Followers

* EcoSave Green Kitchen di KDU dah macam masterchef okeh!

2:56:00 PM

 ok ini adalah entry bergambar yang penuh dari mula tentang masakan..phewww..
sila bertabah saat mata melihat gambar gambar yang telah diupload semampo jaya..
sebagaimana kakak pink rajin lah sangat meletak watermark satu per satu di situ huhu..
ini adalah event yang berlangsung di Champion Kitchen, Kolej Damansara Utama..


bersempena dengan cabaran dapur untuk program EcoSave Green Kitchen Challenge ini
ia telah mendapat kerjasama dari pihak CIMB Islamic dengan KDU sendiri yang mana,
seperti kita maklum KDU terkenal dengan School of Hospitality Tourism & Culinary Arts..
program ni telah melibatkan students dari peringkat menengah..form 1 until form 6..


ia adalah satu tanda menyokong 'hijau' dengan menanam sayuran dengan sisa buangan..
di mana sisa sisa buangan tersebut tidak dibuang tetapi digunakan sebagai baja tanaman
dan di stage terakhir sebanyak 10 sekolah telah terpilih untuk cabaran dapur tersebut..


senario di mana adik adik ni tengah busy memasak..bau enak tetiba menyinggah hidung..
humangaih! buat perut lapar gelora gelora gituu..sedappp ooo..wangi jer..lapoornyer!
ada udang, ayam, daging dan semestinyer sayur sayuran yang ditanam harus digunakan..




korang kenal? alar chef di season pertama masterchef..rupanye dia ni pensyarah KDU
murah dengan senyuman chef ni..senyum memanjang..terus kiteorang ajak bergambar..
tak pasal kan..chef pun tergigam sekejap huhuhu..tenkiu chef untuk kesportingan itu
 ooh ya..1 sekolah akan di temani oleh seorang mentor iaitu student dari KDU sendiri..


tengah masak masak..chef pakat ronda dan tanya soalan pada peserta yang busy..
terus cuak tengok muka adik adik tu hahaha..relax dik..dia nak test jer..cool bebeh..
uhuks..cer ko kena soal..naper camni..naper bukan camtu..mau blur sampai sudah..


dan bila masa dah time..iols kagum okeh tengok presentation adik adik ni..hebak kot!
dah taraf master chef dah..sedangkan baru sekolah menengah..budak sekarang kan..
kreatif dalam segala segi..ni antara hidangan hidangan yang siap di masak..amacam?
ok per..untuk mereka mereka yang  bukan dari bidang masakan kan..membanggakan..



ok kita zoom dekat sikit..slurrppp! naper lah dia tak nak bagi bloggers rasa haha..
terlebih sudah! udang tu macam memanggil manggil jer..sampai sudah kempunan..
korang rasa camner? ok kan..cantik jer mata memandang..rasa tak tau camner..
saper suruh tak bagi rasa..hakhakhak..nampak tak ketidakpuasan itu? >__<



selesai masak..sesi pengadilan bermula..terserlah muka kekecutan sorang sorang..
juri semua serius serius jer..mereka ni semua pensyarah di KDU..tu yang gerun tu..
chef sampai berdiri diri nak dapatkan jawapan dari para peserta..gigilsss lutuitt okeh..


dan setelah juri membuat keputusan..maka upacara penyampaian hadiah bermula..
Sekolah Menengah SS17 Subang Jaya menang besar di hari kejadian..ohh mata ke atas..
semua hadiah dia sapu okeh..memang rezeki diaorang lah..bangga cikgu..sengih abis!


tahniah kepada peserta lain yang tak berjaya..tapi kamu buat kami kagum..
tak sangka..ramai rupanya ada bakat terpendam dalam masakan ni..
tak kira lelaki perempuan semua nyer kreatif kreatif belaka dik non..sungguh!

nak tengok ke pemenang tu punya hasil masakan yang mampu menang besar?
jeng..jeng..jeng...simple jer tapi mesti sedap tu yang menang semua kategori tu..


kedua dua wakil dari sekolah SS17 ni semuanya dari form 6..alahai badan kecik jer..
tahniah! tahniah! tahniah untuk semuanya...zaman ahkak sekolah dulu tak de camni..
kira diaorang ni beruntung..dari muda dah boleh asah bakat jadi isteri mithali ekeke..

tiba tiba rindu nak main masak masak macam dulu..
sekarang tunjuk tunjuk jer..erkk!



You Might Also Like

13 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. assalamualaikum diya....bestnya dapat tengok die org masak kan...masakan yg menang mesti sedap rasanyakan...:)

    ReplyDelete
  2. wah...best2 makanan diorang nih...leh msuk masterchef la pasni...

    ReplyDelete
  3. dari segi presentation dorang memang cantik.. ;)

    ReplyDelete
  4. sure sedap adik2 dri ss17 masak ni,sbb presentation simple je :) tpi rasa tu cnfrm meletupppss :D

    ReplyDelete
  5. bestnya, muda2 dah pandai masak.sis ni tua baru meranggak nak blaja masak.malunya....huhu

    ReplyDelete
  6. wah! Dah macam masterchef dah ni.. Sedap pulak tengok masakan2 dorang.. Tetiba terasa lapar..

    ReplyDelete
  7. bestnye kecik2 da pandai masak. kite yg tua ni pon xreti sgt hahah

    ReplyDelete
  8. mana gambar awek korea saya kak?hahahaha :P

    ReplyDelete
  9. salam sis..wah..pemenang pertama punya mskn memg nmpk menyelerakan la..pandai depa masak.hehe..pic sis takde ke?hihi~ =)

    ReplyDelete
  10. gulp..untungnya lah sape pandai masak di usia muda. hehe. saya ni dah tua bangka pun blur blur lagi. hehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!