Followers

Jumpstreet KL: Tempat membakar kalori yang paling terujaaaa untuk seisi keluarga!

9:23:00 AM


Hujung minggu lepas kak fink berpeluang bawa 1 family melompat lompat dan membakar kalori di  Jumpstreet KL..lokasi Jumpstreet ni untuk saper yang tak tahu lagi..landmarknya belakang kilang Bosch jer..berdekatan dengan Jaya One Petaling Jaya..senang jer kalau guna GPS search Jaya One mesti korang tak kan sesat punya..untuk ke sini korang tak perlu bawa stokin sendiri ya..korang akan diberikan stokin dari Jumpstreet macam kak fink pegang tu..Grip Sock..so tak de la tergelincir masa melompat nanti..


Tag ni pula menunjukkan berapa lama korang nak melompat dalam Jumpstreet tu..macam kiteorang 1 family ni dah pilih nak melompat selama 2 jam..so kami diberikan 2 tags dengan warna yang lain..staff di Jumpstreet ni akan announce setiap jam untuk remindkan waktu kita dah habis..dan sekiranya dah lebih waktu tapi korang masih di dalam kawasan lompatan, staff akan minta kita keluar..haa gitu la cara nak tau berapa lama session yang korang amik di Jumpstreet ni..


Sebelum melompat..kenalah panaskan badan dulu..bukan terus boleh melompat ya..kang kejang kaki camner..haaa so marilah memanaskan badan secara beramai ramai bersama instruktor kiteorang yang comel dan baik hati sesangat ni..nama dia Lia..yang pakai baju jalur jalur hitam hijau tu lah Lia..baik Lia ni..kira beruntung juga lah dapat dia sebagai instruktor..korang yang nak pegi sini..sila request nak Lia as instruktor ya..sebab dia best..sempoi dan sentiasa tersenyumm..wahh gituu..


Orang panaskan badan..abg ngah dah tunjuk skill dah hahahahaha..kemainnn sangatttt..mentang mentang lah tulang lembut lagi..tergolek golek dia dekat Jumpstreet ni..dia lah orang yang palinnnngggg happy dapat masuk sini..macam tak reti penat pula aku tengok dia..bila kita tak bagi dia lompat..dia nangis..bagi lompat dia suka..ehhh tak faham mama..tak kan nak melompat sampai naik kereta ni hahahahaha..


Abg long pun boleh tahan aktif dekat sini..berpeluh peluh dia ok..area sini Main Court..ada juga tempat jump memang khas untuk budak budak jer..The Cage memang khas untuk kanak kanak sahaja..kemain suka diaorang melompat tiada batasan tau..jangan risau jatuh atau tergelincir sebab dah pakai stokin tu tadi kan..insyaAllah tak de apa apa..silakan melompat dengan senang hati..kembar pun melompat juga ok..


Area ni pula diberi nama Foam Pit..korang boleh melompat dan jatuh di atas foam foam yang lembut itu..nampak macam senang ok tapi bila dah cuba..perghhh susah juga yang ni terutamanya untuk orang orang yang berbadan berat hahahahaaha..aku terjun dekat sini..susah giler nak naik balik..sampai tercabut stokin..oh maiii sangat..sebab ko berat kan..tu yang susah sikit..orang ringan macam encit papa tu sukaaaa la oii area sini..



Abg long dan Abg ngah tak nak melepaskan peluang juga nak terjun dalam foam ni..orang paling suka haruslah abg ngah hahahahaaha sebab dia ringan..terjun dan mampu bangun macam biasa..adoii jeles mama tengok ngah rilek jer boleh siap peace dari situ..mama jatuh tenggelam di celah celah foam..syahdis betul kalau korang tengok..encit papa siap nak panggil kren untuk angkat aku hahahahaha..kurang asam betul..



Area sini Big Bag dan High Perfomane..sebelah sebelah jer tempatnya..sekali lagi keyakinan diri tu perlu ya saat korang nak lompat ke atas Big Bag tu..nampak macam senang tapi macam susah juga kalau korang jenis yang takut hahahahaaha..tapi encit papa cool jer..mentang mentang kaki panjang..eksyen betul dia cuba semua area..kena lompat dari sini tau sebelum korang jatuhkan badan ke atas airbag yang gebu itu..


Amacam best kan? hahahahaha amboii sangat siap peace katanya..dekat sini budak budak tak boleh masuk ya sebab kawasan ni macam bahaya untuk budak budak cuba..memang staff akan halang untuk budak budak masuk ke area sini..so saper yang ada anak kecil tu..boleh amik giliran untuk sorang sorang masuk dan lompat di Big Bag ni..


Yang ni belum pro lagi..korang lompat dan berjalan atas dinding tu..area sini dipanggil The Wall..perghhh spiderman sangat ni..mungkin perlu masa untuk nampak pro macam Lia..tengok Lia buat siap boleh pusing pusing hahahaha..hebat sangat niii..terkedu kakak tengok ok..macam senang jer dia berjalan tu..kalau korang selalu datang Jumpstreet mesti boleh buat orang lain terkedu juga hahahahaha..cuba ok..

A video posted by IDA BAHARUM (@idabaharum) on

Haaa ni paling fun sekali iaitu di area Dodgeball Court..korang akan dibahagikan pada 2 groups..macam dalam gambar di bawah ni..kiri dan kanan secara berdepan camni ya..dan bola akan diletakkan di depan korang untuk korang rebut bila wisel di bunyikan..jangan risau bola tu lembut jer hihihi..baring dalam keadaan get ready..bukan baring macam nak tengok tv dekat rumah ok hahahahaha..eh saper tuuuu yang golek golek sangat tu...


Overall bestttt gilerrr dekat Jumpstreet ni..bukan best sikit sikit tapi best sangat sangat terutama kalau korang pergi dengan family tu..2 jam tu baru cukup ok..1 jam memang tak puas lompat lagi hahahaha..sila la bawa air masak bersama saat korang ke sini sebab nanti haus senang..bag dan harta harta berharga mohon diletakkan di dalam locker sebab locker di sediakan juga di sini..with password ok locker dia memang safety la..dan korang boleh melompat dengan jayanya tanpa perlu risau apa apa..ada juga cafe untuk korang lepak lepak dan makan lepas korang penat mengeluarkan peluh..


Special thanks untuk Lia yang banyak membantu kami di sana..maklumlah first time datang mesti tak tahu nak start camner kan..nasib ada Lia yang guide kami dari mula sampai habis..dia yang ajar cara lompat yang betul..bukan main lompat je ya..untuk more info korang boleh check it out link yang kak fink bagi dekat bawah ni ok..mana tau teringin nak bawa family lepas ni kan..

Website: www.jumpstreet.com
Instagram: @jumpstreetasia
Telefon: 1800 88 JUMP (5867)
Alamat: No.8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
Ahad - Khamis: 10 pagi - 9 malam
Jumaat - Sabtu: 10 pagi - 10 malam

Harga Off - Peak: RM22 per jam
Harga Peak: RM27 per jam
Harga Grip Socks: RM5 (Wajib)

Thanks again Lia and Jumpstreet KL for having us..will repeat soonnnnn..
serius korang kena cuba..dah cuba sekali mesti nak pergi berkali kali..besttt!



You Might Also Like

13 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bukan budak2 je suka ni...mak bapak pun sukaaa...hehehe

    ReplyDelete
  2. bkn takat tergolek2 mcm nk tgk tb serius plak muke tu! betol2 war tau die sorg2 plak tu gegirl excited naaaa HAHAHHA

    ReplyDelete
  3. Akiff asyik sebut nak g sini... Nnti la bwk die...

    ReplyDelete
  4. Tempat paling selamat bagi anak melompat. Good sharing mama!!

    ReplyDelete
  5. wah bestnya..boleh la bawak family Kak Sue cuba nanti..

    ReplyDelete
  6. serius best ni!
    mesti bwk anak² dtg sini..

    ReplyDelete
  7. Kalau sy yang jump? Hahah terpelanting

    ReplyDelete
  8. dari haritu nak pergi, tapi tak pergi pergi. adeh

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!