Followers

flexWorkLife: Come back untuk mommies yang ingin bekerja semula

10:02:00 AM


baru ni di One Utama ada event dari Urban Mom..talk show yang menarik..
untuk mommies yang nak buat come back untuk bekerja macam dulu semula..
kebanyakan mommies yang pada awalnya semua bekerja..tapi bila ada anak..
ada sesetengahnya yang terpaksa berhenti untuk fokus sepenuhnya pada anak kan


tapi bila anak dah besar sikit..rasa nak start bekerja balik..dalam masa yang sama,
risau tak ada saper yang dapat jaga anak..waktu kerja yang tak menentu lagi nanti
ok sekarang mommies semua tak perlu susah hati tau sebab dah banyak syarikat
yang mengamalkan sistem flexi work life..antaranya Sunway, TM, Maybank..


korang pernah dengar tentang flexWorkLife.my? ini adalah satu organisasi yang
membina rangkaian majikan dan calon untuk mengoptimumkan integrasi kerja 
dan kehidupan sambil memaksimumkan kecekapan kerja dan semestinya untuk
meningkatkan penglibatan pekerja supaya bilangan lelaki dan wanita seimbang
 

korang boleh klik website
flexWorkLife.my untuk lihat majikan yang mengamalkan
cara kerja yang fleksibel dan juga di sana ada kajian kes, kisah kejayaan dan  
peluang pekerjaan yang di tawarkan di sana..haaaa menarik tak? contohnya
ada yang menawarkan childcare untuk anak anak staf..mudahlah ibu nak pantau anak

dekat dengan mereka kan..tak perlu risau nak cari pengasuh jauh jauh..memudahkan
korang klik jer jawatan apa yang kena dengan bidang..di bawah tu akan nanti..
korang akan nampak work-life yang syarikat tu amalkan..haa menarikkan..
lepas tu macam biasa kalau bersesuaian..boleh terus klik APPLY..mudah sangat..


apa yang aku tertarik masa talk show di One Utama yang di hadiri oleh para panel:
1. Ms. Salika Suksuwan, Head, Industry Partnerships, Talent Corporation Malaysia
2. Ms. Nisa Hidayah, Talent Acquisition Specialist, Standard Chartered
3. Ms. Pauline Teo, HR Analyst, BASF Asia-Pacific Service Centre Sdn Bhd

macam yang cik Nisa tu cakap..bila ada anak..kita perlukan ruang masa bekerja
nak pump susu..peti sejuk untuk penyimpanan susu..tak boleh nak stress sangat
yer la kalau stress asyik kerja dan kerja..pengeluaran susu akan berkurangan kan..
macam Standard Chartered tempat dia bekerja ada sediakan moms room..

segalanya ada dalam bilik..dia boleh amik berapa banyak masa duduk dalam tu..
untuk dia pump susu..tak kisah berapa kali pun nak masuk..tak de halangan
dia boleh bekerja dengan happy work life..tak semua majikan faham tentang ni
ada setengah tempat..kita nak pump susu pun kena pump dalam toilet ok..huh..

bila segala kemudahan di sediakan..kita happy..kerja pun senang diselesaikan
emosi dan persekitaran di pejabat sangat sangat memainkan peranan dalam
peningkatan kualiti kerja kan..macam aku..dengan anak 4 yang masih kecil
aku memang prefer kerja dari rumah..senang boleh handle anak..anak kecik lagi

klik gambar untuk lebih lanjut
ada syarikat yang membolehkan kita kerja dari rumah..cuma kena cari lah korang
kalaulah ada syarikat baik hati yang nak ambil aku kerja tapi dari rumah..aku nak!
zaman mencabar sangat sekarang ni..semuanya duit..boleh kita jana pendapatan
boleh tolong tolong suami..ada ke yang nak amik graduan business study ni?

at the moment..aku cuma jana pendapatan dari blogging and online bisnes jer..
satu hari nanti kalau ada peluang daripada mana mana syarikat yang ada offer
dengan duduk di rumah pun boleh buat duit lagi..semestinya kak fink terima..
so mommies yang nak start bekerja dan ready untuk berkerja semula..boleh klik:


website: flexiWorkLife.my
facebook: flexiWorkLife.my

moga usaha murni flexWorkLife akan mendapat sambutan lebih banyak
syarikat yang dapat menawarkan suasana kerja fleksibel terutamanya untuk wanita



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Bagusnya.. tq sharing ya.. nak terjah jap link nie...

    ReplyDelete
  2. wahhh best nyeeeeeeeeeeeeeee

    sibbaik opis ku punala2 wat gitu , leh work from home ..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!