Followers

* Pelancaran Petronas Solar PV Terbesar dan Pertama Petronas!

10:13:00 AM

sponsor post  darlings..scroll down untuk entry terkini..tenkiu..

baru baru ni diri diberi peluang untuk sama sama hadir dalam satu lagi Petronas event..
tapi kali ni betul betul di atas bumbung Pusat Membeli Belah Suria KLCC..suka!
majlis ni diadakan di Menara 3, Sky Lobby...sampai sesat lah nak cari Tower 3 tu..
dulu keje di Tower 2 tu jer..tapi tak pernah tahu pun ada sampai Tower 3 huhu..kesian..

sempena pelancaran Sistem Solar Photovoltaic (PV) Malaysia yang pertama Petronas..
dan ia juga adalah merupakan pemasangan solar terbesaaarrrr okeh..bangga sekejap..
majlis telah dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu..
Yang Berbahagia Dato' Seri Peter Chin Fah Kui bersama sama dengan kehadiran VIP lain
seperti Ketua Pegawai Operasi Petronas, YB. Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin..


selain tu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pegawai KLCC Holdings Sdn Bhd dan
Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Encik Hashim Wahir serta Naib Presiden Kanan
Mitsubishi Corporation, Encik Kazuyuki Mori juga turut sama memeriahkan majlis..


sebanyak 685 kilowatt puncak sistem telah dipasang pada 9,000 meter persegi..
di atas bumbung Suria KLCC sebagai sebahagian daripada projek Suria Petronas (PV)
bersama dengan kerjasama dari Mitsubishi Corporation..amacam hebak tak uhuhu..


pemasangan sistem solar ni telah bermula pada April 2012 dan mengambil masa selama
9 bulan dan mula beroperasi penuh pada bulan Februari 2012 serta mempunyai
kapasiti puncak 685 kilowatt/jam..seperti kuasa yang diperlukan untuk 250 isi rumah..
phewwww banyaknyer tenaga yang dihasikan..bukan letrik tapi dengan kuasa solar..



kalau korang perasan lah kan..corak sistem solar ni adalah berbentuk ala corak songket
dari bawah memang tak nampak lah der..cer korang tengok dari pandangan atas..cantik!
berunsurkan seni bina Islam dan bermohtip kan corak tradisi orang kita..songket gituu


 banyak kawasan kawasan sekitar bumbung Suria KLCC ni yang di penuhi dengan PV
bukan senang nak masuk kawasan larangan ni eh..dah diberi peluang..sila gunakan hehe
berkilat kilat pantulan dari sistem solar ni..mampu menghasilkan imej yang menarik


kami tak berpeluang untuk turun sampai ke bawah..kawalan ketat untuk ke sini..bahaya!
tapi tak pe..yang atas pun dah banyak sangat telah dipasang..penuh kawasan bumbung..
 ok kita zoom secara dekat eh sistem solar tu..nampak? macam cerminn daa..kilatt!



usaha yang dijalankan oleh Petronas dengan kerjasama dari Mitsubihi ini patut dipuji..
dalam cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, melindungi eko sistem,
mengurangkan kesan pembangunan ke atas persekitaran dan dalam masa yang sama..
dapat menyumbang kepada langkah yang positif kepada ekonomi..gittuuuu..


bersesuaian dengan keadaan Malaysia yang dikurniakan cahaya matahari yang banyak..
kita dapat memanfaatkan kurniaan tenaga solar ini untuk penjanaan kuasa elektrik..
kan dah dapat jimat banyak kos yang tinggi tinggi di situ..tahniah sekali lagi Petronas
dalam menjayakan satu langkah dan projek untuk keuntungan bersama dimasa hadapan!

kalaulah boleh guna tenaga solar di Pinky Momma Laundry kan..
dah dapat jimatkan bil letrik kami huhu..takde modal pulok ;p

You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. assalamualaikum diya...hebat dan menarik nyer...:)

    ReplyDelete
  2. woo..menarik..kalo kt umah pon leh pakai mesti x payah bayar bil kan mama..

    sori lama x menyinggah..nens bz 2 mggu neh..huhu

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat join sama.. lagi best klu dpt guna tenaga tu kat rumah, berganda punya jimat bill :)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!