Followers

Hotel Jen Puteri Harbour: Cantik, Selesa dan Berdekatan dengan Hello Kitty!

4:05:00 PM

Hari tu kan lepas keluar dari Legoland, kami makan dulu sebelum check in hotel..masa ni dah malam uhuhuhu..thanks Legoland untuk penginapan di Hotel Jen Puteri Habour yang sangat selesa untuk kami 6 branak..tengok lah muka abg long memang dah berlengas sangat masa ni..semua dah tak sabar nak berehat..perut pun dah kenyang kan..


Sementara tunggu papa settlekan urusan check in..marilah kita bergambar di kawasan lobi yang luas ni..suka abg ngah dapat juga lego dari Legoland hari tu..kalau tak, berebut dengan abg long nak juga..haishh..penat pun sanggup bawa paper bag tu..demi lego katanya..check in tak sibuk mana sebab masa ni dah pukul 8 lebih rasanya..sekejap jer..bagitau nama dah boleh terus check in..


Welcome drink yang disediakan pihak hotel..Iced tea dan Infuse water untuk hilangkan kepanasan dan kemelekitan yang ada hahahahaha..sejuk sikit rasa badan dapat minum ais..amboi kemain sangat minum ais kan..sekali sekala bagi anak anak langgar pantang..apa salahnya huhuhu..


Ok masa ni nak menuju ke bilik..eh ramai nya anak aku hahahahaha..semua lelaki..nak tergelak tengok gambar ni..berderet deret berjalan..apak depan sekali..tak gheti la apak tu nak pegang tangan isteri dia yang comel ni..gini lah dah 9 tahun kahwin hahahahaha..cissss sangat dia..nasib la anak anak dengan bini pandai bawa diri..hurmm..


Dan taraaaaaaa..ini lah bilik kami...siap ada sofa bed..so abg long dan abg ngah tido di situ..memula ingat macam tak muat..tapi bila diaorang baring..eh selesa pulak..mama dan papa satu katil mihmihmih..lega dan nyenyak je kami tido malam tu..yang penting bilik selesa, bersih dan agak luas juga ..anak anak siap main lego malam tu dekat lantai..tak reti penat langsung bebudak ni..


Ni la sofa bed yang dimaksudkan..nanti akan ada staff hotel ni datang pasangkan cadar, selimut dan bantal di situ..bantal peluk panjang tu letak dekat bawah jer..so memang selesa setakat size abg long dan abg ngah tu tido sama sama..bantal 4 segi tu tak guna pun akhirnya..banyak sangat bantal kekdahnya hahahaha



Tak sempat nak bawa hulubalang berendam di swimming pool sebab check in dah malam kan..tapi tak perlu risau kalau anak korang jenis suka main air..bath tub ada..rendamlah berapa lama nak rendam pun..tapi kak fink tak berendam pun sebab dah penat sangat..rasa nak luruskan pinggang di atas tilam yang empuk jer huhuhu..



Kami turun breakfast pukul 6.30 pagi kahkahkah..dah rasa macam nak sahur pun ada..ingatkan tak de orang..tapi ramai mat salleh yang dah turun breakfast..kiteorang turun awal sebab nak check out awal..nak bergerak ke Dengkil pula untuk food review hari yang sama tengah hari tu..best ok breakfast sini..banyak pilihan..macam macam macam ada..western, malay, indian..chinese food semua ada di Harbour Cafe ni..


Mata pun sembab lagi sebab pagi sangat mama dah suruh breakfast hahahaha..tak pe nak..mama kejar masa yer..minggu lepas memang busy sikit..tapi mama enjoy jer..hope anak anak pun enjoy..dekat bawah ni kak fink share suasana dalam cafe..jangan risau luassss sangat..pilih jer nak duduk depan ke..tengah ke..belakang sekali ke..kami duduk belakang la..aman sikit kekdahnya..


Antara pilihan yang ada untuk breakfast..pilihan aku haruslah dim sum huhuhu..puas hati dapat makan dim sum sepinggan ekekeke...encit papa pun memang peminat dim sum..mari la makan bersama sama kanda ya..walaupun you jalan tak nak pegang tangan i sekarang ni..i tetap isteri yang ajet ajet sweet makan sepinggan..kahkah..




Budak kembar pun mandi pagi hari tu..nasib la diaorang ni memang jenis berjaga time subuh..so bukan masalah besar sangat la untuk bangun awal pagi tu..bawa pegi makan pun selera je pepagi..so far masa trip Legoland ni anak anak tak buat perangai sangat lah..kalau cranky pun sikit sikit jer sebab panas..selain tu, memang aku cepat cepat stand by susu dan makanan untuk anak anak supaya mood sentiasa ok huhuhuhu..permainan mak dasyat sangat..


Terima kasih Hotel Jen Puteri Harbour dan Legoland untuk penginapan yang selesa ni..masa sangat mencemburui kita..next time kalau pergi johor boleh singgah Hello Kitty pulak ya..kena tunggu encit papa cuti lama sikit dan tak de bersangkut dengan hal lain..baru boleh jalan dengan santai santai sikit..korang dah baca belum entry Legoland kak fink yang terbaru? kalau belum klik link bawah ni:



Website: www.hoteljen.com
Instagram: @hoteljenPH
Telefon: +607-560 8888

Alamat:
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 
79000 Nusajaya, Johor Darul Takzim

Landmark:
Bersebelahan dengan Hello Kitty
Hanya 10 minit memandu dari Legoland

Thanks again Legoland..till we meet again..




You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. akkk sy nmpk rtu spesen tp awat nama lain na? kira under Traders hotel kah? sbb dlu stay sni nma traders? ke dh tukaq nama lol awat ckp utagha ni? HAHAHAHHA btw best kn first classs sgt mcm permainan mak ni hehhee

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kak! kenapa best sgt kak! huaaaaa best nya jd blogger HEBAT mcm akk!

    ReplyDelete
  3. Cantik nampak tenang je bilik otelll trus rasa nak tdo haha

    ReplyDelete
  4. nampak sangat selesa. boleh terlupa sedang bercuti macam ni haha

    ReplyDelete
  5. bilik hotel dia champion la! Kalau mommy 6 beranak muat dan selesa, kami 4 beranak mesti boleh tido pusing 360 mcam ni hehehehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!