Followers

Body Shop: Oils of Life untuk muka yang lebih anjal dan kurang kedutan

10:59:00 AM

korang..ni kak fink nak share dengan korang 1 produk yang sangat best..
kak fink ni memang peminat body shop..pantang ada sales..mesti pergi terus..
dari zaman belajar memang suka dengan perfume dan body wash body shop..
sampai la sekarang ni..kak fink masih setia dengan produk produk body shop..


kali ni kak fink cuba dari kategori Oils of Life..ada 2 produk tau yang dicuba!
yang satu ni produknya dari minyak...Intensely Revitalising Facial Oil..
bestnya facial oil ni dia tak melekit bila disapu walaupun daripada minyak..
plus teksturnya yang mudah serap dan ringan tu yang buat aku sukaaa sangat..


sesetengah produk biasanya akan melekit kan..cepat rasa rimas bila berpeluh..
yang ni tak ya korang..best je pakai..macam tak pakai..rasa selesa bila disapu..
Intensely Revitalising Facial Oil ni adalah 99% daripada minyak asli..
semuanya dari bahan bahan semula jadi..so jangan risau untuk nak cantik..


ianya juga dihasilkan daripada 3 seed oils dari 3 negara yang berbeza..
Black Cumin Seed Oil diambil daripada Mesir, Camellia Seed Oil dari China..
dan yang ketiga Rosehip Seed Oil dari Chile..digabungkan ketiga tiganya..
dan menjadi satu minyak yang sangat bagus untuk menganjalkan kulit..


korang kena cuba tau..ni kak fink dah cuba sendiri..harga pasaran RM199..
tapi boleh tahan la..guna 1 ke 2 titik di muka dan leher dan urut sehingga sekata
elakkan di bahagian mata ya..kalau korang ada daily cream..boleh titikan sekali.
so senang masa nak sapu tu..minyak tu dah ada dalam tu sekali..tak de masalah!


tapi macam kak fink..kak fink guna Oils of Life Intensely Revitalising Cream..
so dari produk yang sama juga..sama juga tujuannya untuk menganjalkan kulit..
dan yang penting ianya tidak menjadikan muka kita kelihatan berminyak..
ringan jer rasa masa sapu tu..muka akan nampak lebih segar dan lembut..


bila korang sapu hari hari secara konsisten..korang akan perasan muka tu licin
sekata je muka bila pakai bedak nanti..yang penting kedutan dapat dikurangkan..
untuk ibu macam aku yang nak cepat di awal pagi ni..ni la yang kak fink suka..
ambil sedikit krim..urut dimuka dan leher setiap pagi dan petang..siaaaappp!


harga pasaran untuk Intensely Revitalising Cream adalah RM158 sahaja..
lepas pakai tu mesti rasa muka macam glowing glowing jer..walaupun naked face..
macam dalam gambar gambar ni kak fink tak pakai bedak pun..hanya 2 produk ni..
terasa lembut kulit tu bila pegang..korang cuba la nanti ya..kata nak cantik kan..

www.bodyshop.com.my
cari dekat kedai kedai body shop yang berdekatan ya..selamat mencuba!




You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. body shop dah ada macam2 kan.. dulu perfume jer..

    ReplyDelete
  2. dah ada mcm2 dah body shop ni kan dh lma x g body shop ni...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!