Followers

Sunway Lagoon Walk Hunt di Wild Life Park Sunway Lagoon

10:48:00 AM


hari ahad yang lepas, kak fink dan geng geng bloggers yang lain diberi peluang
untuk join Sunway Lagoon Walk Hunt yang memang dibuat khas dalam
Wild Life Park Sunway Lagoon yang sangatlahhhh banyak binatang untuk didekati
sebelum start walk hunt tu..semua kena panaskan badan dengan senamrobik dulu
 


bermula seawal 7 pagi semua dah bersemangat nak jelajah Wild Life Park
pengacara Chichi dan Chacha iaitu Sweet dan Haris pun ada tau join walk hunt ni
dah dapat t-shirt dan  dibahagikan kepada group masing masing..kami group 2012
semua dah ready untuk walk hunt..jomm!! ayuh kita..dapat jer soalan terus teruja..
 

 
ada 2 task..task pertama untuk jawab soalan..berkejar kejar kitaorang masa ni
Alhamdulillah semua dapat jawab..tapi penattttttnyer!!! serius sangat penat..
kejap naik atas..kejap pergi bawah hahaha tapi teamwork kami best ok..sporting!
tengok group lain pun best sebab semua terkejar kejar nak dapat jawapan hahaha..
 
 
habis jer task pertama kami kena bergambar dengan binatang yang ada di situ
kena ikut soalan yang diberi dan dapatkan sticker..kalau tak selfie, tak dapat..
gasaklah korang kena buat macam macam gaya semata mata untuk dapat sticker
memang fun sangat masa task ni..selfie jer dapat sticker..mudah gituuuuuu
 
 
tapi stresss bila kena ambil gambar dengan ular dan pegang..hehh tak suka!
semua menjerit jerit masa ni sebab semua geli ular..euwww geli sangat ular tu
tapi kami berjaya buat dan pegang..dan akhir sekali haruslah penyampaian hadiah
tapi sebelum tu, ada persembahan api api ni..wah terpegun kak fink sekejap time ni

 
 tahniah untuk team yang menang hari tu..tak kiralah juara ke saguhati ke..semua power!
saper yang join walk hunt ni automatik akan diberi sijil penyertaan sebagai kenangan..
dan peserta walk hunt juga boleh enjoy dalam sunway lagoon tu seharian..oh bestnyer
dah penat penat dapat mandi..sejukkan badan dalam air ketika cuaca panas..syok oo..
 

diakhir event pada hari tu..pihak media dibawa untuk menyaksikan singa putih
yang dirasmikan oleh General Manager Tourism Selangor, Pn. Noorul Ashikin
singa ni dah diberi nama Zola (King) dan Zuri (Queen)..comel nama dia kan..
besarrrrrr ok kalau korang tengok depan depan..next entry nanti kak fink tunjuk
 
 
walaupun kami penat hari tu..kami enjoy sangat dapat join event ni..memang best
dah lama sebenarnya kak fink tak berjalan selama ni hahaha...buang lemak lemak
next entry kak fink share gambar gambar dalam Wild Life Park dalam Sunway Lagoon
korang pun mesti nak tengok gambaran sebenar dia kan..tunggu ya..esok share!
 
sesetengah gambar kredit pada  Facebook Sunway Lagoon..thanksss Sunway!
 

You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!