Followers

Mustela Malaysia Media Launch di RGB & The Bean Hive

10:59:00 AM


hari tu berbesar hati dapat join 1 event tentang barangan kulit untuk baby
jemputan terus dari Datin Juli yang tersangattttttlahhh baik dan peramah..
thanks Mel & Datin sudi jemput pinky momma di majlis Mustela Media Launch
yang julung kalinya telah berada di pasaran Malaysia..yayy! congrats Mustela!


bertempat di RGB & The Bean Hive Jalan Damai..event dihadiri oleh ramai media
doctor dan trainer daripada france dan semestinya kehadiran Datin Juli sendiri
bertemakan biru dan putih..eh tak sangka sebenarnya terikut tema hahahaha..
sangat best dengan welcome drink yang sedap dari RGB..harus latte menjadi pilihan


kalau ada parents yang tak tahu aper tu Mustela ni..haa meh sini kak fink share
apa yang bestnya Mustela ni..untuk anak anak yang mengalami masalah ekzema
ataupun berkulit sensitif..aku cadangkan korang cuba dan rasa sendiri perubahan
sebab Mustela ni semua produk produknya diformulasikan daripada bahan bahan:

- Tanpa alkohol.
- Tanpa minyak pati.
- Tanpa parabens.
- Tanpa phenoxyethanol.
- Tanpa phthalates.
- Tanpa ekstrak tumbuhan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan yang diubahsuai
secara genetik (GMO).
- Tanpa aluminium chlorohydrate.
- Tanpa bahan-bahan yang diperolehi daripada produk haiwan
kecuali produk sarang (madu, lilin lebah, dan lain-lain)
- Tanpa kapur barus, menthol atau kayu putih
- Tanpa triclosan.


ok so mommies tak perlu la risau nak mandikan anak dengan Mustela..
sebab aku dah cuba pada anak sendiri..abg ngah ada eczema dah Alhamdulillah ok
kalau tak dia asyik menggaru jer..kulit kering..tak boleh salah guna sabun ya..
kalau sebarangan sabun..kulit abg ngah akan jadi gatal gatal..kesian sangat tengok..



untuk kembar aku suka sapu cream dia masa pakaikan diapers sebab tak beruam
so pada yang anak senasib macam anak kak fink silalah pergi mumdreams..sana ada
korang boleh dapatkan segala jenis produk Mustela di sana..ada banyak pilihan..
senang kan..sebab dulu Mustela ni tak ada di Malaysia..sekarang dah boleh beli..


thanks again Datin Juli sudi invite Pinky Momma untuk sama sama dalam majlis ni
plus produk dan anak sangat dekat di hati..untuk lebih details tentang Mustela klik:
instagram: Mustela Malaysia
website: www.mustela.com.my

pastikan yang terbaik untuk kulit anak kita..pilihlah Mustela..
terutama untuk eczema..highly recommended!

You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. ohhh produk utk baby rupanya.

    Ehh hai pinky momma. lupa kakchik nak bagi salam. haha.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum diya...sweet n tomeyyy...;)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!