober ni Legoland park akan dibuka sehingga 8.30 malam pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) tau..meh kak fink kongsikan sepanjang Halloween Brick-Or-Treat bersama media hari tu..


Bila kak fink dah dapat tiket..terus berjalan hingga ke Lego Kingdom..tempat castle castle tu..tapi sebelum belok ke kiri dari pintu besar tu nanti ada labu terbesar yang diperbuat daripada 28,000 lego bricks yang berukuran 2x4..so jangan lepaskan bergambar di sini ya..tarikh untuk korang datang ke sini  adalah 2-3 oktober..9-10 oktober..16-17 october..23-24 oktober dan 30-31 oktober adalah hari terakhirnya..


Tak jauh pun dari pintu besar tu nak ke sini..kalau korang dah nampak gate ni..maknanya korang dah sampai ke tempat Halloween Brick-or-Treat Party Night..banyak aktiviti yang diadakan di sini terutamanya yang melibatkan anak anak..ada musical show..ada lego untuk anak anak bermain..dan akan ada rumah rumah untuk anak anak dapat hadiah yang best best macam color pencils dan lego bricks..


Abg long sempat bergambar bersama 2 Minifigures yang terbaru dari Legoland iaitu Lego Frankenstein dan Lego Green Witch..dan ada banyakkkk lagi karektor yang akan ada di Brick-Or-Treat Party Night sepanjang hujung minggu dalam bulan October ni..korang cepat cepat datang Legoland tau sebab hanya bulan ni jer ada aktiviti aktiviti ni..banyak hadiah yang menanti.. 


Abg long sempat juga bergambar dengan Mr.mark selaku Divisional Director Legoland Malaysia.. sporting sangat la Mr. Mark ni...dia yang siap panggil abg long untuk bergambar..aloh sweet sangat Mr. Mark..bestnya dapat boss camni kan..Green Witch pun sama sama nak bergambar petang tu..terima kasih semua di atas kesudian nak bergambar dengan abg long yang teruja tu..


Persembahan daripada Lord Vampyre yang merupakan bintang untuk Halloween Show tahun lepas juga turut serta pada tahun ini..ni macam musical show..si kembar siap joget joget lagi masa diaorang ni menyanyi hahahaha..eh tak takut pula dengan hantu tu..mungkin muzik tu best kot..haihh tak kisah lah nak..janji semua enjoy masa event ni..


Dah selesai semua show di sini..bermula la aktiviti meriangkan untuk anak anak..abg long memang seronok lah dapat pergi jumpa setiap satu karektor yang ada di setiap rumah yang disediakan hahaha..sebabnya nanti dia akan minta anak anak korang lego bricks tu dan ditukarkan dengan hadiah..wahhh bestttnyer..mama pun excited sangat masa ni..first sekali jumpa dengan Frankestein..


Lepas tu jumpa kakak pontianak ni hahahahaha..abg long relax jer..macam tak takut pun..eh abg long ni..dia boleh gelak gelak jer..siap cakap eh tu manusia la mama..humannn...kahkahkah..buat buat takut sikit boleh tak..kakak pontianak ni minta abg long jerit sekuat hati baru boleh dapat hadiah..sekali abg long jerit..kakak pontianak yang terperanjat hahahaha..adoi lawak sangat ok..dan sebagai habuan di atas kesungguhan abg long tadi..dia dapat color pencils..bestnyaaa..


Ada banyak lagi rumaaaahhhh dekat area sini untuk anak anak pergi..hanya perlu berikan lego brick mengikut warna yang diminta oleh karektor karektor ni tadi dan diaoarang akan tukarkan dengan hadiah..ada macam macam hadiah..setiap rumah tu tak sama la hadiahnya..bestkan..kalau dia minta lego bricks warna hitam..so korang kena lah bagi warna hitamm..eh tapi mak pak pun suka area sini..sebab boleh dapat banyak hadiah katanya..bulannn ni jer tau!


so korang tunggu apa lagi..jom bawa anak anak have fun di Brick-Or-Treat Party Night di Legoland..sebab banyakkkkk aktiviti menarik menanti korang di sana..untuk lebih lanjut..korang boleh lah ke website dan instagram Legoland di bawah ni..ingat tau tarikh tarikhnya adalah pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu sepanjang Oktober ini!


Promosi:
1. Annual Pass Holder boleh masuk secara percuma dan bawa kawan pada harga RM70 sahaja..Harga tiket asal adalah RM85
2. Web Promo: Beli 3 tiket percuma 1 tiket
3. Pemegang Kad Maybank boleh mendapat potongan sebanyak 25% untuk tiket Halloween semasa pembelian tiket di kaunter.





Website: www.legoland.my
Instagram: @legolandmalaysia
Hotline: +607-597 8888

Alamat: 
Legoland Malaysia Resort
7, Jalan Legoland, Bandar Medini, 79250 Nusajaya Johor

thanks Legoland for having me last friday..korang stay tune ya!
lepas ni kak fink review keseronokkan dalam theme park pulak tau..




You Might Also Like

11 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. alahai bestnyerrrrr... tahu kat Akiff ni kompom dok sebut sajak pergi jer...

    ReplyDelete
  2. Legoland ni best bawak budak-budak..

    ReplyDelete
  3. boleh bawak balik tak legoland tu..syok nye!

    ReplyDelete
  4. haii akak skirt pink (;p), nak jadik anak bolehh? boleh ikut pergi legoland jugakkkk...................... hehehehe

    ReplyDelete
  5. lor..kak fink ke tuh..kite nampak akakkkkkk! kite terserempak kat star wars.. hihi.. comel la si kembar tuuu...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum diya...mmg terbaik la...:)

    ReplyDelete
  7. memang enjoy anak² dapat pi legoland..
    harap dpt bawak anak² nanti!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!