Followers

KidZania KL: Majlis Perasmian Pusat Penerangan dan Pelancongan bersama Tourism Malaysia

8:19:00 AM


baru baru ni berpeluang sekali lagi join event bersama dengan pihak KidZania
kali ni dengan kerjasama Tourism Malaysia..sememangnya menjadi lebih meriah.
masa sampai tu jer, ramaiiinyer orang..penuh warna warni KidZania pagi tu.
excited sangat..dengan persembahan yang sangat bertenaga dari krew KidZania


cool sangat sangat adik adik ni menari..seragam dan serentak..event kali ni untuk
majlis perasmian Pusat Pelancongan dan Penerangan di KidZania Kuala Lumpur 
yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sendiri iaitu
YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz..alhamdulillah semua berjalan lancar



dimulakan dengan ucapan Gabenor KidZania Kuala Lumpur & Singapura iaitu
Puan Susanah Abdul Rani dan diikuti dengan ucapan daripada tetamu VVIP
selesai majlis penyampaian cenderahati..semua tetamu yang ada diarak dengan
pukulan gendang dan tarian yang penuhhhh warna warni dari krews KidZania


semua menuju ke Pusat Penerangan Pelancongan untuk upacara memotong reben
kalau korang bawa anak anak ke KidZania jangan lepaskan peluang untuk
anak anak cuba sendiri pengalaman berada dalam persekitaran yang serupa dengan
Pusat Penerangan Pelancongan yang sebenar tau..antara aktiviti aktivitinya adalah



anak korang boleh mencipta pakej pelancongan dan jadual perjalanan pelancongan
mereka juga akan didedahkan kepada destinasi tempatan..seriously sangat fun
sebab ia akan membuka minda untuk minat bercuti di Malaysia dalam usia muda
selain tu juga dapat memupuk rasa yakin diri dalam berurusan dengan orang ramai


yang belum pernah bawa anak ke KidZania..bawalah mereka ke sini dan cuba!
memang berbaloi bila kita lihat anak kita bekerja dan berdikari sendiri dalam tu
nanti korang akan rasa bangga bila anak berjaya completekan task yang diberi
serious satu hari kalau ikutkan tak cukupppp untuk explore sebab seronok sangat

Phone: 1 300 88 KIDZ (5439)
Address:
Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

nanti kak fink share pengalaman sendiri di KidZania dalam entry lagi satu ya..
tahniah KidZania untuk satu lagi kerjasama yang menarik bersama Tourism Malaysia



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Bagus kak diya, adaptasi anak2 dengan lebih menyeluruh di sini, kidzania ni memang syurga pembelajaran bagi anak2. Seronok labur wang di sini, kita boleh lihat dari jauh anak2 berdikari...soon Qi ke sini nanti dalam beberapa tahun lg...

    ReplyDelete
  2. SERONOKNYA....
    memang teringin nak bawak iqy pergi sini, tunggu dia besor sikit boleh dia explore macam2 kat sana nnt...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!